" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, November 8, 2011

Pas Selangor ramal PRU13 Disember

Oleh : RISWANDI RAZAK
Pas Selangor meramalkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan pada bulan Disember selepas berakhirnya musim haji susulan publisiti yang meluas oleh media dan memberi kesan positif kepada beliau Perdana Menteri.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri III, Khalid Abdul Samad berkata, pihaknya yakin Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan tarikh berkenaan setelah beliau pulang dari menunaikan ibadah haji.

“Apabila beliau (Najib) balik pada 9 atau 10 November, ada kemungkinan dikatakan bahawa Parlimen akan dibubarkan pada 11 November dan pilihan raya akan diadakan pada bulan 12 ini.

“Saya sendiri pun hairan mengapa beliau mendapat publisiti yang meluas, sedangkan orang lain pun pergi mengerjakan haji tetapi tidak mendapat liputan sebegini,” katanya.

Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, publisiti yang meluas ini, menguatkan lagi ramalan bahawa tarikh PRU13 semakin dekat, namun Pas masih berharap pilihan raya tidak diadakan bulan hadapan.

“Kita masih berharap PRU13 tidak diadakan bulan hadapan, kerana bimbang masalah banjir selain membolehkan Pakatan Rakyat (PR) melakukan persiapan rapi,” katanya.

Ketika ditanya mengenai sesi Dewan Rakyat yang belum tamat pada bulan Disember, Khalid berkata, pembubaran Parlimen tidak perlu menunggu sesi perbahasan selesai, sebaliknya hanya memerlukan Bajet 2012 diluluskan.

Menurutnya, di peringkat dasar, Bajet 2012 telah diluluskan, manakala di peringkat jawatankuasa kini masih dalam proses perbahasan dan dijangka akan selesai pada minggu ini.

“Kita berasa aneh, sesi perbahasan bajet kali ini, berakhir lewat setiap hari sejak hari pertama dibahaskan di Dewan Rakyat, seolah-olah bajet tersebut mahu dipercepatkan.

“Ini berbeza dengan sesi perbahasa bajet sebelum ini berdasarkan pengalaman saya sebagai ahli Parlimen,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Pas Selangor, Khairuddin Othman berkata, pihaknya telah melancarkan program ‘Semarak Hijau’, bertujuan untuk mempergiatkan persiapan menghadapi PRU13.

Menurutnya, program ini yang akan menjelajah di seluruh Negeri Selangor ini, telah bermula pada 29 Oktober lalu dan akan diteruskan sehingga tarikh pilihan raya.

“Memandangkan kita sekarang berada dalam suasana pilihan raya, kita minta rakyat bersama-sama menyertai program Semarak Hijau ini.

“Antara aktiviti yang diadakan termasuklah program berbentuk kebajikan, majlis penerangan, pertandingan melukis untuk kanak-kanak, futsal dan sebagainya,” katanya.S/Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111