" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, July 2, 2013

Rasuah PRU13, pegawai kanan SPR didakwa


KUALA LUMPUR: Seorang Pegawai Kanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didakwa hari ini atas tuduhan melakukan rasuah berkait menyediakan perkhidmatan kenderaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Beliau dituduh bersama seorang lagi individu yang merupakan pengurus operasi sebuah syarikat swasta.

Dalam satu makluman kepada media semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan kes tersebut melibatkan nilai rasuah lebih RM300,000.

Pendakwaan tersebut dibuat di Mahkamah Sesyen Jenayah Rasuah, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur yang dijadual pagi tadi.

Pendakwaan tersebut dibuat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan lima kali ganda nilai suapan jika sabit kesalahan.

SPRM juga turut memberitahu, selepas pertuduhan tersebut, kedua-dua individu itu juga akan dituduh sekali lagi di bawah seksyen sama di Mahkamah Sesyen Shah Alam sejurus partuduhan pertama selesai.

Dalam perkembangan sama, sumber Sinar Harian melaporkan pengurus operasi syarikat swasta tersebut telah bertindak sebagai ‘orang tengah’.

“Ini melibatkan urusan perkhidmatan membekal kenderaan ketika pilihan raya,” kata sumber itu.

Difahamkan perbuatan meminta rasuah tersebut kononnya sebagai upah kerana telah membantu syarikat sewa kenderaan dan pelancongan yang dimiliki oleh ahli perniagaan itu dilantik sebagai pembekal kenderaan bagi kegunaan pemerhati asing semasa PRU13.

Pengurus operasi tersebut meyakinkan ahli perniagaan itu bahawa syarikat beliau akan memperolehi tender pembekalan berkenaan dan RM300,000 perlu disediakan sebagai wang sogokan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111