" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, January 25, 2012

Umno semakin ganas

Penyokong Umno dipercayai bertindak ganas apabila menyerang orang ramai pada satu aktiviti ceramah ABU (Asal Bukan Umno)-Hindraf di Dewan Orang Ramai Jalan Kebun, Sabtu lepas. Ahli Kelab Penyokong PAS, Krishnan cedera parah selepas diserang oleh penyokong Umno. | foto Harakahdaily

Akibat daripada tindakan tersebut seorang ahli Kelab Penyokong PAS, Krishnan cedera parah apabila diserang oleh Umno dan dimasukkan ke Hospital Pakar Sri Sentosa bagi menerima rawatan.Berkata kepadaHarakahdaily, Penyelaras Kebangsaan Hindraf, W.Sambulingam memberitahu penyokong Umno mula memasuki dewan menggunakan motosikal pada jam 915 malam selepas lima minit program itu bermula.

"Hanya selepas lima minit ceramah itu bermula lebih kurang lima belas orang penyokong Umno memasuki dewan dan membuat kacau selain beberapa buah motosikal juga turut memasuki dewan tersebut.

"Mereka telah mengeluarkan kata-kata kesat yang berbentuk perkauman serta mengarahkan orang Melayu yang berada di dalam dewan keluar dengan menyifatkan ini antara Umno dengan orang India sahaja," jelasnya.

Beliau juga memberitahu, Umno mengeluarkan kata-kata menghina kaum India seperti "India keling","kumpulan pendatang","tak malukan Melayu bergabung dengan India" serta "India hanya buat kacau sahaja di sini".

Tambahnya lagi, penyokong Umno mensasarkan orang India sahaja apabila dilihat hanya menyerang kaum India tanpa memperdulikan orang Melayu dan Cina yang turut berada di dalam dewan itu.

"Sasaran mereka adalah orang India apabila salah seorang dari mereka mengatakan ingin mengajar orang India.

"Keadaan mula menjadi semakin kecoh apabila mereka bertindak menyerang menggunakan kerusi dan juga menggunakan kayu bendera sebagai senjata memukul orang India yang berada di dalam serta di luar dewan," sambungnya lagi.

Tambah beliau lagi, tindakan tersebut jelas menunjukkan sikap perkauman Umno yang mana mereka sebenarnya merupakan sebuah parti yang rasis bukannya seperti yang dilaungkan oleh mereka selama ini 1 Malaysia.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud melalui twitternya menyifatkan konsep 1Malaysia gagal diterap kepada penyokong Umno.

"Orang India tidak selamat di kawasan Umno dan menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyiapkan keranda untuk 1 Malaysia."Pemimpin Umno Kota Raja dan Jalan Kebun perlu bertanggungjawab dalam kejadian tersebut," katanya melalui twitter.

Dalam pada itu Chegu Bard juga melalui twitternya memberitahu mereka (Umno) cuba bakar sentimen perkauman tetapi dalam masa yang sama mereka turut memusnahkan gerai milik orang Melayu yang datang untuk mencari rezeki.

"ABU bukan untuk satu tetapi milik semua rakyat, apa yang dilakukan oleh Umno jelas bersifat perkauman dengan mencaci kaum India.

"Pemuda Umno harus bertanggungjawab dalam kejadian tersebut," kata beliau melalui twitter.Sebelum itu, turut hadir dalam majlis itu adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan juga beberapa pemimpin parti yang lain.Buat masa ini laporan polis belum dilakukan kerana menunggu khidmat nasihat dari peguam.sumber harakahdaily.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111