" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, January 8, 2012

Aziz Bari - PAS Lebih Kuat Tanpa Hasan Ali

Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Abdul Aziz Bari menganggap PAS akan menjadi lebih kuat tanpa Hasan Ali.

Beliau berkata, Hasan Ali tidak berdisiplin dan wajar dipecat.

Hasan Ali mencetus kontroversi dengan beberapa kenyataan dan tindakan beliau yang dilihat tidak selari dengan parti dan Pakatan Rakyat selepas menyandang jawatan EXCO dalam kerajaan negeri Selangor.

Ditanya sama ada keputusan PAS Pusat ini telah "terlewat" dari segi masanya, Aziz Bari (gambar kiri) berkata, "Yang penting ia baik; PAS perlu masa untuk menimbang keputusan itu.

"Ketika dihubungi MerdekaReview, Aziz Bari menjangka kesan keputusan ini adalah positif dan Hasan Ali sebenarnya tiada penyokong seperti yang didakwanya.

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia mendokong "keputusan yang dibuat secara musyawarah oleh PAS Pusat sebentar tadi bahawa Hassan Ali dibuang keahliannya berkuat kuasa serta merta dan menurut peruntukan perlembagaan parti, beliau masih boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama' selepas ini.

Semoga Allah memberkati keputusan yang dibuat secara syura ini.

"Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin bin Hassan (gambar kanan) dalam Facebooknya berkata, "Kepada Hassan Ali, jika anda benar - benar ikhlas dengan perjuangan Islam, anda tidak lari meninggalkan perjuangan ini sebagaimana pernah berlaku kepada Abu Bakar Hamzah yg pernah dipecat kerana membuat kenyataan yg bercanggah dgn keputusan parti, tetapi beliau tidak lari meninggalkan perjuangan suci ini.

Beliau berehat panjang dan akhirnya kembali semula kepangkuan PAS di penghujung karier dan usianya."

Lepas ini siapa? Ust Nasa kot? Apa apa pun kita tunggu dan lihat, siapa yang akan menghulur sokongan? Ibrahim Ali? Zul Kulim? Yang pasti geng perpaduan?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111