" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, January 9, 2012

Pertembungan Antara Asakan Dan Maruah

 Oleh WAN NIK WAN YUSSOF

TANGGAL 9 Januari 2012, hari ini, merupakan tarikh yang menentukan pertembungan antara asakan dan maruah.

Asakan adalah daripada musuh politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim sementara maruah adalah di pihak Anwar secara peribadi dan kepimpinan Pakatan Rakyat amnya.

Justeru antara asakan dan maruah pasti bertembung dan akan ada pihak yang menang.

Peristiwa yang pasti ditunggu pada hari ini, ia suatu simbolisme daripada kod tarikhnya dipaparkan – 901.

Ia juga bermakna suatu petanda betapa banyaknya permasalahan dihadapi kepimpinan Umno-BN hari ini sehingga sukar diramal akan masa depannya.

Justeru itu, mereka terlalu gerun dengan ‘kebangkitan’ suara rakyat yang menyebelahi Anwar yang kini bersama Pakatan Rakyat. Lebih-lebih lagi saat menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13), sudah tentu keputusan penghakiman di Jalan Duta nanti boleh menjadi aras penentu bersifat “threshold” – antara asakan dengan maruah.

Asakan bermaksud pihak kepimpinan Umno-BN akan terus mengasak Anwar dan maruah pula, pihak Anwar dan Pakatan Rakyat akan terus popular meraih simpati rakyat yang inginkan keadilan atas suatu kerakusan kuasa beralaskan mahkamah.

Paling teruk, sama ada penghakiman nanti berpihak atau tidak, sudah pasti tindak balas pemimpin Umno-BN ialah akan menggunakan segala kuasa yang ada untuk mengasak dan mengerah segala aparatusnya menghadapi saat penentuan pada PRU13.

Hal ini turut dihangatkan lagi dengan gendang yang sedang dipalu mahasiswa menentang Auku 1971.

Paling teruk lagi, muncul pihak polis sedia member amaran kepada usaha perhimpunan pada tarikh tersebut.

Di samping gelandangan blogger pro-Umno yang memfitnah, diikuti dengan kesibukan media milik kroni mereka memutar segala isu untuk memburukkan prestasi dan reputasi Anwar bersama Pakatan Rakyat.

Kekotoran ‘tangan’ Umno Kesemua cerita karut-marut, fitnah dan pengaiban melampau terhadap Anwar adalah terlalu panjang.

Ia suatu nilai kekotoran ‘tangan’ Umno yang dihulurkan sejak beliau menyertai Umno.Tatkala Anwar menjadi ikutan (semasa dalam Umno), kemudian dimusuhi oleh Melayu anti-Islam di dalam Umno sendiri.

Hasad-dengki terus membara sehingga memaksa konspirasi dihalalkan sehingga terpecatnya beliau daripada kedudukan kuasa dalam kerajaan dan parti.

Episod konspirasi itu berlaku era Dr Mahathir Mohamad yang dianggap perdana menteri kreatif mencipta yang baru, meskipun semua pihak tahu beliaulah perdana menteri yang memecat hakim-hakim dan mengharamkan partinya sendiri menerusi permainan di galeri mahkamah.

Maka mahkamah jugalah yang mengasak Anwar sehingga ke penjara Sungai Buloh dan Dr Mahathir bernafas lega seketika.

Namun, arus tetap berubah yang memaksa Dr Mahathir yang popular sebagai tokoh bijaksana itu akhirnya kalah dengan permainan politik dalaman Umno yang terpaksa menangis ketika mengundur diri.

Era Dr Mahathir berlalu, diganti pula Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) yang ’bersih’ seketika. Semasa Pak Lah maruah Anwar agak terbela tatkala penghakiman ke atasnya (atas isu yang dicipta) telah dibatalkan.

Pak Lah cuba membuat yang terbaik sebagai perdana menteri yang ‘bersih.

Tugas Pak Lah nampaknya cuba untuk menyucikan kekotoran era Dr Mahathir, tetapi tetap ditolak oleh kelompok Umno.

Antara usaha Pak Lah lagi ialah pemurniaan institusi kehakiman menerusi penubuhan suruhanjaya kehakiman.

Diikuti dengan layanan kepada hakim hakim yang dipecat era Dr Mahathir menerusi tindakan pemaafan dan pembayaran imbuhan yang berjuta ringgit.

Apa pun perdana menteri seumpama Pak Lah tidak kekal lama kerana asakan terhadap Anwar dilihat tumpul oleh lawan dan regu yang masih takut dengan bayang-bayang.

Justeru Pak Lah ‘terguling’ akibat kemerosotan populariti Umno dalam pilihan raya 2008.

Maka, perdana menteri sekarang, Najib Razak yang mewarisi darah Umno tulen dibangkitkan sebagai penggempur baru menghadapi Anwar dan Pakatan Rakyat.

Tindakan dan taktiknya sama dengan Dr Mahathir, iaitu memusuhi semua tindakan berkaitan dengan Anwar dan Pakatan Rakyat.

Kini Anwar bertungkus-lumus sedang membela maruah diri dan Pakatan Rakyat tetap sepadu sedia menghadapi musim-musim pasca 901 di ambang PRU13.

Semoga kekuatan daripada Yang Maha Esa mengiringi kemurniaan perjuangan demi maruah yang mewakili suara kebenaran.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111