Wartawan Sinar Harian
JUARA bertahan Piala Malaysia, Negeri Sembilan bakal beradu kekuatan dengan kelab Indonesia, Persebaya FC pada aksi persahabatan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Ahad ini.
Ketua Jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah memandang serius pertemuan berkenaan dan mahu pasukan kendaliannya menjaga maruah negara.
“Walaupun ia sekadar aksi persahabatan, pemain perlu beraksi pada tahap terbaik dan mengekalkan prestasi seperti dipamerkan dalam saingan domestik.
Pada masa sama, kami tidak mahu kalah di arena sendiri dan berusaha menyajikan permainan mantap khususnya buat penyokong Jang yang hadir pada malam tersebut,” katanya.
No comments:
Post a Comment