" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, December 7, 2011

Zambry bertatih di Perak manakala Ngeh perjelas komen mengenai orang India..

Oleh Wong Choon Mei

Dalam kekecohan politik Perak dengan kejatuhan Umno negeri itu, Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham telah memutuskan untuk memperjelaskan isu yang mhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJ-sjSwAXEi1Req_9MElCY5stzHveOXvDcFxFeNSt4JweTv1MywdWrmnLjBTDVByKtES4Y2Q5LFGG5c35AZ0zXdF5Nm2DMcwLunY7V70oVBrPPPbZc9F9hfxMqeQqHpNeAKJcI-pONqEw/s400/Datuk+Dr+Zambry+Abdul+Kadir.jpgelanda dirinya.

Setelah cuba mempertahankan Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming atas dakwaan komen beliau yang berbau perkauman, Ngeh diselar disebabkan tweet beliau yang mengatakan orang India bodoh.

“Tweet saya mengatakan bahawa Zambry dan MIC janganlah fikir bahawa Orang India itu bodoh dan mempercayai interpretasi mereka bahawa Ahli Parlimen “hitam metallic” Zambry merujuk kepada kaum india. Saya mengatakan bahawa orang India bukanlah bodoh.” Kata Ngeh dalam sms beliau kepada Malaysia Chronicle.

“Perkataan “mereka” merujuk kepada Vel Paari dan Zambry. Mereka cuba membuat kaum India menutup keadaan Zambry yang tidak sah. Orang India tidaklah sebodoh yang Vel Paari dan Zambry fikirkan.

Tweet Panas

Isu itu menjadi panas setelah Ngeh menulis satu mesej di twitter:

“Vel Paari dan Zbry bermain politik perkauman. Sudah dijelaskan Hitam Zambry maksud Zambry tak sah. Cuba buat orang India tutup beliau tak sah. Orang India bukan sebodoh yang mereka fikirkan.

Ngeh enggan memberi komen mengenai keadaan politik Umno di Perak. Timbalan ketua pemuda PAS di Perak, Raja Ahmad Al-Hiss sudah menggesa ketua Umno negeri untuk namakan calon MB.

“Adakah Tahol Rosli akan kembali menerajui Umno Perak?Atau adakah Ahmad Husni akan menggantikan Zambry?” Harakahdaily melaporkan Raja Ahmad sebagai berkata dan menambah bahawa Najib Razak sendiri tidak tahu siapakan akan menerajui Perak sekiranya BN kekal di Perak.

Sebelum Nga mohon maaf

Mengenai penghinaan terbaru itu, sesetengah orang berpendapat bahawa Ngeh memaksudkan bahawa orang India tidaklah sebodoh yang mereka sangkakan. Dan dengan ini, Ngeh dikecam kerana telah membuat “Freudian slip” iaitu beliau memang merasakan dilubuk hati beliau bahawa orang India sememangnya bodoh.

Haruslah di jelaskan di sini bahawa tweet Ngeh itu dan kekecohan yang timbul telah hadir sebelum permohonan maaf Nga diwar-warkan media. Ramai yang menuduh Ngeh, yang juga sepupu Nga, sebenarnya ingin melepaskan diri daripada suatu situasi yang tidak baik dengan memberi alasan.

Walaubagaimanapun, Nga, seorang pemimpin muda harapan telah pun melakukan perkara yang betul.

Nga telah pun memohon maaf kepada semua yang tersinggung dengan deskripsi beliau mengenai MB itu – “Metallic black chief minister” yang merujuk kepada kulit Zambry yang gelap. Nga juga telah memohon maaf kepada Zambry.

Memandangkan Zambry, seorang ahli politik yang kurang popular di persada politik Malaysia- telah dituduh memusnahkan sistem perundangan Perak dengan membantu PM Najib Razak untuk menumbangkan negeri Pakatan Rakyat pada 2009, ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan oleh Kor Ming.

Walaubagaimanapun, Ahli Parlimen Taiping itu tetap melakukannya. Sekarang, Zambry pula yang melakukan sesuatu yang tidak enak dengan mengatakan bahawa beliau tidak menerima permohonan maaf secara peribadi.

“Kenapa pula Kor Ming harus membuat permohonan maaf secara peribadi? Beliau telah pun memohon maaaf secara terbuka dan sekiranya itu tidak dapat memuaskan hati Zambry dan BN, ia menunjukkan betapa rendahnya keperibadiaan mereka. Suatu kumpulan manusia yang tiada standad dan bankrap idea. Ini adalah alasan yang kukuh kenapa rakyat Perak, terutamanya kaum India harus menolak Umno-BN.” Komen Timbalan presiden PKR, Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.

Tangan MCA

Sementara itu, Ngeh juga telah dikecam kerana apa yang beliau telah lakukan walaupun Kor Ming telah memberi penjelasan dan memohon maaf. Kelihatan seperti Umno-BN dengan sengaja menggunakan isu ini untuk menumbangkan dua saudara itu.

