Oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat
1.  Saya amat terkejut dengan penganjuran  program Seksualiti Merdeka yang  sedang dirancang oleh beberapa NGO dan  individu sebagaimana yang sedang  diiklankan melalui laman web  http:/ /seksualitimerdeka.org.
/seksualitimerdeka.org. 
2. Jika program tersebut benar-benar bermatlamatkan untuk mengiktiraf hak sesetengah pihak yang mempunyai kecenderungan seks yang songsang termasuklah golongan gay dan lesbian, ia perlu dicegah dan ditentang. Ini merupakan penghancuran terhadap kehidupan beragama yang kesemuanya mengharamkan amalan homoseks.
3.  Sesungguhnya  Islam tidak menyekat hak asasi manusia tetapi ia  hendaklah selari dengan  hak asasi Pencipta alam ini iaitu Allah SWT.   Di antara perkara yang  dijamin kemuliaanya oleh Islam ialah agama,  nyawa, harta, akal dan  keturunan.  Sebarang aktiviti yang menceroboh  kemuliaan lima perkara ini  akan mengakibatkan keruntuhan terhadap  tamadun manusia.  Amalan  homoseks hakikatnya merupakan pencerobohan  terhadap keturunan secara  langsung dan juga sekaligus pencerobohan  terhadap kelima-limanya secara  tidak langsung.  Setiap akal waras  manusia pasti akan menolak budaya ini  untuk diamalkan dalam masyarakat.
4.  Jika hak asasi untuk  melakukan homoseks dibenarkan, maka adakah akan  timbul pula hak asasi  untuk mencuri, hak asasi untuk merompak, membunuh  dan pelbagai lagi  jenayah yang disandarkan ke atas hak asasi?   Justeru, ia perlu dihalang  dengan segala kemampuan yang ada.
5.  Sewajarnya tindakan tegas  diambil bukan sahaja terhadap penganjur  program ini bahkan terhadap  media massa yang ghairah memaparkan  perkara-perkara lucah dan fitnah  sehingga menyebabkan isu sebegini  menjadi biasa di telinga masyarakat.   Pelbagai istilah disebut dan  gambar-gambar dipaparkan secara terbuka  oleh media seolah-olah tidak  menjadi kesalahan dan ini mengakibatkan  hakisan moral golongan anak  muda semakin besar. 6.Saya   yakin kerajaan dengan segala kekuatan dan kuasa yang ada mampu   bertindak terhadap penganjuran program sebegini tanpa menunggu desakan   dari mana-mana pihak.  Saya harap tidak ada apa-apa permainan politik   kerana amat biasa di dalam senario negara pada hari ini isu yang   diperbesarkan akhirnya hanya menjadi mainan media semata-mata.
6.Saya   yakin kerajaan dengan segala kekuatan dan kuasa yang ada mampu   bertindak terhadap penganjuran program sebegini tanpa menunggu desakan   dari mana-mana pihak.  Saya harap tidak ada apa-apa permainan politik   kerana amat biasa di dalam senario negara pada hari ini isu yang   diperbesarkan akhirnya hanya menjadi mainan media semata-mata.
*Kenyataan media oleh Nik Abdul Aziz bin Nik Mat  (gambar kanan) selaku Al-Mursyidul Am Parti Islam Semalaysia (PAS).
 sila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274
sila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

 
 


 
 
No comments:
Post a Comment