" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, October 18, 2011

Pahlawan Umat ‘sepanjang zaman’

PENGLIBATAN Almarhum Dr Burhanuddin Al- Helmy di dalam PAS sejak tahun 1956 dengan mengambil pendekatan terbuka telah berjaya menempatkan PAS dalam kancah ahttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjgncRyJ0fPW7kid6f3RXeuOj9bYoBFf84F0sWVP4FFwSkqq0uIFsxb88wyyVmIIVWNZabnDIfv5ybm-Y-kD6f21LKAdqvuVMlsvjPqil9mkfUhWOcpeEXDsS_KrZ1HOezMcyZSuPCP4fg/s1600/burhanuddin1.jpgrus perdana politik negara pada masa itu. PAS dilihat ada kelainan kerana tokoh PAS ini tidak lain dan asing bagi mereka yang sama-sama mahu mengejar cita-cita kemerdekaan.

Pakatan politik yang diwujudkan olehnya dengan parti-parti bukan Melayu dan bukan berasaskan Islam telah melonjakkan PAS sebagai sebuah parti yang berjuang di atas satu ideologi yang jauh lebih jelas daripada Umno

Kelainan inilah yang sebut oleh pimpinan PAS hari ini sebagai dasar perjuangan. Di atas dasar inilah, PAS Pusat memberi pengiktirafan kepada Almarhum Dr Burhanuddin Al-Helmy sebagai ‘Pahlawan Umat’ bagi menghargai jasa beliau meningkatkan syiar Islam, meningkatkan dakwah dan memimpin gerkan politik di negara ini.

Gelaran ‘Pahlawan Umat’ dianugerahkan sempena sambutan Kongres 60 Tahun PAS yang berlangsung di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 1 Oktober lalu. Anugerah ini disampaikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kepada isteri Almarhum, Puan Suri Yahya.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Kongres 60 Tahun PAS, Anuar Tahir menyifatkan penganugerahan yang diberikan PAS kepada Almarhum amat tepat pada masanya.

“Walaupun beliau Presiden PAS ke-3, tetapi beliau antara yang sanggup memegang amanah menjadi YDP PAS ketika itu setelah Ustaz Ahmad Fuad melepaskan jawatannya pada tahun 1953, tugas memimpin PAS diambilalih oleh Dr Hj Abbas Alias.

“Angkatan muda dalam PAS pada masa itu yang antaranya terdiri daripada Ustaz Othman Abdullah, Ustaz Hasan Adli, Ustaz Abdul Wahab Noor dan Mohd Asri Muda telah mengadakan mesyuarat tidak rasmi berhubung dengan jawatan utama PAS. Mereka bersepakat bahawa tidak ada orang yang lebih tepat memimpin PAS pada masa itu selain daripada Dr Burhanuddin Al-Helmy,” katanya.

Gelaran sebagai ‘Pahlawan Umat’, jelas Anuar, akan disebut sepanjang zaman kerana gelaran itu datangnya daripada rakyat sendiri.

Pensyarah di Jabatan Sejarah Universiti Perguruan Sultan Idris, Profesor Madya Dr Ishak Saat turut mengakui Almarhum sememangnya seorang pejuang walaupun beliau dikatagorikan sebagai ‘haluan kiri’ - jasa dan perjuangan dalam politik Malaysia tidak boleh dinafikan.

Bagi Dr Ishak, idea-idea Almarhum dilihat mendahului zaman malangnya orang Melayu sukar menerima idea beliau ketika itu.

“Saya bagi contoh kerjasama politik berbagai-bagai kaum, beliaulah yang menerajui Putra- AMCJA pada 1947, yang mana lebih awal daripada Perikatan.

Saranan beliau dibawa dalam Perlembagaan Rakyat pada tahun yang sama ditolak oleh masyarakat. Namun, selepas itu diikuti oleh Perikatan dan Perlembagaan Persekutuan 1948, akhirnya diterima,” katanya.

Sebab itu, katanya idea politik pelbagai kaum yang dimulakan oleh Almarhum telah diterima oleh Perikatan dan Umno akhirnya bergabung dengan MIC dan MCA.

“Kalau kita halusi lebih dalam lagi seperti MCA asalnya adalah AMCJA kemudian ditukar nama kepada MCA,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan menyifatkan pengiktirafan itu satu langkah yang cukup berkesan bukan kerana memberikan imbuhan semata-mata tetapi jasa Almarhum tidak mampu dibayar dengan material.

Baginya, Almarhum adalah ikon bagi mendidik generasi baru di samping sebagai pencetus semangat untuk mereka samasama mencipta sejarah pada zaman mereka masing-masing dengan menghabiskan masa dan mengorbankan tenaga serta jiwa untuk Islam. Sejarah gemilang ini akan diteladani oleh generasi muda hari ini.

Malah gelaran ‘Pahlawan Umat’ yang diberikan PAS itu, bagi Ustaz Nasrudin cukup sinonim dengan Almarhum memandangkan beliau dari awal penglibatan mengenepikan kepentingan diri sebaliknya menghambakan diri untuk ummah, agama dan negara.

“Tidak dinafikan legasi beliau masih bermanfaat sehingga hari ini apatah lagi pemikirannya yang masih relevan walaupun perubahan masa terus berlaku,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi menyifatkan Almarhum adalah salah seorang daripada anak Melayu Islam yang terbaik yang pernah dilahirkan di bumi bertuah ini.

Jelasnya, beliau juga sebagai tokoh perjuangan kemerdekaan sejak daripada penubuhan Hizbul Muslimin dan sepanjang hayat perjuangan beliau konsistan melaungkan semangat menuntut kemerdekaan dan bebas daripada penjajah.

“Almarhum, sejak awal lagi memperjuangan semangat kemerdekaan yang bukan sahaja bersifat luaran atau fizikal seperti bebas daripada penjajahan Barat misalnya , bahkan sejak awal sudahpun menggambarkan kepada kita keperluan merdeka daripada sudut jiwa, pemikiran dan capaian masa hadapan.”

Justeru, PAS sebagai parti siasah paling tua dalam Malaysia wajar mengambil posisi untuk terus mengenengahkan pemikiran Dr Burhanuddin Al-Helmy kerana beliau boleh sifatkan sebagai seorang pemimpin yang mendahului zamannya. Tahniah buat PAS kerana ambil inisiatif yg sangat signifikan ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111