" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, October 24, 2011

Kembalikan aura 1999

Oleh MAT ZAIN MAT ISA

Kesungguhan PAS, khususnya di Terengganu melengkapkan siri Himpunan Kebangkitan Rakyat - PAS Ganti Umno sebagai usaha terbesar mempengaruhi mashttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi4tx7o8QjaFZtKJYshyphenhyphen65bh0t6UYNDqFbTYWaPA82grrnbMVLKvGhLe_WkbUJfO2uy5fgsvg_m0Qk2ISlSjnmhsyhJDrvjp_Dptp9XJPqSAA8mWmw4_kd3Hrw0efK92v07LHj-STHHnkk/s1600/pgu.gifsa untuk menolak kerajaan Umno-BN wajar dipuji.

SEKALUNG tahniah beserta doa buat PAS Terengganu kerana sekali lagi menzahirkan tekadnya mengambil alih teraju pemerintahan negeri itu daripada Barisan Nasional (BN).

Kesungguhannya melengkapkan siri Himpunan Kebangkitan Rakyat - PAS Ganti Umno (HKRPGU) sebagai usaha terbesar menggempur massa wajar dipuji.Ia bukan kerja mudah, bukan juga menelan belanja yang murah.

Besar harapan tiga siri himpunan itu mencapai hasrat mencetuskan gelombang kebangkitan rakyat menolak BN, seterusnya membuahkan kemenangan manis buat PAS lewat Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13) nanti.

Jumaat dan Sabtu (15, 16 Okt0ber) lalu berlangsungnya HKR-PGU siri terakhir di Pantai Pandak, Kuala Terengganu.

Himpunan itu dikhususkan sebagai program gempur bagi zon tengah, selepas siri pertama di Kemaman pada 15 Januari 2011 adalah untuk zon selatan, manakala siri kedua di Besut pada 18 dan 19 Mac lalu untuk zon utara.

Sejauh mana kejayaan melengkapkan tiga siri HKR-PGU itu benar-benar menyerlahkan kebangkitan rakyat biarlah masing-masing menilainya.

Namun paling tidak ia menjadi medan terbaik buat PAS Terengganu ‘memanaskan badan’ para petugas dan pendukungnya menghadapi PRU13 yang dijangka amat dekat kini.

Serentak itu, PAS negeri turut melancarkan manifestonya bertemakan “Terengganu Maju, Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan.” Antara perkara awal yang akan dilaksanakan PAS jika diberi amanah memerintah negeri itu termasuklah mengembalikan peraturan menghapuskan cukai pintu rumah kediaman dan menyelesaikan isu tanah rakyat yang dirampas BN. Ia juga berjanji memperuntukkan cuti 30 hari bergaji kakitangan awam wanita yang kematian suami.

Turut diumumkan ialah hasrat menyediakan 17,000 peluang kerja dalam tempoh tiga tahun, selain program merakyatkan ekonomi dan menyediakan skim khas untuk rakyat miskin.

Pemilihan lima perkara itu amat menyentuh asas permasalahan dihadapi rakyat Terengganu. Ia dianggap isu setempat yang mampu memberi ‘nilai tambah’ kepada pelbagai isu nasional, terutama soal peningkatan kos sara hidup dan kezaliman pemerintahan BN.

Contohnya, janji menghapuskan cukai pintu rumah kediaman bukan lagi cakap kosong. PAS telah membuktikan kesungguhannya apabila sebaik mengambil alih pemerintahan daripada BN pada 1999, kerajaannya telah membatalkan kutipan cukai berkenaan.

Bahkan penghapusan itu turut melibatkan tunggakan cukai terbabit untuk tahuntahun sebelum itu. PAS telah membuktikan kesungguhannya mengurangkan beban hidup rakyat, walaupun sebagai akibat penghapusan itu kerajaan negeri terpaksa mengorbankan sumber hasil berjumlah RM12 juta setahun.

Pelepasan membayarnya pada hakikatnya merupakan bonus tahunan daripada kerajaan negeri kepada setiap rakyat terbabit. Malangnya BN membatalkan peraturan itu.

Antara pencapaian kerajaan PAS Terengganu paling menonjol juga ialah kejayaannya menyelesaikan pemilikan tanah rakyat. Untuk dua tahun terakhir pemerintahannya, PAS berjaya memproses lebih 50,000 lot tanah setahun bagi dilupuskan kepada rakyat.

Kejayaan itu amat memalukan BN kerana selama 38 tahun ia memerintah Terengganu sebelum itu perkara tersebut gagal diselesaikannya.

Bagi menutup keaiban itu BN membatalkan semua anugerah tanah diluluskan PAS.

Maka berlakulah siri rampasan tanah rakyat secara besar-besaran di seluruh Terengganu.Tekad PAS untuk menyelesaikan isu tersebut adalah isyarat jelas betapa parti itu serius mengembalikan hak rakyat yang telah dizalimi BN.

Adapun janji memberi cuti sebulan bergaji untuk kakitangan wanita yang kematian suami adalah suatu pembaharuan yang bakal membuat BN sekali lagi tersentak. Sebelum ini BN telah ‘dimalukan’ oleh agenda pembelaan PAS Terengganu kepada wanita apabila kerajaannya dulu memperkenalkan cuti bersalin 90 hari untuk kakitangan wanita yang disertakan cuti tujuh hari kepada suami.

Walaupun sewaktu mula diperkenalkan, BN mencemuhnya dan menganggapnya merugikan sektor perkhidmatan, ia akhirnya terpaksa akui langkah ke depan PAS membela wanita itu.

Adapun agenda khas untuk rakyat miskin juga diingati rakyat sebagai antara kejayaan terbaik pemerintahan PAS.

Program mengurangkan kadar kemiskinan amat mengesankan. Bahkan BN sendiri hingga kini mengekalkan Tabung Darul Iman diwujudkan kerajaan PAS.

Justeru, apabila PAS menyatakan hasrat mewujudkan program untuk golongan itu, tiada siapa yang akan mempersoalkan komitmen dan keupayaannya.

Kelima-lima butiran manifesto itu sebenarnya banyak mengembalikan ingatan manis rakyat Terengganu kepada pemerintahan PAS dulu. Ia diharap dapat membantu menyemarakkan gelombang kebangkitan mereka menolak BN nanti. Apatah lagi melihatkan sambutan membanggakan di setiap siri HKR-PGU yang diadakan, aura 1999 semakin dirasai di negeri penyu itu.

Jom riadah bersama keluarga dan teman-teman

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111