enolak permohonan Pakatan Rakyat untuk didaftarkan sebagai sebuah parti politik. Bagi DPPM, respons ROS yang menyatakan Pakatan Rakyat tidak membuat permohonan baru selepas Datuk Zaid Ibrahim yang menjadi pengerusi keluar dari parti adalah alasan semata-mata. Tindakan ROS mencerminkan lemahnya pegawai-pegawai dalam jabatan tersebut dalam pengurusan sehingga memakan masa beberapa bulan untuk memberi jawapan. Dalam era kecanggihan teknologi maklumat terkini ditambah dengan jumlah kakitangan yang ramai, sepatutnya pelbagai kemudahan yang sedia ada boleh mempercepatkan sesuatu urusan. DPPM juga curiga adakah mungkin ROS dibayangi oleh arahan pihak tertentu yang berkepentingan.
Dalam hal ini, DPPM mengingatkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) agar bersikap telus, jujur, adil dan benar dalam menjalankan tugas serta tidak cuba bermain politik kotor dengan Pakatan Rakyat. Sebagai sebuah agensi yang menguruskan pendaftaran pertubuhan, ROS perlu melayan semua pertubuhan dengan adil dan saksama tidak kira ianya parti dari kerajaan mahupun pembangkang. Jangan sesekali pula ROS mengambil peranan sebagai sebuah parti politik yang menekan parti politik lawannya.
Disediakan oleh:
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia
sila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274


No comments:
Post a Comment