" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, December 30, 2009

ABU dlm PAS : Kelantan nafi tidak terima calon luar

KOTA BHARU, 30 Dis: Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohd Daud Iraqi menafikan membuat kenyataan yang hanya mahu anak Kelantan dicalonkan dalam pilihan raya umum akan datang seperti yang disiar beberapa akhbar dan juga portal berita di internet.


Bahkan katanya, tiada langsung wartawan yang bertanyakan hal itu padanya.

"Saya tidak pernah buat kenyataan itu dalam surat khabar, tiba-tiba keluar.

"Wartawan pun tidak ada yang tanya, lagi pun saya tidak bertanggungjawab pilih calon," katanya pada sidang media bersama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam.

Sehubungan itu beliau meminta pihak media yang melapor hal berkenaan membuat pembetulan segera.


"Tu yang saya pelik tu, 'tumbuh tidak bertanam', saya mintak media tolong buat pembetulan," katanya lagi.

(Gambar: Mohamad Daud bersama Nik Aziz dan Nik Amar dalam sidang media semalam)

Tuan Guru Nik Abdul Aziz pula ketika mengulas perkara itu berkata, kenyataannya sebelum ini bahawa perkara itu 'boleh difikir-fikir' adalah mengambil jalan tengah kerana menyangka Datuk Mohd Daud Iraqi benar-benar mengeluarkan kenyataan tersebut.

"Kenyataan saya buat itu betul-betul hormat kepada ketua Dewan Ulamak negeri, saya sangka kenyataan beliau itu benar, rupanya bohong...dosa orang buat kerja-kerja macam ni," katanya yang juga Mursyidul Am PAS.

Kelantan ujarnya tiada masalah langsung membenarkan calon luar bertanding kerusi pilihanraya di negeri itu.

"Kelantan dah memang biasa camtu...calon parlimen Kuala Krai, Dr. Hatta, saya sendiri isytihar depan orang ramai di Pasir Puteh.

"Pendirian Kelantan memang begitu, suka bantuan dari orang luar, dan suka batu orang luar, tradisi ini IsyaAllah saya akan bawa dalam mesyuarat, bila jawatankuasa pilih calon setuju orang luar, saya akan setuju orang luar," katanya lagi.

Tegasnya, amalan membataskan kenegerian katanya bukan dari ajaran Islam malah adat melayu lama yang bertapak.

"Islam ini tidak ada negeri-negeri ni...ini bukan ajaran Islam, ini ajaran Melayu kuno," katanya.

ABU dlm PAS : Enggan tubuh suruhanjaya bebas, Najib bermain politik

KUALA LUMPUR, 30 Dis: Keengganan kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan seorang penulis barat terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat sebagai satu permainan politik Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendakwa, perdana menteri enggan menubuhkan suruhanjaya itu kerana mahu menyelamatkan dirinya daripada turut disoal siasat dan takut segala penyelewengan yang dilakukannya terbongkar.

"Ini satu permainan politik datuk Seri Najib.Beliau tidak mahu suruhanjaya siasat Dr Mahathir kerana beliau tahu jika suruhanjaya itu dibentuk, beliau akan terheret sama.

"Sudah tentu beliau juga akan dipanggil untuk disoal siasat mengenai peranan dan apa yang dilakukan sewaktu berada dalam Kabinet Dr Mahathir dan Pak Lah," katanya ketika dihubungi Harakahdaily petang tadi.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut berkata, Najib juga dilihat tidak pernah membela Dr. Mahathir sewaktu penulis buku yang berpengkalan di Singapura, Barry Wain mendakwa beliau membazirkan RM100 billion sewaktu pentadbirannya.

Sebaliknya Najib hanya berdiam diri ketika rakyat bercakap mengenai dakwaan penulis itu dalam bukunya bertajuk 'Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times' dan hanya membiarkan Dr. Mahathir turut menuduh Tun Abdullah Ahmad Badawi melakukan perkara yang sama.

