SEDAYA mungkin saya akan meringkaskan catatan ini untuk ianya mudah difahami.
Kemenangan Barisan Nasional melalui segala macam tipu helah bukanlah rahsia lagi. Dengan media terbuka hari ini selain media konvensyenal, seluruh rakyat dapat membuat pemerhatian dan penelitian sendiri.
Telah banyak laporan polis dan aduan dibuat. Namun percayalah, tanpa tindakan terkehadapan oleh rakyat dan sekalian pendokong kebenaran, ia akan berlalu begitu saja.
Suatu tindakan bersifat positif wajib difikirkan untuk diikhtiarkan. Buat masa ini, saya tidak memilih untuk keluar dari had undang-undang Negara. Ayuh, kita ikhtiar melalui saluran yang ada terlebih dahulu!
Dalam undang-undang pentadbiran, suatu kaedah tindakan yang dinamakan Public Interest Litigation “PIL” atau tindakan berkepentingan awam terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya “SPR” wajar difikirkan.
Apakah prosiding PIL? PIL adalah satu prosiding yang boleh digunakan oleh seorang rakyat yang terjejas dengan tindakan-tindakan pihak berkuasa dan berkanun.
Dalam PRU 13, selaku rakyat yang berdaftar sebagai pemilih, tentu saja kita menginginkan satu pilihan raya yang benar-benar telus tanpa penipuan. Berlakunya pelbagai penipuan dan kecurangan telah memberi kesan dan menjejaskan hak kita sebagai rakyat. Bukankah begitu?
Apatah lagi SPR menurut Perlembagaan Persekutuan dalam Bahagian 8, Perkara 114 (2) perlu memperolehi kepercayaan umum bagi mengendalikan pilihan raya. Apakah kini SPR yang ditubuhkan di bawah akta parlimen mendapat kepercayaan umum?
Dengan situasi dan bukti-bukti yang ada, saya berpandangan telah tiba masanya untuk rakyat bangkit dalam kerangka undang-undang dan mengheret SPR ke muka pengadilan.
Saya menaruh keyakinan bahawa perjuangan Pakatan Rakyat masih terbuka dan Barisan Nasional masih berada pada tahap yang tidak selamat meskipun upacara mengangkat sumpah telah sempurna dilangsungkan.
– 26 Jamadil Akhir 1434H.

No comments:
Post a Comment