" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Friday, December 30, 2011

Tolong Selamatkan TGNA Dari Geng Perpaduang...

Ramai orang yang menyambut baik dan menganggap semuanya sudah selesai apabila ada laporan menyatakan Hasan Ali memohon maaf dan menarik balik segala tohmahannya terhadap PAS.

Tiba-tiba Hasan Ali mengamuk lagi. Dia nafikan laporan Harakahdaily yang menyebut dia turun ke Kota Bharu untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan.

Hasan Ali kata, dia terkilan dengan laporan itu kerana “memutarbelit fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan.”Sehubungan itu, Harakahdaily menyiarkan trankripsi penuh sidang media Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dengan wartawan di Pantai Irama, Bachok 28 Disember.

Sekali gus pendedahan Harakahdaily itu telah meletakkan TGNA berhadapan satu lawan satu dengan dakwaan Hasan Ali tersebut.Sidang media tersebut tidak dibuat secara formal dan tidak melibatkan Hasan Ali bersama. Ianya hanya pernyataan dari sebelah pihak sahaja.

Orang ramai mulai ragu-ragu dan mulai bertanya apakah TGNA berbohong dengan media?Di sini kita lihat, keperibadian TGNA mulai tercalar. Sosok tubuh yang merupakan penentang utama ’perpaduang’ sudah terperangkap dengan mainan puak-puak perpaduang.

Semuanya nampak sebagai satu perancangan - selain TGNA, orang-orang lain yang terlibat semuanya puak-puak perpaduang.Dua orang pucuk pimpinan parti yang ada bersama mereka pun senyap sepi tanpa mengeluarkan apa-apa kenyataan.Tolonglah selamatkan Tuan Guru Nik Aziz dan PAS dari gerombolan perpaduang tersebut.

alhusseyn.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111