" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, November 2, 2011

KPI rakyat terhadap kerajaan Umno-BN

Oleh Suhaimi Abdul Aziz

DEWAN Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengajak rakyat menilai kembali tahap kecekapan dahttp://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/50252_6912501533_8474_n.jpgn keberkesanan kerajaan mengurus tadbir negara ini.

Melalui Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dibentangkan pada 24 Oktober 2011 menunjukkan kerajaan Malaysia sudah jauh daripada berupaya mengurus tadbir negara dengan baik dan berkesan.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 menceritakan segala-galanya.

Tidak hairanlah, laporan gagal dibentangkan pada masa yang ditetapkan iaitu semasa Bajet 2011 tempohari. Daripada laporan tersebut, didapati terdapat banyak kelemahan, kepincangan, ketirisan serta kepincangan dalam projek-projek pelbagai Kementerian serta agensi kerajaan. Antara yang dilaporkan adalah RM160.7 juta yang telah diululuskan oleh Kementerian Pelajaran untuk membina 300 makmal komputer, namun hanya 2 buah makmal sahaja yang siap.

Peralatan ICT yang dibekalkan sejak 3 tahun lepas masih belum dapat digunakan.

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mencatatkan pembelian barangan yang jauh lebih mahal dari harga sebenar.

Majlis Sukan Negara (MSN) pula mencatat pembelian boros dengan membeli 23 ekor kuda baka khas untuk sebuah pertandingan dengan harga RM5.66 juta. Pembelian ini dibuat secara runding terus tanpa mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pula mencatat pengurusan yang tidak telus dan tidak efektif kerana tidak membayar RM 110.67 juta insentif kepada 73,291 orang petani.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pula gagal mengurus secara efektif kerana peralatan yang berjumlah RM64.69 juta masih terbiar dan tidak dapat digunakan sehingga kini. Akibat itu, sejumlah RM0.44 juta lagi dibazirkan untuk kawal selia dan insurans bagi menyimpan peralatan tersebut.

Selain itu, terdapat lapan Syarikat GLC yang mengalami penurunan pendapatan selama tiga tahun berturut-turut. Malah, ada syarikat GLC yang mengalami kerugian seperti Syarikat Prasarana Negara, Keretapi Tanah Melayu, Assest Global Network dan Indah Water Konsortium. Jumlah kerugian keseluruhan ialah RM630.45 juta.

Kesemua fakta yang diberikan hanya sebahagian daripada keseluruhan kelemahan dan kepincangan kerajaan. Ternyata saban tahun negara ditadbir oleh pemimpin yang tidak cekap, tidak amanah, efisyen dan konsisten.

Amalan berboros, membazir sudah seakan sebati dalam diri pemimpin negara hari ini. Harta rakyat seumpama harta ‘mak bapa’ mereka yang boleh diagih sesuka hati mereka.

Justeru, Pemuda PAS Wilayah mengharapkan rakyat menjadikan Laporan Ketua Audit Negara 2010 sebagai KPI dalam penilaian rakyat menjelang PRU13 nanti. Cukuplah negara ditadbir oleh mereka yang kurang berkemampuan, dan berikan ruang pula buat Pakatan Rakyat mentadbir negara.

PAS percaya Pakatan Rakyat berupaya membuktikan pengurusan yang lebh baik sebagaimana negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat telah buktikan dalam masa 3 tahun ini. » Suhaimi Abdul Aziz ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111