" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Friday, March 9, 2012

Phahrolrazi, Ismail belum terima surat lantikan semula

ROSNANI SAAD

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sudah menerima surat dari Pas Pusat yang memaklumkan nama dua Exco yang perlu dilantik semula sebagai jalan penyelesaian kemelut yang berlaku sebelum ini.

Difahamkan, surat itu diterima oleh Azizan semalam. Azizan juga sudah menghadap Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muazzam Shah petang semalam, beberapa jam selepas keluar dari wad Hospital Sultanah Bahiyah berikutan menerima rawatan matanya di situ sejak beberapa hari lalu.

Sementara itu, jawatan Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh sebagai Exco Kerajaan Negeri tamat kelmarin, namun sehingga semalam, kedua-duanya belum menerima surat lantikan semula.

Ismail ketika dihubungi Sinar Harian, berkata, beliau sendiri belum mendapat maklumat mengenai majlis angkat sumpah."Saya sekarang berada di Pulau Pinang, hari ini (semalam) saya tak masuk pejabat sebab jawatan saya sebagai Exco sudah tamat tempoh.

"Saya pun tak tahu bila majlis angkat sumpah akan diadakan," katanya.

Sementara itu, Phahrolrazi berkata, setakat ini beliau belum menerima sebarang surat namun sehingga kelmarin, masih masuk ke pejabatnya di Wisma Darul Aman.

"Kita tengok dulu perkembangannya macam mana," katanya.

Sinar Harian difahamkan, kebanyakan barang-barang milik Ismail masih berada di pejabatnya namun pejabat Phahrolrazi didakwa sudah dikosongkan selepas desas-desus mengenai tindakannya menghantar surat menolak lantikan semula sebagai Exco.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111