" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, December 11, 2011

Tak susah untuk PR meroboh cengkaman kuasa di Sabah dan Sarawak

Oleh Wan Simujan

Kewujudan komponen PR yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP merupakan gandihttp://2.bp.blogspot.com/_hCz_XSF2jyE/TBHEEyKTCYI/AAAAAAAABPo/1qpPZ54fcy0/s1600/sabah_sarawak.pngngan yang sudah cukup ideal untuk masyarakat berbilang bangsa dan agama di Sabah dan Sarawak.

Dasar perjuangan PAS yang memartabatkan Islam sudah semestinya ada penerimanya di Sabah dan Sarawak kerana terdapat kelompok umat Islam yang tinggal di negerinya.

Dasar perjuangan PKR yang menuntut keadilan dan hak rakyat juga tentunya tak susah nak menjengah kehidupan masyarakat Sarawak.

Dasar DAP yang membela nasib kesamarataan hak rakyat berdasarkan Perlembagaan Malaysia juga rasa-rasanya bukanlah terlalu canggung untuk dimengertikan oleh rakyat Sabah dan Sarawak.

Secara umumnya keseimbangan yang terdapat dalam PR seharusnya mampu menjadikan PR sebagai satu altenatif untuk rakyat Sabah dan Sarawak memperjuangkan hak dan suara mereka.

Namun kenapa ia nampak terlalu sukar ? Apakah mentaliti rakyat Sabah dan Sarawak harus dijadikan sebagai kambing hitam dalam fakta hujahan pihak PR. Jangan sampai ke tahap itu pula pemikiran pimpinan PR pusat kerana segala-galanya terletak atas kebijaksanaan kepimpinan PR pusat untuk menggerakkan pimpinan PR negeri melaksanakan visi dan misi perjuangan PR sebagai ganti kerajaan BN.

Sebagai rakyat yang hidup di bumi Sarawak, beberapa perkara perlu dipertimbangkan secara fokus oleh kepimpinan PR pusat kalau mereka benar-benar ingin merobohkan benteng kuasa cengkaman BN di Sabah dan Sarawak. Persoalannya taklah susah sangat. Terlalu mudah untuk diuruskan. Lebih-lebih lagi pengurusan PR di empat buah negeri pimpinannya telah pun menerima laporan yang baik daripada pihak Ketua Audit Negara.

Pertamanya, jentera PR negeri. Pimpinan pusat PR hendaklah memberi fokus utama kepada jentera PR di peringkat negeri. Meskipun jentera PR negeri PR begitu aktif dan bekerja keras dari segenap segi di Semenanjung, tetapi di Sabah dan Sarawak jentera PR dilihat masih kaku, beku dan longlai. sedangkan di Sabah dan Sarawak isu ini seakan-akan tidak member apa-apa makna kepada jentera PR. Jentera PR di Sabah dan Sarawak masih lagi terbelenggu dengan gerak kerja yang tidak sistematik. PAS masih terbelenggu dengan sentiment agama yang menakutkan mereka bergerak secara bebas. PKR pula dengan sentimen perebutan jawatan. DAP pula hanya mementingkan kawasan yang mampu mereka kuasai.

Rakyat Sabah dan Sarawak masih jelas memperlihatkan tentang perbezaan gerak kerja PR untuk mendampingi rakyat. Rakyat juga melihat akan ketakutan jentera PR untuk menerobos isu-isu dalam kehidupan rakyat. Lihatlah bagaimana jentera PR mampu menerobos pengundi hantu, pengundi pos dan rasuah kepimpinan BN di Semenanjung, tetapi di Sabah dan Sarawak hanya berdiam diri meskipun perkata tersebut juga nyata berlaku di Sabah dan Sarawak.

Rakyat juga boleh mentafsir bahawa kepimpinan parti PR hanya bekerja semasa kempen pilihanraya. Yang paling nyata ialah ketakutan jentera PR untuk melaksanakan program dalam masyarakat untuk mendekati rakyat. Sekiranya keputusan PRN Sarawak nak dijadikan ukuran, kemenangan DAP merobohkan kawasan BN adalah disebabkan keberanian jentera DAP berhadapan dengan ugutan BN dalam melaksanakan program mereka. Nyata dan cukup jelas kesungguhan jentera DAP berjuang menentang ketidakadilan BN begitu mengujakan semangat rakyat menolak BN. Selepas PRN tersebut jentera PR di Sarawak mula longlai. Dan kini pun di saat gendang PRU13 sudah dipalu oleh Najib, jentera PR masih lagi terpingga-pinga untuk mendepani rakyat. Program-program penerangan langsung tidak ditemui rakyat melalui program jentera PR.

