" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, November 2, 2011

Audit dan harimau kertas

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT

Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan ada kementerian yang membeli komputer riba dengan pencetak dengan harga hampir RM12,000. Jika Steve Jobs masih hiduhttp://www.aktechpage.com/wp-content/uploads/2009/07/mini-note-hp1.jpgp dia tentu boleh menangis mengetahui ada komputer riba yang lebih mahal daripada sebuah laptop Mac

TIDAK seperti, mungkin sedekad lalu, kini Jabatan Audit Negara muncul sebagai sebuah jabatan kerajaan yang cukup popular. Setiap tahun lebih ramai rakyat biasa yang menanti-nantikan penerbitan Laporan Ketua Audit Negara.

Walaupun ramai yang mahu mengetahui lawak jenaka (tapi kisah benar) mengenai bagaimana ketua jabatan tertentu miliki daya kreativiti tinggi dengan meluluskan pembelian pemandu skru, komputer riba, alat walkie-talkie dan banyak lagi dengan harga yang jauh daripada munasabah atau menghilangkan dokumen sokongan atau baucer bayaran bernilai hampir RM1bilion untuk pembayaran kontrak bot peronda TLDM, mereka yang mahu melihat sama ada dana yang diperuntukkan untuk pembangunan rakyat dan negara (termasuk pelaksanaan pelbagai projek), dana yang diperuntukkan bagi melaksanakan dasar yang sedang sibuk diperkatakan oleh kerajaan Umno-BN serta perbelanjaan mengurus telah disempurnakan dengan berhemah dan sempurna.

Seperti lazimnya, Laporan Ketua Audit Negara tahun ini turut sarat dengan episod mencuit hati: ada kementerian yang membeli komputer riba dengan pencetak dengan harga hampir RM12,000. Jika Steve Jobs masih hidup dia tentu boleh menangis mengetahui ada komputer riba yang lebih mahal daripada sebuah laptop Mac.

Ada dana yang telah diperuntukkan untuk membeli komputer tetapi hampir tidak digunakan langsung. Ada pula yang komputer dan segala peralatan telah dibeli sejak beberapa tahun lalu tetapi tidak dapat digunakan kerana kawasan terbabit tidak mempunyai bekalan elektrik.

Dalam pada itu terdapat juga cerita sedih misalnya peruntukan RM110.67 juta insentif kepada 73,291 petani miskin masih lagi berbaki dalam akaun sebuah kementerian pada hari penutupan akaun pada 31 Disember 2010 lalu. Memang kasihan petani terbabit.

Dulu agaknya ketika Menteri Kewangan umumkan dalam Bajet 2010 tentang akan adanya insentif seperti ini, mereka sudah tentu berasa gembira. Tetapi tunggu-tunggu punya tunggu akhirnya macam tunggu buah yang tak gugur.

Tidaklah dapat dipastikan dengan jelas sama ada kegagalan melunaskan pembayaran berkenaan disebabkan pengurusan tidak cekap dan sambil lewa pegawai kerajaan terbabit atau wujudnya arahan agar peruntukan tersebut perlu ditangguhkan kerana mungkin golongan petani ini dilihat sebagai tidak akan menguntungkan Umno-BN dari segi pemangkahan kertas undi pada pilihan raya umum kelak.

Apa pun, melihat dari kes seperti ini, apakah peruntukan pembayaran one-off yang dijanjikan dalam bajet terbaru akan turut berkongsi nasib dengan peruntukan kepada petani ini, menjadi ‘off!’ dan bakal dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 kelak sebagai tidak dibelanjakan atau masih berbaki dengan peratusan tinggi?

Begitulah intipan kecil senario pengurusan kewangan kerajaan yang dikendalikan oleh kerajaan Umno-BN. Dulunya kebobrokan ini tidak diketahui oleh rakyat. Bukan mudah untuk membeli dan membaca Laporan Ketua Audit Negara. Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini akhbar Harakah dan beberapa penerbitan lain termasuk di Internet sering mengulas dan memetik laporan berkenaan sebagaimana yang dapat dilihat dalam edisi Harakah lalu.

Tentu sekali, sebagaimana dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan, hasil Laporan Ketua Audit Negara akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam. Begitu pun proses tersebut hanya terhenti di situ.

Paling-paling jawatankuasa berkenaan akan menegur dan membuat pelbagai saranan. Dan akhirnya wal hasil balik asal.

Sampai bila kerajaan Umno- BN mahu jadikan Jabatan Audit Negara dan Laporan Ketua Audit Negara tidak lebih daripada sebagai ‘harimau kertas’ sahaja?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111