" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, November 2, 2011

Catatan cemerlang Audit Kedah digelapkan TV3

Oleh Zulkifli Yahaya

BULETIN Utama TV3 melaporkan kononnya Ketua Audit Negara telah menegur Kerajaan Negeri Kelantan kerana amalan perbelanjaan yang tidak berhemah. Siaran berita yhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgPlmjzYw2ZtKnBeQJR3hbtjJX3mH7TpOP_efReTNxjkPhTgINtpUZ2ZgENt6NB8RbzkZBbrx307Ke2LR9i9eQrhobJ8_RtWFQX9ZHtOxmzNBnpI15XZn2Few6g91ygtS-xDArt5Ac4qaYH/s1600/logo+buletin+utama+baru.JPGang sama juga mengecam Kerajaan Negeri Selangor kerana berdasarkan laporan audit itu juga, hasil negeri Selangor merosot sebanyak 20 peratus dari sebelumnya.

Banyak juga pendedahan kepincangan dalam pengurusan kewangan oleh agensi kerajaan Pusat yang berlaku tetapi TV3 tidak menyiarkannya. Itulah kaedah penyiaran berat sebelah dan penuh propaganda oleh siaran televisyen yang bekerja keras untuk menyelamatkan kuasa kerajaan BN di pusat.

Cuma ramai yang tertanyatanya, apa pula halnya dengan laporan audit berhubung pengurusan kewangan di Kedah?

Jika wujud mustahil TV3 serta media-media talibarut BN akan mendiamkan saja. Rupanya semakan terhadap laporan audit tersebut mendapati tiada kepincangan yang boleh dimanipulasi oleh BN.

Tentulah BN Kedah sangat kecewa kerana siang malam mereka ‘mendedahkan penyelewengan’ di media kononnya kerajaan negeri menyalahgunakan wang peruntukan Pusat berhubung penyelenggaraan jalan, tetapi tiada pula dalam laporan audit.

Maka terserlahlah kejahilan mereka selama ini yang telah bertindak membuat lapora polis dan SPRM.

“Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) amat berbangga dengan Laporan Ketua Audit Negara bagi penyata kewangan Kerajaan Negeri Kedah untuk tahun 2010.

Walaupun Ketua Audit Negara mengatakan prestasi kewangan Kerajaan Negeri Kedah memuaskan, namun bagi DPPNK, dengan usia ‘setahun jagung’ iaitu baru tiga tahun memerintah, pencapaian tersebut adalah sangat cemerlang,” ujar Ketua Penerangan DPPNK yang juga merupakan Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria.

Katanya, DPPNK akan terus bekerja keras bagi terus mempertahankan dan mengajak seluruh rakyat terus menyokong dan mendukung pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak. Di sebalik segala kepincangan Laporan Ketua Audit Negara terhadap Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional, DPPNK menyeru seluruh rakyat Negeri Kedah untuk membuat perbandingan dan membuat pilihan yang tepat.

Ahli Parlimen Padang Terap itu telah membuat kajian terhadap laporan audit, khususnya terhadap pentadbiran di Kedah. Banyak catatan cemerlang yang direkodkan.

Antaranya, Kerajaan Negeri Kedah telah mengalami peningkatan hasil sejumlah 23.9 peratus atau RM87.94 juta pada tahun 2010 berbanding peningkatan perbelanjaan mengurus RM2.55 juta atau RM 0.6 peratus. Hasil kerajaan negeri pada tahun 2010 berjumlah RM456.21 juta berbanding 2009 sebanyak RM368.27 juta.

Pencapaian ini yang terbaik di dalam masa lima tahun. Kerajaan Negeri Kedah juga telah mencatatkan surplus atau lebihan pada tahun 2010 berjumlah RM22.50 juta.

Peningkatan ini sangat ketara dan sangat membanggakan. Ia adalah defisit tertinggi dalam masa 5 tahun dan merupakan surplus kali kedua dalam tempoh tersebut. Berbanding dengan defisit tahun 2009 yang berjumlah RM62.89 juta, ia menjadikan peningkatan sejumlah RM85.39 juta iaitu sebanyak 135.8 peratus.

Ketua Audit Negara juga telah memperakui pengurusan kewangan di Jabatan/Agensi Negeri telah bertambah baik berbanding 2009. Pihak Jabatan Audit Negara telah melaksanakan pengauditan pengurusan kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti di 17 Jabatan/Agensi Negeri.

Laporan tersebut telah memperakui peningkatan penerimaan hasil cukai tanah sebanyak RM18.69 juta iaitu peningkatan sebanyak 21.9 peratus. Kerajaan negeri berjaya mengutip RM104.06 juta berbanding 2009 hanya RM85.37 juta. Walaupun dasar kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang menurunkan cukai sebanyak 25 hingga 75 peratus di awal usia pemerintahan, namun bagi DPPNK telah berlaku kecekapan dalam kutipan hasil tanah walaupun berlaku penurunan selama dua tahun berturut-turut.

Kutipan ini yang kedua tertinggi di dalam tempoh lima tahun. Peningkatan ketara iaitu 125.2 peratus atau RM19.71 juta juga berlaku dalam pungutan tunggakan cukai tanah. Hasil kutipan berjumlah RM35.45 juta berbanding tahun sebelumnya iaitu hanya RM15.74 juta. Kutipan ini adalah tertinggi dalam masa lima tahun.

Sekali lagi premium hutan berjaya ditingkatkan oleh Kerajaan Negeri Kedah. Peningkatan sejumlah 46.9 peratus atau RM15.49 juta.

Berbanding tahun 2009 sebanyak RM33.05 juta, kerajaan berjaya memungut RM48.54 juta. Jumlah ini adalah yang tertinggi dalam masa lima tahun. Sebagai catatan juga peningkatan jika dibandingkan dengan tahun 2007, hampir 400 peratus.

Kerajaan juga berjaya membuat kutipan premium tanah tertinggi dalam masa lima tahun terakhir. Berbanding tahun 2009 iaitu sebanyak RM 26.63 juta, sebanyak RM58.12 juta atau peningkatan sebanyak 118.3 peratus.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111