" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, December 29, 2011

Tangkap Segera Taib Mahmud

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) memandang serius desakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari enam negara supaya ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya ditangkap atas pelbagai dakwaan seperti pengagihan dana awam secara haram, salah guna jawatan awam, merampas tanah kerajaan, rasuah, eksploitasi, serta konflik kepentingan.

Bagi DPP Malaysia, dakwaan NGO tersebut amat berat memandangkan ia melibatkan pemimpin kerajaan negeri Sarawak itu. Sekaligus ia akan menjejaskan kredibiliti dan integriti kerajaan Malaysia.

Kerajaan tidak boleh berdiam diri dengan dakwaan ini kerana ia boleh menjejaskan imej negara di mata masyarakat antarabangsa. DPP Malaysia bimbang jika kerajaan tidak bersungguh-sungguh menyiasat dakwaan ini, ia akan menjejaskan pelaburan dan industri pelancongan ke negeri itu.Kerajaan pula akan dituduh bersubahat melindungi mereka yang melakukan pelbagai kesalahan.

Sebelum ini heboh masyarakat didedahkan mengenai aset kekayaan beliau yang bernilai U$1.46 bilion (RM 4.6 bilion) di 14 syarikat. Tidak hairanlah, dalam keadaan negeri Sarawak yang kaya raya dengan pelbagai kegiatan ekonomi daripada petroleum, hasil bumi, hutan, pertanian dan lain-lain, rakyat pula terhimpit dengan masalah kemiskinan.

Sebaliknya pemimpin dan keluarganya pula hidup bermewah dengan harta yang melimpah ruah.Dalam hal ini, DPP Malaysia berpendapat, jika tiada desakan oleh NGO ini terhadap Tan Sri Taib Mahmud dan keluarga beliau untuk ditangkap, kerajaan khususnya SPRM tetap perlu menjalankan siasatan bagaimana Tan Sri Taib Mahmud memperolehi kekayaan sebanyak ini.

Bagaimanakah seorang Ketua Menteri mampu memiliki aset sebanyak itu yang jauh dari kemampuan sebenar beliau.

Akhirnya, DPP Malaysia mendesak agar kerajaan Malaysia menyiasat dakwaan tersebut. Sekiranya dakwaan itu benar, DPP Malaysia meminta kerajaan mengambil tindakan tegas dengan mendakwa Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan ahli keluarganya di mahkamah. DPP Malaysia juga mendesak agar Tan Sri Abdul Taib Mahmud melepaskan jawatan beliau selaku Ketua Menteri Sarawak. DPP Malaysia yakin rakyat Sarawak tidak sesekali mahu pemimpin mereka terlibat dengan pelbagai skandal yang memalukan rakyat di negeri itu.

DR RAJA AHAMD AL HISS 

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111