" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, December 6, 2011

Lakonan “polis baik, polis jahat” UMNO-BN

Oleh Muhammad Zir

Jika kita perhatikan betul-betul ucapan dasar Presiden UMNO Najib Razak berbanding timbalannya Muhyiddin Yassin sewaktu perhimpunan agung UMNO baru-baruhttp://4.bp.blogspot.com/_vob_WZJm7M0/TF_yoVddqmI/AAAAAAAAAE8/BWNJ0WiO0Vw/s320/TOPENG-TIGA-MUKA.jpg ini, kita akan dapat melihat corak serangan yang bakal digunakan dalam kempen pilihan raya umum yang akan datang.

Dua susuk ini akan memainkan peranan yang amat penting dalam taktik dan strategi kempen serangan besar-besaran mereka ke atas Pakatan Rakyat.

Lakonan ekstrem

Berdasarkan ucapan Muhyiddin, jelas sekali beliau begitu fokus kepada agenda Melayu. Kata-kata atau fitnah beliau untuk membakar emosi Melayu cukup hebat. Manipulasi beliau tentang DAP untuk membangkitkan kebencian melulu kepada apa sahaja yang ‘Cina’ sungguh menakutkan.

Kita lihat bagaimana tuduhan melampau Muhyiddin tentang DAP dihamburkannya secara langsung melalui stesen TV UMNO, iaitu TV3, serta laporan-laporan media kawalan UMNO-BN. DAP dituduh mahu menjadikan Malaysia sebagai republik, DAP ditohmah mahu melantik Perdana Menteri tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong, DAP didakwa menindas Melayu, dan pelbagai lagi kata nista yang bukan-bukan.

Para perwakilan yang mengikut skrip Muhyddin pula menyambungnya dengan menggambarkan bahawa PAS diperkudakan oleh DAP dalam soal negara Islam, hukum hudud dan pelbagai lagi. Sasaran pastilah kelompok warga Islam yang membesar dengan membaca lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia serta menonton berita TV3 dan RTM.

Kita dapat melihat dengan jelas bagaimana sentimen perkauman dan agama dimanipulasi tanpa rasa tanggung jawab pihak mereka. Tujuannya hanya satu, iaitu Muhyiddin akan mengepalai kempen menarik sokongan orang Melayu dan Islam dengan membenci DAP, dan dengan itu mereka menjadi takut untuk mengundi rakan-rakan DAP dalam Pakatan Rakyat, iaitu PAS dan PKR.

Lakonan moderat

Berdasarkan ucapan Najib pula, ungkapan beliau sangat berhati-hati. Hinggakan nama parti DAP, PAS dan PKR sekali pun tidak mahu disebutnya, hanya digantikan sebagai parti A, B dan C. Ini memberi imej yang bertentangan sekali dengan ucapan timbalannya yang secara terang-terangan mencaci-maki DAP.

Najib lebih menekan isu nasional, agenda transformasi dan slogan 1Malaysianya. Jelas di sini peranan beliau sebagai ketua parti dan kerajaan yang mahu dilihat lebih inklusif dalam mencari sokongan rakyat dari pelbagai kaum, dan bukan dari orang Melayu sahaja.

Beliau seolah-olah mahu menjauhkan diri daripada emosi perkauman yang dibangkitkan oleh timbalannya sendiri serta ramai kalangan perwakilan UMNO sewaktu perhimpunan itu. Beliau mahu dirinya dilihat sebagai pemimpin moderat atau sederhana.

Seolah-olahnya wujud perbezaaan pendapat, dan mungkin ada yang menganggap kedua-dua perpimpin tertinggi UMNO itu sudah tidak sehaluan. Tetapi adakah itu hakikat sebenarnya?

Lakonan terancang

Teknik soal siasat polis “good cop, bad cop” atau “polis baik, polis jahat” adalah taktik psikologi yang sering digambarkan dalam filem dan drama TV antarabangsa.

Dalam babak soal siasat suspek, seorang pegawai penyiasat polis akan berlakon garang dan ganas serta agresif untuk menakutkan suspek. Dalam ketakutan itu, seorang pegawai lain yang berlakon baik akan memujuk suspek supaya memberitahu polis segala maklumat yang diperlukan.

Tekanan psikologi sedemikian dapat menghasilkan apa yang diperlukan kerana suspek biasanya akan tunduk dan bekerjasama dengan pegawai yang dilihatnya sebagai baik, bersopan-santun serta ‘boleh dipecayai’.

Malah ada juga suspek, kerana terlalu takut dengan ugutan watak ‘jahat’, terus mengaku segala-galanya kepada pihak polis.

