" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, October 27, 2011

Jawapan masalah sosial

Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM

Mengapa tidak dimulakan tarbiyah terlebih dahulu kepada rakyat Malaysia seterushttp://newsimg.bbc.co.uk/media/images/41892000/jpg/_41892272_sultan_ap300.jpgnya ke arah pelaksanaan hukum Islam?

SYABAS dan tahniah kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanul Bolkiah yang mahu pelaksanaan hukum hudud dilaksanakan segera bukan ditangguh-tangguh.Baginda dalam titahnya menegaskan: “Siapakah kita di hadapan Allah untuk mengatakan tidak atau tunggu dulu sedangkan undang-undang ini bukanlah baru digubal, tetapi telah termaktub di dalam al-Quran dan al-Hadis semenjak dari 1,400 tahun lebih.”

Selanjutnya baginda menitah: “Yang bukan Islam kalau mereka tidak menyokong hudud tidak hairanlah. Yang menjadi pelik dan hairan bagi kami jikalau orang Islam sendiri tidak menyokong pencipta hukum hudud iaitu Allah SWT sendiri.”

Di Malaysia pula, hukum hudud kembali dipersenda pihak tertentu sedangkan Yang di-Pertuan Agong beragama Islam, Perdana Menteri beragama Islam, majoriti ahli Parlimen beragama Islam, majoriti rakyat Malaysia beragama Islam manakala agama rasmi di Malaysia adalah agama Islam.

Lihat dan kajilah masalah sosial dan kadar jenayah di Malaysia sejak berpuluh-puluh tahun dahulu sejak Merdeka, adakah semakin baik dengan undang-undang konvensional?

Satu persoalan lagi, mengapa tidak dimulakan tarbiyah terlebih dahulu kepada rakyat Malaysia seterusnya ke arah pelaksanaan hukum hudud?

Selepas lebih 50 tahun berkuasa, Umno khususnya dan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak bersungguh untuk merealisasikan pelaksanaan hudud mahupun untuk mendidik rakyat memahami undang-undang tersebut, malah terdapat suara sumbang yang memperleceh undang-undang berkenaan.

Akibatnya, rakyat tidak terdidik dengan agama dan cara hidup mereka persis kehidupan masyarakat Barat yang tidak mementingkan persoalan akhirat, malah cenderung kepada keduniaan yang mengejar habuan dunia seperti mahu menjadi popular, terkenal sama seperti masyarakat Barat yang tiada panduan agama.

Walaupun Islam melarang umatnya, sama ada kecil, besar, tua, muda, lelaki, perempuan, Melayu, Arab, Cina, India dan semua bangsa manusia di dunia ini dari suka bertaklid (mengikut-ikut) cara orang kafir, sama ada dari sudut pakaian, penampilan, gaya hidup dan sebagainya, ia adalah larangan yang amat keras; namun ia diikuti oleh mereka yang bernama Islam.

Terdapat pada hari ini, khususnya daripada golongan remaja Melayu, yang sudah mula memakai pakaian yang berlambang salib Kristian, atau kemeja-T berlatar-belakangkan Bible 3:16 yang dipopularkan oleh seorang ahli gusti Amerika, Stone Cold Steve Austin, yang berlatar-belakangkan minuman arak yang terlarang serta syarikat judi secara sedar atau tidak sedar.

Mereka tidak mengendahkan ajaran Nabi Muhammad s.a.w. yang pernah menegaskan dalam hadisnya yang bermaksud: “Sesiapa yang menyerupai satu golongan tertentu, maka dia termasuk daripada golongan tersebut.”

Nabi Muhammad s.a.w. mengisyaratkan bahawa, kalau terdapat di kalangan umat Islam yang menampakkan diri mereka seperti umat lain daripada kalangan penganut agama lain, maka orang Islam itu adalah sebahagian daripada mereka, tetapi larangan baginda itu bagaikan tidak sampai kepada Muslim hari ini.

Apabila menjadi penyanyi berkumpulan, mereka mencontohi watak, penampilan, pakaian, gaya orang-orang kafir laknat, seolah-olah apa yang datang daripada mereka, semuanya baik belaka, tidak perlu ditapis, sedangkan ia membawa ke alam neraka Allah SWT. Penganjuran konsert atas nama amal diluluskan, tetapi mereka lupa bahawa matlamat tidak menghalalkan cara.

Begitu juga Nabi pernah melarang seseorang lelaki Muslim itu dari menyerupai perempuan dan begitulah sebaliknya dalam sebuah hadisnya yang bermaksud : Sesungguhnya Allah dan rasul melaknat seorang lelaki Muslim yang menyerupai perempuan dan seorang Muslimah itu yang menyerupai lelaki.

Jelas menunjukkan, bahawa Allah dan Rasul-Nya tidak suka umat Islam berkelakuan songsang yang memang tidak menunjukkan mereka umat yang serius menjalankan dakwah, mengembangkan agama Islam, atau sekurang-kurangnya memdalami selok-belok agama Islam dengan sungguh-sungguh.

Laknat atau kutukan Allah terhadap mereka khususnya golongan remaja lelaki yang berantai, bergelang tangan walaupun sekadar tali kasut, remaja perempuan yang berambut pendek seperti lelaki, ia bukan laknat seketika pada waktu tertentu, malah sepanjang masa, iaitu bangkit daripada tidur dilaknat, bersarapan dilaknat, bersiap untuk ke tempat kerja dilaknat, dalam kenderaan dilaknat, di tempat kerja dilaknat, waktu makan tengah hari dilaknat, bersiap untuk pulang ke rumah dilaknat, dalam perjalanan pulang dilaknat, bersama keluarga di rumah dilaknat, makan malam dilaknat, nak tidur dilaknat, dalam tidur dilaknat dan begitulah seterusnya tanpa berhenti.

Apakah Muslim dan Muslimah selesa dengan laknat atau kutukan Allah SWT? Sedangkan kalau ibu sendiri pun berleter kita sudah tidak tahan untuk mendengar, apatah lagi ia datang daripada Maha Pencipta ibu dan ayah kita, semua itu tidak lain adalah kerana kegagalan pihak berkuasa menerima, mengamal, mendidik rakyat agar memahami hudud sebagai undang-undang terbaik pilihan Allah yang masih belum terlaksana.

Justeru, marilah kita bermuhasabah diri sebelum kita dimuhasabah (dihitung) amalan pada hari kiamat di padang Mahsyar, kerana pada waktu itu, matahari sejengkal turun di atas kepala kita masing-masing, bermandi peluhlah kita nampaknya, yang boleh terselamat adalah mereka yang mengikut tunjuk ajar Nabi Muhammad s.a.w. tanpa sebarang keraguan dan kemusykilan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111