Keduanya, isu yang dimanifestokan oleh pimpinan PR dalam pilihanraya bagi rakyat Sabah dan Sarawak belum cukup ampuh untuk menerjah minda dan hati rakyat Sarawak. Kalau ada pun hanya segelintir sahaja yang memahaminya. Majoritinya nampak tak terasa pun manifesto PR untuk membela nasib rakyat.

Kehidupan masyarakat yang kurang pendedahan maklumat bukanlah semudah yang disangka untuk membicarakan pemasalahan negara. Rakyat tidak akan terasa perjuangan PR kalau mereka tidak faham perjuangan PR.

Maka hendaknya dalam PRU13 nanti pihak PR mampu menyediakan manifesto yang ampuh untuk menerjah jiwa rakyat Sabah dan Sarawak. Rasuah kepimpinan BN begitu sinonim dengan kehidupan rakyat Sabah dan Sarawak . Rakyat Sabah dan Sarawak cukup sedar akan situasi ini.

Tetapi mereka tidak punya kekuatan untuk menentang kepimpinan BN ini. Untuk itu diharapkan pihak PR mampu membantu rakyat mengatasinya.

Terlalu sukarkah untuk pimpinan PR memberi jaminan kepada rakyat Sabah dan Sarawak bahawa golongan kepimpinan perasuah dan perompak hak rakyat ini untuk diadili jika PR memerintah ?

Jika pihak PR tidak punya kekuatan dan keyakinan untuk mendakwa mereka, apakah nasib rakyat selamat jika golongan perasuah ni masih hidup bebas dalam masyarakat. Jangan pihak PR tak percaya bahawa ugutan jentera BN terhadap rakyat terutamanya di luar bandar amat kuat mencengkam minda rakyat. Justeru itu jika PR mampu menjanjikan kekuatan kepada rakyat menghadapinya maka rakyat tidak sukar untuk bersama PR menangkap kepimpinan zalim BN. Jika rakyat sudah yakin akan keupayaan PR maka adakah sukar untuk menumbangkan BN di Sabah dan Sarawak.

Ketiganya ialah keikhlasan dan kejujuran PR dalam membela, menjaga dan mengangkat hak rakyat Sabah dan Sarawak sekiranya mereka memilih PR sebagai pemimpin mereka. Sesungguhnya rakyat Sabah dan Sarawak masih kabur tentang perkara ini. Kepimpinan PR seharusnya yakin dan percaya bahawa gelombang kesedaran dan sensitiviti rakyat terhadap dasar UMNO mencengkam hak rakyat Sabah dan Sarawak sudah semakin terserlah.

Golongan bijak pandai, golongan yang terdedah kepada maklumat, golongan yang nampak dengan mata sendiri dan golongan yang tertindas sudah mula sedar akan ketidakadilan dasar UMNO menjaga hak rakyat Sabah dan Sarawak. Mereka ini mula bercakap sampai bila mereka ditipu dan ditindas oleh kuasa UMNO.

Sampai bila mereka harus percaya kepada kepimpinan BN negeri yang tidak bersungguh-sungguh membela nasib rakyat dan mengangkat maruah rakyat Sabah dan Sarawak setanding dengan masyarakat Semenanjung. Pembangunan, kemiskinan, kesamarataan hak sebagai bangsa Malaysia disedari telah dicengkam oleh UMNO untuk kepentingan UMNO semata-mata.

Sedangkan rakyat Sabah dan Sarawak hanya dipandang sebelah mata. Dan setiapkali pilihanraya datang menjenguk undi rakyat Sabah dan Sarawak, apakah pihak PR sudah mampu memberi keyakinan kepada hak rakyat Sabah dan Sarawak ? Fikir-fikirkanlah. Rakyat pun sentiasa memikirkan jalan terbaik untuk membela kehidupan mereka yang masih dibelenggu kemiskinan, kesempitan dan kemunduran pembangunan. Pastinya rakyat tidak akan menolak jika mereka diberi harapan yang lebih baik jika PR dipilih sebagai kerajaan menggantikan BN.

Sebagai pendedahan awal dan persiapan PR menuju Putrajaya dalam PRU13 nanti, maka diharapkan pihak pimpinan PR mampu memikirkan bagaimana hendak mengatasi faktor yang dinyatakan di atas secepat mungkin. Media yang mencanangkan BN tidak berhenti-henti menerjah pemikiran rakyat bagi menjamin undi rakyat kepada BN setiap masa.

Rakyat hanya menanti pihak PR pula menerjah rakyat dengan segala kelengkapan yang ada. Jika 16 kerusi BN mampu ditumbangkan dalam PRN Sarawak yang lepas maka tidak mustahil akan ada lagi kerusi BN yang akan tumbang dalam PRU13 nanti. Terserahlah kepada pimpinan PR pusat untuk mencari jalan terbaik untuk merobohkan kerusi BN di Sabah dan Sarawak. Rakyat Sabah dan Sarawak pastinya bersedia untuk berubah kepada kepimpinan yang lebih baik daripada BN.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111