Inilah yang menjadi permainan politik pucuk pimpinan UMNO sekarang bagi memanipulasi minda para pengundi agar percaya bahawa mereka tidak ada pilihan lain kecuali mengekalkan kuasa BN dalam PRU akan datang.

Wang rakyat untuk menjayakan lakonan

Pakej serangan ini akan diselaraskan dengan pelincir yang paling kuat, iaitu wang. Ringgit dan sen akan mengalir deras dalam kempen kali ini, malah lebih dari kebiasaannya berbanding pilihan raya yang lalu.

Dakwaan tentang warga asing yang telah mendapat kad pengenalan Malaysia dan dijadikan pengundi berdaftar sudah berkali-lagi dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat dan NGO-NGO prihatin.

Tetapi semua itu hanya dijawab dengan pelbagai alasan oleh agensi-agensi pemegang amanah rakyat seperti Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, tanpa mengambil sebarang tindakan serius.

Para pegawai dan kakitangan kerajaan akan dipergunakan secukup-cukupnya untuk memastikan kemenangan UMNO-BN.

Rakyat pula ditawarkan dengan pelbagai program pembangunan dan kebajikan. Semua ini memakan belanja yang besar, semua ini adalah wang rakyat dan hasil sumber negara.

Melihat dari situasi ini, maka tidak hairanlah mengapa Najib menganggap PRU akan datang sebagai ibu segala pilihan raya. Kita sebagai rakyat pula memahaminya sebagai ibu kepada kempen yang paling kotor, zalim dan tidak adil.

Lakonan komponen BN

Dengan lakonan politik yang sama, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek juga hebat berkempen di kalangan kaum Cina dengan memperlekehkan hukum hudud. Katanya hudud akan menjadikan Malaysia negara mundur dan semua pelabur akan lari.

Strategi MCA ialah untuk menakutkan kaum bukan Melayu, iaitu oleh kerana PAS mahu kepada hukum hudud, jadi DAP yang menjadi rakan PAS dalam Pakatan, juga dituduh sebagai parti yang mahu melaksanakan hukum hudud.

Soal sama ada DAP telah menolak hudud atas dasar prinsip, termasuk kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, tidak diambil kira oleh Chua yang hanya mahu orang Cina menolak Pakatan Rakyat.

Kesan hubungan antara kaum tidak dipedulikannya kerana pemimpin MCA itu hanya mahu menjayakan tugasnya sebagai alat kepada pucuk pimpinan UMNO yang lebih awal lagi telah menolak pelaksanaan hudud.

Seperti yang kerap dilakukan sekarang, UMNO mendakwa PAS diperkudakan oleh DAP manakala MCA mengatakan DAP diperkudakan oleh PAS. Logik hujah mereka juga semakin mereng.

Pertimbangan rakyat terhadap lakonan politik

Strategi UMNO menerusi Najib dan Muhyiddin bukanlah sekadar untuk memberi kemenangan kepada BN, sebaliknya rakyat perlu melihat, jika BN mengekalkan kuasa sebagai kerajaan, ia membawa maksud bahawa ia adalah kejayaan kepada budaya rasuah, salah guna kuasa dan perosak demokrasi.

Rakyat menyeru kepada 3.3 juta ahli UMNO, yang kita rasa ramai antara mereka yang masih waras serta malu dengan kerakusan para pemimpin mereka yang hanya pentingkan diri, keluarga dan kroni masing-masing, supaya membuang politik benci dan fitnah.

Kita merayu supaya semua pihak berjuang di atas landasan yang betul. Sekurang-kurangnya jika kalah pun, ia adalah kekalahan yang bermaruah. Maksudnya pihak yang kalah, walau pun berjuang secara bersih, adil dan jujur, akan tetap dihormati umum.

Sebaliknya, jika UMNO-BN menang dengan cara yang keji, maka itu bukan kemenangan kepada ahli-ahli UMNO-BN sendiri. Kemenangan dengan cara yang kotor hanya mencerminkan kejayaan kepada budaya rasuah, salah guna kuasa, penindasan dan ketidakadilan.

Jika rakyat, termasuk ahli-ahli UMNO sendiri, membiarkan ini berlaku, bayangkan nasib diri dan keluarga yang terpaksa menanggung kesan politik kotor dan keji di mana perkauman akan berleluasa, benci-membenci menjadi budaya dan hanya yang di atas terus mengaut keuntungan tanpa mempedulikan nasib kita.

Perlukah kita menanggung sengsara semata-mata kerana mahu mempertahankan segelintir pemimpin yang mahu meneruskan politik keji mereka yang semakin tidak relevan lagi? – Roketkini.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111