" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, January 10, 2012

Saya Gembira Kerana Tersilap

Oleh KHALID SAMAD

Amat jarang sekali seseorang berasa gembira apabila terbukti jangkaan dan ramalannya meleset dan tersilap. Barangkali ini adalah di antara masa-masa yang jarang itu.

Saya ucapkan tahniah pada DSAI dan keluarga atas kemenangan mereka.

Semoga kemenangan ini menambahkan lagi pacuan kita bersama ke arah Putrajaya.

Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada ahli dan penyokong parti komponen PR di atas kehadiran mereka di mahkamah pagi tadi.

Kehadiran yang ramai, jelas menzahirkan angin perubahan yang bakal melanda dan menggegarkan BN.Walaubagaimanapun, saya berasa sedih kerana tidak dapat bersama kerana masih sedang berada di Saudi, menunggu visa untuk keluar.

Exit Visa mungkin sesuatu yang pelik, tetapi perlu dilalui bagi mereka yang datang ke Saudi seperti saya.

Saya perlu juga mengucapkan tahniah dan syabas pada Tuan Hakim Mohamad Zabidin yang berani menghukum mengikut lunas-lunas keadilan dan menegakkan prinsip kebebasan institusi kehakiman.

Semoga diberkati dan dijadikan titik tolak untuk mengembalikan maruah institusi kehakiman supaya tidak lagi dikudakan pihak pemerintah.

Tidak lupa juga tahniah dan syabas kepada pasukan peguam DSAI di atas pencapaian dan prestasi mereka.

Sebelum ini Zaid Ibrahim telah meminta maaf dengan DSAI. Seterusnya tukang pura-pura telah dikeluarkan dari PAS.

Sekarang DSAI didapati tidak bersalah. Ianya bagaikan mengiyakan perpatah Inggeris yang berbunyi, “All good things come in threes”.

WaLlahu 'Alam 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111