" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, January 31, 2012

PAS kesal pihak sebar khabar angin, KPN mati

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyelar perbuatan sesetengah pihak yang secara amat tidak beretika menyebarkan berita khabar angin Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar telah meninggal dunia awal pagi semalam di London.

Dalam kenyataan yang diterima Harakahdaily lewat petang semalam, Mohamad menegaskan bahawa soal sakit, kematian dan kemalangan tidak boleh dijadikan bahan mainan walaupun pada musuh.

Senda gurau sedemikian, katanya tidak perlu dimainkan oleh golongan sivil.Dalam pada itu, Tuan Ibrahim menegaskan menyebarkan berita palsu kematian seseorang adalah bertentangan dengan nilai budaya timur dan ajaran Islam.

“Berita kematian bukanlah bahan senda gurau kerana sebagaimana juga qazaf, ia meninggalkan kesan langsung kepada keluarga.

Cuma Qazaf lebih terkesan dan lama kerana itu Islam menetapkan hukum hudud bagi kesalahan qazaf,” terang beliau.

Mengambil firman Allah yang bermaksud “Wahai orang yang beriman, sekiranya datang kepada kamu orang fasik membawa berita, hendaklah kamu menyelidiknya terlebih dahulu, agar kamu tidak bertindak di atas kejahilan kamu maka kerana itu nanti kamu menyesal”, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mengingatkan orang ramai untuk tidak menyebarkan sesuatu berita sehingga kesahihannya disahkan.

“Ini adalah kerana dibimbangi seseorang itu akan menanggung dosa berpanjangan di atas penyebaran berita palsu itu,” terang beliau.

Mengulas perkara yang sama, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, sepatutnya mendoakan kepada seseorang yang sakit supaya sembuh, bukannya menyebarkan berita palsu kematian seseorang.

Khabar angin berhubung kematian Ismail tersebar pukul 3 pagi semalam melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman sosial.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telahpun mengeluarkan kenyataan bagi menafikan khabar angin tersebut.

Turut memberikan reaksi dalam hal ini ialah Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi yang menegaskan bahawa berita kematian bukan satu bahan gurauan, apalagi jika dibuat bahan fitnah.

“Ia melukakan perasaan ahli keluarganya dan mengganggu keselesaan hidupnya. Selayaknya kita doakan kebaikan buatnya. Sungguhpun banyak perkara yang kita tidak puas hati namun kita harapkan KPN sejahtera,” tegas beliau, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111