"Sekarang ini Najib hanya membiarkan orang mempersoalkan keborosan pada zaman Dr. Mahathir di media-media artelnatif seperti blog dan sebagainya.Dr.Mahathir pula tuduh Pak Lah dan Najib hanya berdiam diri asalkan beliau tidak dikaitkan.

"Najib tidak pernah membela Dr.Mahathir apabila didakwa oleh penulis ini dan menolak penubuhan suruhanjaya bukan bermakna beliau membela Mahathir tapi hanya nak menyelamatkan diri supaya jangan ada orang turut mempersoalkannya," katanya.

Najib juga ujar Mahfuz terselamat dalam hal ini kerana berjaya mengalihkan pandangan rakyat daripada mempersoalkan pentadbirannya.

"Nampaknya Najib berjaya mengalihkan pandangan orang daripada mempersoalkan dirinya sebaliknya mempersoalkan Dr. Mahathir dan Dr. Mahathir kemudiannya mengheret Pak Lah sama," ujarnya.

Pakatan Rakyat sebelum ini menggesa satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat pendedahan dalam buku tulisan Barry Wain bahawa di bawah pentadbirannya lebih RM100 juta lesap akibat rasuah dan pembaziaran.

Dr. Mahathir sendiri turut mencabar Najib menubuhkan suruhanjaya itu.

Namun Najib semalam dilaporkan sebagai berkata, penubuhan suruhanjaya bebas berkenaan tidak sesuai kerana tuduhan tersebut merupakan kandungan sebuah buku.

ABU dlm PAS : Kerana Melayu perjuangan Umno makin luput

KOTA BHARU, 30 Dis: Biar pun kajian mendapati perjuangan berteras bangsa dalam masyarakat majmuk tidak lagi relevan, namun Umno enggan keluar dari belenggu perkauman.

Ramai percaya perjuangan berteraskan bangsa akhirnya akan pupus. Keadaan yang sama bakal menimpa Umno sekiranya dogma itu terus dipertahankan.

Ini dapat dilihat kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi yang menganggap kenyataan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu melantik Cina Muslim warak sebagai Menteri Besar sebagai gimik politik.

Seorang pensyarah, Nadzir Awang Ahmad pula menganggap kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengejutkan orang Melayu.

Pensyarah berkenaan menulis di sebuah akhbar tempatan sekiranya dasar itu diamalkan kerajaan Pakatan Rakyat, lebih ramai lagi orang bukan Melayu akan menjadi Menteri Besar.

Sebelum ini Menteri Besar Kelantan menyatakan kesediaan kerajaan PAS meminta perlembagaan negeri bagi melantik Cina Muslim sebagai pemimpin kerajaan negeri.

Mengulas itu tersebut anggota parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir berkata, amalan melantik pemimpin Islam yang berwibawa tanpa memilih bulu adalah amalan Islam sebenar.

“Saya amat bersetuju dengan cadangan tersebut kerana ia memperlihatkan perjuangan Islam tidak sempit dan melangkui sempadan bangsa.

“Sedangkan pemimpin Umno sebelum ini mendakwa Malaysia sebagai negara Islam, namun mengapa pula pemimpin yang patuh kepada ajaran agama tidak mahu dicontohi,” katanya.

Beliau percaya perjuangan Umno semakin luput kerana ideologi yang dipertahankan sejak 1946 sudah tidak sesuai lagi dalam situasi masyarakat pelbagai agama dan bangsa di Malaysia.

Oleh itu katanya beliau menyokong penuh cadangan Tuan Guru Nik Abdul bagi memberi peluang pemimpin Cina Muslim yang warak menjadi ketua kerajaan.

Adun Guchil, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria berkata, pemikiran Menteri Besar Kelantan melangkau sempadan bangsa sehingga menyebabkan Umno semakin gelisah.

Kata beliau Umno tetap mahu mempertahankan perjuangan berteraskan bangsa bukan bagi kepentingan rakyat, sebaliknya bagi mendapat faedah peribadi mereka.

Adun Dabong, Ariffabillah Ibrahim berkata, cadangan Menteri Besar itu tidak mustahil dilaksanakan kerana Islam tidak meletakkan bangsa sebagai fokus perjuangan.

