" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, January 12, 2012

NS Hilang Rentak, Seri 2-2 Dengan Selangor

JUARA Piala Sumbangsih, Negeri Sembilan seperti hilang rentak pada aksi sulung saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Akibatnya, mereka sekadar berpuas hati mengutip satu mata selepas seri 2-2 dengan Selangor.Biarpun mendahului pasukan lawan 2-0 pada minit keempat dan 35 menerusi jaringan pemain import, Jean-Emmanuel Effa Owona, namun hasrat untuk menewaskan Selangor di gelanggang sendiri tidak kesampaian.

Ketua jurulatih Negeri Sembilan, Mohd. Azraai Khor Abdullah yang mengakui perkara itu berkata: “Pada aksi pertama, pemain bermain cemerlang, namun fokus mereka mula terjejas sebaik separuh masa kedua bermula.

“Bahagian tengah kurang berkesan dan kesempatan itu dipergunakan oleh Selangor untuk mengawal permainan sekali gus memperoleh gol penyamaan.

“Begitu pun, saya melihat keputusan ini daripada sudut yang positif dan akan pastikan kelemahan seperti ini harus diatasi segera."Lagipun, sebahagian besar pemain Negeri Sembilan adalah muka-muka baharu berbanding Selangor yang dilihat mantap di semua posisi.

”Pada aksi sulung itu, Negeri Sembilan mempamerkan aksi bertenaga pada separuh masa pertama, namun rentak garang itu gagal diteruskan pada babak kedua.

Pergerakan Effa Owona juga semakin terhad kerana sudah dibayangi pertahanan lawan.Gaya serangan mereka juga mudah dibaca pertahanan Selangor dan kelemahan itu memberi ruang buat skuad kendalian Irfan Bakti itu mengatur gerak yang akhirnya membuahkan hasil.

Amirulhadi Zainal berjaya merapatkan jurang menerusi jaringannya pada minit ke-66 sebelum Safiq Rahim menjadikan kedudukan 2-2 menerusi sepakan penalti.Kedudukan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan bagi membolehkan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111