" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, February 5, 2013

Kelantan mahu royalti, bukan masjid

 SETELAH banyak juga janji masih belum ditepati, Perdana Menteri Najib mengumpan pengundi Kelantan akan mendirikan sebuah masjid besar di negeri itu kiranya Barisan Nasional berjaya mengambil Kelantan dalam PRU13 ini.

Apabila BN berjaya mengambil semula Terengganu dalam PRU 2004, ia membina Masjid Kristal di negeri yang sudah banyak masjid itu. Adakah sebuah Masjid Kristal lagi dibina pula di Kelantan?

Kelantan masa ini tidak terdesak  sangat untuk sebuah masjid besar dan baru tetapi yang rakyat mahukan ialah royalti minyak yang dinapikan sejak beberapa tahun ia dilombong Patronas.

Ini tuntutan rakyat Kelantan. Tidak diberi masjid besar dan beberapa lagi tawaran Najib selain dari masjid itu pun tidak mengapa,  asal royalti itu dibayar kepada Kerajaan Kelantan, seperti yang lunaskan kepada Sabah  dan Sarawak.

Jika royalti itu diserah kepada Kelantan, maka Kelantan tahu apa yang ia hendak buat. Ia boleh bina masjid besar, bukan sekadar sebuah. Tiga buah pun ia boleh bina. Ia boleh bina lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai kiranya kerajaan pusat tidak sedia menunaikan tanggungjawab federalisma yang wajib baginya.

Itu sekadar 5% seperti yang  diperuntukan oleh Akta Petronas sekarang. Kalau royalti itu 20% seperti yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat jika ia sampai ke Putrajaya, maka banyak lagi kebajikan yang ia boleh sumbangkan. Bukan sekadar sebuah masjid besar boleh dibina, kalau rakyat mahu sangat masjid besar, ia boleh bina masjid sebesar yang Najib katakan itu  di setiap jajahan.

Sekadar tujuh tawaran yang Najib buat itu tidak sama dengan 20 peratus royalti minyak seperti yang Pakatan Rakyat janjikan.

Tawaran Najib ke semuanya jadi kecil dengan apa yang rakyat Kelantan boleh dapat jika mereka menyokong Pakatan Rakyat. Jika Pakatan berjaya menguasai Putrajaya, bukan sekadar royalti minyak 20% saja ia dapat, malah ia boleh dapat semua tanggungjawab federalisma yang diperlukan.

Jika Kelantan memilih BN, jika betul janjinya ditepati ia sekadar dapat tujuh tawaran itu saja, tetapi royalti minyak jika disetujuinya masih dalam bentuk wang ihsan,  diberi  mengikut yang diminta dan yang diperlukan. Yang lima peratus itu pun tidak diberi sepenuhnya. Samalah seperti yang dialami oleh Terengganu sekarang.

Dari segi kebendaan  saja, tawaran Najib yang dibuat secara lisan  saja itu, terlalu kecil dengan apa yang Kelantan boleh  dapat kiranya Pakatan Rakyat yang menang.

Adakah Najib mengira rakyat Kelantan bodoh menerima tawaran yang  sedikit menolak tawaran yang lebih lumayan atau Najib sendiri yang bodoh kerana merasa tawaran sudah terlalu besar dibandingkan dengan tawaran yang Pakatan beri?

Ternyata Najib tidak dapat mengimbangi janji Buku Jingga dan Negara Berkebajikan yang sudah  tiga  tahun dijanjikan Pakatan. Seolah-olah Najib tidak sedar apa yang Pakatan hendak laksanakan sedang rakyat kampung  lebih tahu   tentang tawaran itu.

Maka tawaran mana yang lebih baik sekarang? Tentulah bukan tawaran Najib yang menarik.

Bagi orang UMNO yang biasa rasuah dan membolot duit negara, tawaran Najib jadi amat kecil. Jika mereka mahukan rezeki haram yang lebih banyak, mereka sokong Pakatan kali ini. Bila sudah dapat royalti 20% maka PRU14 nanti, mereka undi semula BN. Pada masa itu royalti sudah besar dan tidak akan dijadikan 5% semula. Lebih banyak yang kroni UMNO dapat bolot.

Najib  dicadangkan pergi ke  Kelantan sekali lagi, buat tawaran baru yang boleh menenggelamkan Buku Jingga dan negeri berkebajikan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111