" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, February 28, 2012

MB sedia akur 'formula' Pas Pusat

ROSNANI SAAD

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sedia akur dengan sebarang 'formula penyelesaian' daripada Pas Pusat berhubung isu dua Exco, yang dilapor menolak tawaran dilantik semula untuk penggal 2012, sekali gus membayangkan wujud 'krisis' dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Menurutnya, keputusan sama ada untuk kekal atau tidak dalam barisan Exco terpulang kepada mereka sendiri.

"Kalau Pas Pusat kata mahu semua barisan Exco dikekalkan, saya akan akur tetapi adakah mereka mahu," katanya.

Pada sidang media di ibu negara semalam, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, pimpinan tertinggi parti perlu mencampuri urusan pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah dan Pas Pusat akan menghantar Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub sebagai perantara bagi menyelesaikan kemelut itu.

Dua Exco yang didakwa menolak dilantik semula ialah Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi (Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga) dan Dr Ismail Salleh (Kesihatan, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi).

Azizan dalam sidang media sebelum ini berkata, hanya lapan Exco akan mengangkat sumpah jawatan hari ini manakala dua lagi dijangka mengangkat sumpah jawatan dalam majlis kedua, memandangkan tempoh lantikan bagi penggal 2011 hanya akan berakhir 7 Mac ini.

Sementara itu, lapan nama yang dijadual mengangkat sumpah jawatan hari ini ialah Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul (Agama, Pelajaran dan Koperasi), Datuk Ir Amiruddin Hamzah (Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan), Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib (Belia dan Sukan, Kesenian, Warisan dan Kebudayaan), Datuk Siti Ashah Ghazali (Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat) dan Abd Ghani Ahmad (Penerangan dan Pembangunan Usahawan).

Tiga Exco dari PKR, Datuk S Manikumar (Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam), Lim Soo Nee (Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia) dan Tan Chow Kang (Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan) turut berada dalam senarai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111