" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, December 29, 2011

Karpal Desak Hakim Letak Jawapan Kerana Isu Plagiat!

KUALA LUMPUR, – Hakim Mahkamah Rayuan Abdul Malik Ishak digesa meletak jawatan dalam tempoh tujuh hari berhubung isu plagiat beliau.Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, jika Abdul Malik masih berkeras untuk memegang jawatan, beliau hanya akan menjejaskan lagi reputasi badan kehakiman Malaysia.“Adalah paling baik kepada beliau supaya meletak jawatan.

Beliau tidak sesuai, malah bukan orang yang sepatutnya untuk memegang jawatan dalam Mahkamah Rayuan.“Jika beliau tidak meletak jawatan, saya akan ambil kira ia sebagai satu pengakuan umum bahawa beliau bersalah dalam tuduhan plagiarisme,” katanya dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau menambah bahawa jika tuduhan yang dibuatnya di Parlimen terhadap Abdul Malik tidak mempunyai asas, hakim tersebut berhak untuk menyamannya.Karpal menjelaskan tentang surat yang dihantarnya kepada Abdul Malik bertarikh 27 Disember menggesa hakim tersebut meletak jawatan dalam tempoh tujuh hari.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata demikian sebagai tindakan susulan terhadap gesaan beliau sebelum ini menggesa Abdul Malik meletak jawatan.Dalam masa sama beliau turut memberikan salinan surat bertarikh 27 Disember yang menggesa Abdul Malik meletak jawatan dalam tempoh tujuh hari.

Pada 4 Oktober lalu, Karpal bersama 59 Ahli Parlimen telah mengusulkan kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia supaya menubuhkan tribunal dengan tujuan memecat Abdul Malik dari jawatannya.

Dalam tuduhannya, Karpal menyatakan Abdul Malik, sewaktru menjadi hakim di Mahkamah Tinggi Johor dahulu, telah dikenal pasti oleh badan kehakiman Singapura sebagai hakim Malaysia yang telah memplagiat keputusan penghakiman seorang hakim di Mahkamah Tinggi Singapura.Menurut Karpal, beliau telah mengutus surat kepada Abdul Malik pada 22 Ogos dan 29 September lalu dengan isi yang sama – menggesa hakim kanan itu meletak jawatan.Namun, sehingga hari ini Abdul Malik tidak memberi sebarang jawapan.

– Roketkini.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111