Sudah ada cakap-cakap bahawa Presiden MCA, Chua Soi Lek ingin mendapatkan kerusi seleasa Umno di Perak.

MCA dianggap sebagai sudahpun semakin jatuh dan kelihatan tidak mungkin Soi Lek akan berjaya untuk memenangi mana-mana kawasan Cina di Perak mahupun di mana jua. Dan beliau juga akan terpaksa mengambil tempat calon Umno sekiranya beliau ada peluang untuk menang sekalipun.

Bagi Ngeh dan Nga pula, mereka dilihat sebagai sangat berpengaruh di Perak dan kedua-dua mereka adalah pemimpin yang berkaliber yang turut memainkan peranan penting dalam memenangi Perak untuk Pakatan pada pilihanraya 2008.

Dengan itu, isu hitam metalik itu adalah sepeti pemberian tuhan kepada Soi Lek kerana beliau sangat ingin menyedarkan rakyat Perak.

Nga dan Ngeh telah bekerja keras

Pada tahun 2009, Najib didakwa membeli 3 orang penting, 2 dari PKR dan 1 dari DAP untuk mendapatkan kuasa atas dewan negeri. Najib turut mendapat bantuan daripada Istana Perak untuk mendapatkan pertukaran kerajaan yang segera – yang dianggap sebagai krisis perlembagaan kerana menjadi contoh jelas bagaimana undang-undang boleh diputar belitkan oleh kerajaan yang bersekongkol dengan badan kehakiman.

Nga dan Ngeh telah dituduh mengutuk habis-habisan ahli dewan undangan negeri Hee Yit Foong kerana berubah fikiran, kenyataannya adalah Hee juga didakwa menerima bayaran lumayan kerana bersetuju menjadi ahli bebas yang pro BN.

Survei terbaru menunjukkan bahawa kemungkinan besar orang Perak akan mengundi Pakatan dalam pilihanraya seterusnya. Inilah yang menyebabkan BN berusaha untuk memburukkan Ngeh dan Nga yang diketahui mendapat sokongan yang baik daripada orang Perak.

“Kedua-dua mereka telah berusaha dengan gigih. Sekiranya Nga telah membuat kesilapan, beliau telahpun meminta maaf dan beliau haruslah diberi peluang. Sekiranya tidak, mereka yang sering mengkritik ini jelas mempunyai motif tersendiri. Bagi Ngeh pula, beliau juga tidak bernasib baik kerana perkara ini berlaku semasa ada yang masih lagi emosi.” Kata Jui Meng.

Tak silap saya, Ngeh telah bersusah payah belajar bahasa Tamil. Beliau boleh bercakap bahasa itu dan sebab inilah rakan beliau berbangsa India memahami maksud beliau. Mereka tahu beliau bukanlah bersikap perkauman dan selepas beliau memohon maaf, seharusnya beliau dan juga Pakatan tidak harus dilihat sebagai bersikap perkauman lagi.Ini adalah sangat penting- memohon maaf dan dilihat memohon maaf. Kesilapan harus juga diperakui telah berlaku.

Zambry yang bongkak harus disingkirkan

Dalam Perak, sudah ada isyarat kuat bahawa Zambry akan tetap disingkirkan sekiranya BN menang di Perak.

Zambry telah dituduh mengasingkan tanah untuk kroni-kroni Umno dan telah sekali lagi membentangkan difisit dalam buget Perak dengan mencadangkan RM915 juta untuk menhasikan sesuatu yang memberi pulangan berdasarkan “ramalan” dan “andaian” semata-mata yang berjumlah RM865 juta.

Media BN melabelkan ia sebagai bujet yang memberi senyuman kepada rakyat Perak, akan tetapi, ramai orang Perak takut Zambry dan Umno akan membelanjakan lebih banyak kerana takut mereka kalah kepada Pakatan sekali lagi dalam pilihanraya seterusnya.

Zambry juga dilihat sebagai tidak dapat menyatukan negeri itu setelah tragedy rampasan kuasa dengan persidangan dewan sangat dikawal ketat sehinggakan perdebatan terpaksa dihentikan. Sememangnya, beliau telah melawan api sekali lagi dan bukan hanya dengan Pakatan tetapi juga dengan rakan Umno beliau yang tidak suka kepada sikap angkuh beliau.

Ramai yang mahukan Tajol Rosli, bekas MB Perak untuk menjadi MB semula sekiranya BN menang.

Juga ada cakap-cakap bahawa Zahid Hamidi, menteri persekutuan akan diletakkan di Perak sebagai Menteri Besar dalam usaha Najib menghentikan kejatuhan Umno Perak.

Seorang lagi calon adalah Menteri Kewangan Kedua, Husni Mohamad Hanadzlah, yang dikatakan rapat dengan Najib.

Malaysia Chronicle

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111