" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, November 2, 2011

UIAM cabuli taman ilmu

Oleh FADIAH NADWA FIKRI

Baru-baru ini kita digemparkan berita penggantungan seorang ilmuwan Undang-Undang Phttp://media1-cdn.malaysiakini.com/404/d923969ed29dff25366dc7b823b2c2d2.giferlemba gaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari oleh Universiti Antarabangsa Islam Malaysia.

Ia berikutan kenyataan beliau berkenaan batasan kuasa Sultan di bawah Perlembagaan.Penggantungan Dr Abdul Aziz bukanlah sesuatu di luar norma kerana Malaysia terkenal sebagai negara yang mengekang hebat kebebasan berfikir dan bersuara.

Sejauh manakah kita akan tersasar dari perjuangan mempertahankan maruah dan budaya ilmu sekiranya gedung ilmu yang diamanahkan mempertahankan maruah dan budaya ilmu itu sendiri terjebak dalam permainan kotor pemerintah sehingga sanggup menggadai kebebasan akademik?

UIAM gah sebagai sebuah institusi pendidikan yang dikenali sebagai “Garden of Knowledge and Virtue” (Taman Imu dan Nilai Murni).

Sebagai seorang graduan UIAM dan bekas pelajar Dr Abdul Aziz, saya tidak dapat melarikan diri dari mempersoalkan sama ada UIAM benar-benar serius dalam memartabatkan dan mempertahankan maruah dan budaya ilmu?

Adakah Taman Ilmu dan Nilai Murni ini sekadar laungan kosong yang lambat laun akan mendedahkan kepura-puraan yang hanya menjauhkan kita daripada kebenaran hakiki?

Ilmu itu diraikan kemuliaannya melalui proses pendidikan yang dibekalkan di gedung-gedung yang dihuni manusia yang mampu mengungkap hati nurani dalam mencari makna dan tujuan kejadian manusia di bumi yang penuh dengan penderitaan, penindasan dan ketidakadilan sistem sedia ada.

Para ilmuwan di gedung ilmu bertanggungjawab melahirkan manusia yang peduli kepada tanggungjawab sosial dan ini hanya boleh dicapai melalui proses pendidikan yang bersifat bebas dari kekangan dan ancaman pemerintah. Maruah dan budaya ilmu itu akan tergadai sekiranya proses pendidikan dikekang tangan-tangan yang mengendalikan gedung ilmu yang jelas bersekongkol dengan pemerintah yang hanya berminat menggunakan proses pendidikan bagi melahirkan manusia yang patuh kepada sistem, dan bukan kepada kebenaran.

Kes penggantungan Dr Abdul Aziz jelas mengancam dan mencabul kebebasan akademik. Ia satu tindakan menghina maruah dan budaya ilmu. Penggantungan ini menghantar mesej yang jelas kepada para ilmuwan yang lain bahawa jika mereka berani mempersoalkan sistem sedia ada semasa menjalankan tanggungjawab mereka dalam mendidik, mereka akan dihukum.

Penggantungan ini secara terang bercanggah dengan falsafah penubuhan UIAM yang menyatakan bahawa penyampaian ilmu itu adalah amanah dalam proses mencari kebenaran.

Jika maruah dan budaya ilmu terus-terusan dikecam, kita akan kehilangan para ilmuwan yang berani bangkit mempertahankan maruah dan budaya ilmu dalam usaha memartabatkan nilai-nilai kemanusiaan, kebebasan dan keadilan.

Jika maruah dan budaya ilmu terus-terusan dihinjak, kita akan kehilangan graduan yang peduli dengan penderitaan umat yang ditindas sistem yang tidak adil, sistem yang hanya memperkayakan pemerintah yang hanya berminat mempertahankan kepentingan dan kekuasaannya.

Jika maruah dan budaya ilmu terus-terusan diperdagangkan kita akan kehilangan nilai-nilai kemanusiaan dan sebagai ganti kita akan melahirkan generasi manusia yang terlalu mengagungkan sifat kebendaan untuk menjaga kepentingan diri sendiri, dan bukannya kepentingan masyarakat.

Bersediakah kita menggadaikan kebebasan akademik dengan kepurapuraan para ilmuwan yang hanya mengajar berdasarkan silibus dan bukannya mendidik berdasarkan kebenaran? Bersediakah kita menggadaikan kebebasan akademik dengan kepura-puraan institusi pendidikan yang hanya akan melahirkan generasi yang hanya jadi burung kakak tua..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111