" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, January 11, 2012

Cubaan Seludup Warga Afghanistan Tumpas

ALOR GAJAH — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menumpaskan cubaan menyeludup keluar 15 warga Afghanistan ke Indonesia di Perairan Lukut, Negeri Sembilan, malam tadi.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Kuala Linggi, Kapten Maritim Ibrahim Mohamed berkata, kesemua mereka yang berusia antara 23 dan 69 tahun itu ditahan pada 10.15 malam selepas bot APMM memintas sebuah bot pancung yang mencurigakan.

Bot pancung itu dikemudi seorang tekong dan dua awak-awak warganegara Indonesia berusia antara 19 dan 48 tahun, katanya pada sidang media, di sini hari ini.

“Hasil pemeriksaan mendapati tekong dan dua awak-awak bot pancung tersebut dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki menyeludup warga Afghanistan terbabit keluar tanpa melalui jalan yang sah,” katanya.

Katanya, dalam operasi itu APMM turut merampas pelbagai mata wang asing termasuk Dolar, Rupiah, Riyal, Dinar dan Euro berjumlah RM63,000.

Siasatan awal mendapati warga Afghanistan terbabit dikenakan bayaran berjumlah antara US$2,000 hingga US$3,000 untuk ke Dumai, Indonesia sebelum meneruskan perjalanan ke Australia.

Beliau bagaimanapun berkata, warga Afghanistan berkenaan masuk ke negara ini secara sah pada 7 Januari lepas melalui pengangkutan darat dari Thailand. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111