" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, November 8, 2011

Laporan Audit: Pegawai KKM berdepan tindakan tata tertib

Tindakan tata tertib mungkin dikenakan terhadap beberapa pegawai kementerian kesihatan (KKM) yang mendorong pembayaran awal dibuat bagi bekalan peralatan kesihatan yang belum diterima bernilai RM708azlan,220.

Ketua setiausaha kementerian kesihatan, Datuk Kamarul Zaman Md Isa berkata tindakan itu disyorkan sebuah jawatankuasa siasatan yang ditubuhkan pada 19 Mei lalu.

Beliau merujuk Laporan Ketua Audit Negara 2010 baru-baru ini yang mendedahkan pengurusan perolehan bagi peralatan Jabatan Rehabilitasi Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu, Sabah, adalah tidak teratur apabila bayaran bagi perolehan tahun 2007 dibuat sebelum peralatan diterima.

"Jawatankuasa siasatan mengesyorkan pegawai-pegawai yang mengesahkan kesempurnaan bekalan yang diterima dikenakan tindakan tata tertib kerana mengesahkan bekalan telah diterima secara sempurna, dan mendorong bayaran dibuat bagi bekalan yang belum diterima melibatkan amaun RM708,220," kata Kamarul Zaman dalam satu kenyataan hari ini.

queen elizabeth hospital kota kinabalu 251008Dalam pada itu, beliau katanya, kementerian mengenakan denda RM2.196 juta terhadap kontraktor berhubung kelewatan penyerahan peralatan bagi perolehan 'Next Generation Communication System' (NGCS) bertujuan menaik taraf sistem komunikasi di hospital dan institusi kementerian kesihatan.

Menurut Kamarul Zaman, kementerian mengeluarkan surat tuntutan bertarikh 27 Oktober lalu berhubung denda berkenaan.

Pada pendapat Audit, perolehan NGCS tidak menguntungkan kementerian kerana sistem itu lewat disiapkan serta tidak dapat digunakan secara optimum di 13 hospital atau institut.

Kementerian juga terpaksa membayar RM3.22 juta untuk perkhidmatan lesen yang tidak dapat digunakan.M/kini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111