
NORASHIKIN LEMANKEKALAHAN pertama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam saingan Liga Perdana selepas mencatat tiga kemenangan bergaya sebelum ini tidak menjejaskan moral pasukan itu.Pada Sabtu lalu, tentera yang dikendalikan B Sathianathan (gambar) kalah tipis 1-2 kepada pasukan Sime Darby FC.Sebaliknya, Sathianathan menganggap kekalahan berkenaan membuka mata pemainnya supaya tidak terlalu yakin dan memandang rendah keupayaan lawan.“Ini pengajaran buat saya dan pemain selepas begitu selesa mencatat rekod tiga perlawanan tanpa kalah. Memang kecewa apabila pasukan gagal mengutip sebarang mata.“Apa pun, saya bersyukur kerana ianya berlaku pada awal saingan liga,” katanya mengakui akan memanggil beberapa pemain untuk berbincang mengenai kelemahan yang perlu diperbaiki.Dalam perkembangan lain, Sathianathan tidak akan melakukan sebarang rombakan dalam kesebelasan utamanya menjelang pertemuan menentang pendahulu liga, Pahang Jumaat depan.“Tiada sebarang rombakan. Tapi saya mahu pemain ‘merombak’ mentaliti mereka supaya sentiasa fokus dalam setiap perlawanan bagi memastikan kekalahan sama tidak berulang,” katanya.
No comments:
Post a Comment