" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, January 10, 2012

Pembebasan Anwar: Motivasi Terbaik Untuk Memenangkan Pakatan Rakyat

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menganggap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat akan menyemarakkan lagi kebangkitan rakyat menuju ke Putrajaya dalam Pilihanraya Umum ke 13.

Keputusan Mahkamah Tinggi hari ini disambut dengan laungan takbir dan kesyukuran dari rakyat segenap peringkat.

Terbukti dakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan suatu tuduhan tidak berasas dan direka-reka bagi memburukkan imej dan peribadi pemimpin Pakatan Rakyat.

Rakyat pula yang berhimpun dari seluruh negara memberikan sokongan padu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bukti bahawa rakyat sudah jemu dengan budaya politik lucah dan melampau.

Politik kotor seperti ini tidak boleh diterima dalam sebuah negara yang kaya dengan adab resam serta kental dengan amalan Islam oleh umat Islam di negara ini.

Keputusan mahkamah Tinggi dibuat dalam keadaan negara ini berada diambang pilihanraya umum ke 13.

Sudah tentu mood rakyat akan bergantung hasil daripada keputusan tersebut.

Dengan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim ia akan meningkatkan lagi motivasi dan semangat bekerja rakyat seluruh peringkat khususnya pendokong Pakatan Rakyat.

DPPM yakin, dengan keputusan ini kebangkitan rakyat akan berada di kemuncaknya dan sukar bagi UMNO-BN menyekat arus ini.

Malah rakyat sudah membayangkan Pakatan Rakyat akan memimpin Putrajaya selepas PRU ke 13 dan telah mengangkat pemimpin Pakatan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri ke 7 nanti.

Justeru, DPPM bersama Pemuda Pakatan Rakyat bertekad dengan penuh keazaman menjadikan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini sebagai bekal untuk bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan manis tercipta dalam PRU ke 13.

Sudah menjadi tanggungjawab besar Pemuda Pakatan Rakyat bagi memimpin kebangkitan anak muda bagi mewarnai landskap politik baru menjelang PRU ke 13.

Disediakan oleh:

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111