Banyak sudah di perkatakan mengenai Persatuan Bola sepak FAM yang berterusan gagal memmbawa kegemilangan bola sepak negara.
Tiada siapa yang berani menegur pengurusan FAM. Dulu seketika Dato Seri Ibrahim Saad (mantan Timbalan Menteri dan TKM Pulau Pinang) pernah menduduki kerusi hangat Setiausaha Agong FAM.
Beliau dikatakan rapat dengan Presiden FAM. Pun begitu akhirnya beliau sendiri berundur. Sebabnya tanyalah Ibrahim sendiri yang kini menjadi Duta Malaysia ke Filipina.
Saya sendiri pernah ditawarkan kerja bahagian perhubungan FAM..saya pergi ke sana dua hari..kendian saya belah kerana melihat betapa unsur politik kicking yang kuat dalam FAM.
Saya merumuskan betapa pada masa itu (lima-enam tahun lepas)..hanya mereka yang mempunyai daya tahan mengampu yang tinggi akan mempunyai jangka hayat hidup yang tinggi dalam FAM.
Ada sekurang-kurangnya tiga kelompok penting dalam FAM..iaitu kelompok Presiden, kelompok Setiausaha Agung dan kelompok jurulatih. Mereka sudah lama menyelinap dalam pengurusan dan pentadbiran FAM dan ia akan berterusan selagi tidak dirombak sepenuhnya.
Masuklah siapa sahaja dalam FAM ..tidak akan sampai ke mana.. Bola sepak Malaysia akan terus menghadapi nasib malang. Bayangkan Vietnam dan Myammar kini lebih baik dari Malaysia. Wal hal Malaysia mempunyai kewangan dan kemudahan.
Bacalah rintihan Tan Sri Anuar Musa. Anda boleh lawati Facebook beliau di sini untuk sama-sama mengetahui konspirasi yang sedang beliau hadapi.
No comments:
Post a Comment