" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, January 4, 2012

UPSI: 17 badan tidak teragak-agak lanjutkan isu ke antarabangsa

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak polis yang menggunakan keganasan semasa perhimpunan mahasiswa di UPSI.

Kes tersebut menunjukkan sikap pegawai polis yang tidak profesional dan tidak bertanggungjawab.

GAMIS menuntut pembelaan terhadap keganasan yang dilakukan terhadap Muhammad Safwan bin Anang Tali, Timbalan Presiden Gamis khususnya dan umumnya kepada semua mahasiswa yang terlibat dalam himpunan tersebut.

Kami juga memberi amaran keras kepada media arus perdana khususnya, agar tidak sesekali menyelewengkan maklumat sebenar insiden.

Kami mengharapkan pihak media berlaku telus dalam menyampaikan berita dan informasi kepada rakyat.  Kami secara tegas akan terus bersama-sama Gerakan Menuntut Kebebasan Berakademik (BEBAS) sehingga mencapai matlamat.

TINDAKAN Kami akan menyerahkan laporan kepada SUHAKAM dan memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), dengan membawa tiga tuntutan:

1. Mendesak Najib Razak dan Hishammuddin Hussein dan Ismail Omar, Ketua Polis Negara memohon maaf secara terbuka kepada semua mahasiswa yang menjadi mangsa kekejaman pihak polis.

2. Mendesak agar surahanjaya siasatan khas ditubuhkan bagi meneliti semua keganasan yang dilakukan oleh pihak polis.

3. Mendesak agar Ismail Omar, Ketua Polis Negara meletak jawatan dengan segera atas kegagalan mengawal dan mengambil tindakan terhadap kekejaman pihak polis.Kami tidak teragak-agak melanjutkan perkara ini ke peringkat antarabangsa sekiranya tiada sebarang tindakan yang segera yang diambil oleh pihak terbabit.

*Kenyataan media bersama oleh

1. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)

2. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

3. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

4. Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

5. Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

6. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI)

7. Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN)

8. Pro Mahasiswa Nasional

9. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)

10. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

11. Ikatan Studi Islam Universiti kebangsaan Malaysia (ISIUKM)

12. Maaruf Club, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (MC UIA)

13. Al-Azhar Members KUIS (ALAM)

14. Badan Agama dan Dakwah Rohani UKMKL (BADAR)

15. Persatuan Pendidikan Islam UPSI (PPI-UPSI)

16. Rakan Penggerak Ad-Din UPSI

17. Persatuan Mahasiswa Islam UTMKL 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111