" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Saturday, February 4, 2012

Polis bongkar kegiatan seludup motosikal, dua lelaki ditahan

WARTAWAN SINAR HARIAN

SADAO (Selatan Thailand), Kedah- Penahanan dua lelaki warga Malaysia di sini, baru-baru ini, membawa kepada pembongkaran kegiatan penyeludupan motosikal curi yang melibatkan jenayah merentasi sempadan dua negara.

Kejayaan itu hasil kerjasama antara Polis Diraja Thai dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Ibu Pejabat Polis (IPD) Kontinjen Kedah.

Terdahulu, Polis Diraja Thai berjaya menahan dua lelaki warga Malaysia berusia 17 dan 26 tahun dipercayai terlibat dengan kegiatan menyeludup motosikal curi di Kampung Khlong Hoi Kong, 7 Disember tahun lalu.

Ketua Polis Sadao, Kolonel Takpakkhon Theratthanakpong berkata, kedua-dua suspek dipercayai terlibat dengan kegiatan menyeludup masuk dan menjual motosikal curi dari Malaysia ke pasaran negara itu sejak awal Disember lalu.

“Mereka disyaki menyeludup masuk 12 motosikal curi dari negara jiran ke sini, untuk dijual dengan harga lebih murah antara RM700 dan RM1,300 kepada rakyat di negaranya itu.

“Bagaimanapun, kita hanya menjumpai enam motosikal, manakala selebihnya sudah dileraikan ketika serbuan dibuat di sebuah rumah dipercayai disewa oleh suspek berusia 26 tahun yang juga mempunyai isteri rakyat tempatan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghafar Rajab dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Asisten Komisioner Mohd Zakaria Ahmad.Takpakkhon berkata, buat masa ini remaja berusia 17 tahun itu diserahkan kepada PDRM untuk siasatan selanjutnya, manakala lelaki 26 tahun masih ditahan di Penjara Nathawi kerana turut terlibat dalam kes pemilikan dadah.

Menurutnya, selepas siasatan mengenai kes dadah selesai, lelaki terbabit akan diserahkan kepada PDRM bagi membantu siasatan kes motosikal curi berkenaan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya kini turut giat mengesan seorang lagi lelaki rakyat Malaysia dipercayai menjadi agen membeli motosikal curi di negara ini untuk dijual kepada rakyat Malaysia.

Menurutnya, kerjasama dengan PDRM amat diperlukan bagi mengesan kegiatan lelaki berusia 46 tahun yang masih bebas dan disyaki kerap berulang alik dari negara ini ke negara jiran melalui pintu sempadan.
“Kita harap PDRM akan terus menjalankan kerjasama dalam usaha membanteras jenayah merentasi sempadan di dua negara ini,” katanya.Sementara itu, Abdul Ghafar berkata kedua-dua suspek itu masing-masing dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal di Kubang Pasu dan Kota Setar.

“Buat masa ini suspek 17 tahun itu ditahan reman di IPD Kubang Pasu dan akan diserahkan kepada IPD Kota Setar setelah selesai siasatan,” katanya.Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111