" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, October 23, 2011

Yb Khalid Samad santuni 7 Keluarga Nelayan...


PONTIAN - Kebuntuan yang dihadapi tujuh keluarga yang ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia baru-baru ini telah memberi sedikit kelegaan apabila Yb Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam menyatakan kesediaan untuk membantu dengan kadar yang termampu.

Khalid ketika ditemui berkata, pihaknya telahpun menghubungi Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara ini de
...ngan harapan Anwar boleh mengenengahkannya memandangkan beliau punya rekod hubungan dengan kerajaan Indonesia sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Walaubagaimanapun kes ini katanya telah membabitkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara maka sewajarnya kerajaan Malaysia dapat menyelesaikannya dengan secepat mungkin.

''Saya baru saja menghubungi (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) sebentar tadi. Beliau minta segala maklumat berkaitan diserahkannya isnin ini. Beliau tidak berjanji (boleh selesaikan) kerana ia membabitkan kerajaan. Namun (bantuan ini) dibuat atas nama peribadi'' ujarnya lagi.

Akhbar Sinar Harian sebelum ini melaporkan seramai tujuh nelayan yang ditahan sejak 9 Mac lalu dihukum penjara dua setengah tahun dan dua bot mereka dirampas oleh Mahkamah Bengkalis, Indonesia.

Kesemua nelayan itu turut diarah membayar RM350 (Rp 1 juta) setiap seorang dan jika gagal akan dipenjara tiga bulan.

Khalid menambah lagi dengan katanya, pihaknya amat bersimpati dengan penderitaan yang dialami oleh keluarga terbabit yang rata-ratanya meletakkan pergantungan hanya kepada ketua keluarga yang ditahan.

Tambahan pula menurutnya lagi, kos bagi menampung perbelanjaan harian di penjara Indonesia cukup tinggi dan dianggap terlalu membebankan dan ini tidak mampu disediakan oleh kaum keluarga terbabit yang kebanyakannya tidak bekerja.

''Bila saya berjumpa dengan keluarga nelayan ini. Saya bersimpati kepada mereka. Sudahlah mata pencarian mereka terjejas. Malah saya difahamkan, kos sara hidup di penjara RM 100.00 sehari. Secara bulanan keluarga ini terpaksa hantar duit RM 1000.00 sebulan. Ini membebankan ! '' ujarnya lagi.

Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan kebajikan kepada tujuh keluarga nelayan yang ditahan di Pontian Besar, Pontian, dekat sini, semalam.

Beliau kini dalam rangka lawatan ke Parlimen Pontian selama dua hari bertemu masyarakat di Program Ceramah Perdana di Dun Benut, Program Jom Ngeteh di Pekan Sanglang dan Taklimat Pilihan raya di Markas PAS Kawasan Pontian.

Hj. Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian dan seramai 20 ahli rombongan PAS Pontian turut dilihat menemani beliau dalam pertemuan tersebut.

Ibn_bacoks (ibn75.wordpress.com)

Jom riadah bersama keluarga dan teman-teman

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111