“Cadangan tersebut amat ditakuti Umno kerana tanpa perjuangan Melayu Umno sudah tidak bermakna lagi,” tambahnya.

ABU dlm PAS : SU Akhbar Nik Aziz minta Berita Harian mohon maaf

KOTA BHARU, 30 Dis: Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd Saiba Yaacob meminta akhbar Berita Harian memohon maaf secara terbuka kerana menyiarkan kenyataan yang dianggap tidak tepat mengenai dirinya.

Malah katanya, wartawan akhbar berkenaan tidak pernah menemuinya sebelum menyiarkan kenyataan dianggap panjang lebar berkaitan dirinya.

“Beberapa laporan yang terdapat dalam akhbar berkenaan semalam bukan sahaja tidak betul, bahkan tidak pernah menghubungi saya untuk mendapatkan sebarang penjelasan.

“Laporan itu kata saya merancang untuk mengajar di Kias tak betul, nak melanjutkan pengajian di Kuis pun tak betul, sebaliknya saya akan menyambung pengajian di peringkat PhD di UM,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Akhbar terbabit semalam menyebut Mohd Saiba sudah lama merancang menjadi pensyarah di Kias sambil melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Kuis.
Laporan tersebut juga memberitahu beberapa pihak mempersoalkan Setiausaha Politik Menteri Besar, Annual Bakri Harun kerana gagal memberi nasihat yang betul kepada Menteri Besar.

Oleh yang demikian, Mohd Saiba memberi peluang akhbar berkenaan memohon maaf sebelum tindakan lanjut diambil memandangkan berita yang disiar tidak mendapat kebenarannya dan turut dilibat nama Anual Bakri.

“Jadi bagi membersihkan nama saya dengan laporan yang agak kurang manis, ada baiknya akhbar berkenaan memohon maaf secara terbuka sebelum tindakan lanjut diambil,” ujarnya.

Katanya begitu kecewa dan terkejut dengan laporan tersebut dengan memperincikan maklumat mengenainya.

Beliau juga berkata, ekoran laporan tersebut menyebabkan beliau bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz untuk menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.

Katanya juga beliau mengambil keputusan tidak menyambungkan kontrak kerana ingin melanjutkan pengajiannya di peringkat PhD di Jabatan Syariah di Universiti Malaya (UM) dalam bidang Siasah Syariah.

“Pada masa yang sama saya akan bertugas sebagai ahli akademi seperti jawatan asal sebelum ini di sebuah kolej di sini,” tambahnya.

Saiba sebelum ini pernah bertugas sebagai pembantu pensyarah di UM selama empat tahun sehingga 2000, kemudiannya mengajar di Kolej Darul Quran di Terengganu akhir 2000 hingga Januari 2002.

Selepas itu dilantik Setiausaha Akhbar Menteri Besar pada 3 Febuari 2002 dan berakhir Febuari 2010.

Beliau merupakan Setiausaha Akhbar yang keempat dan paling lama berkhidmat iaitu selama lapan tahun.

Semalam Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengesahkan kedua-dua setiausahanya itu akan tamat tempoh perkhidmatan, di mana Anual mohon berhenti dan Saiba tamat tempoh kontrak.

ABU dlm PAS : ICT Aset penting kepada penggerak kebenaran

Berita
 BUKIT GANTANG, 30 Disember, Pesuruhjaya PAS Perak dalam ucapannya di
konvensyen IT PAS Negeri Perak, menyatakan bahawa teknologi ICT adalah
satu aset yang sangat penting kepda pendokong kebenaran di seluruh dunia.

Menurut beliau, apabila kita membicarakan tentang penggunaan ICT, kita
sebenarnya tidak boleh lari daripada pendedahan dunia Internet. Sistem
inilah yang membuatkan perhubungan menjadi semakin pantas, canggih dan
mencabar. Sekali gus, memberi kesan yang besar kepada cara manusia
berinteraksi dan berkomunikasi.

Memetik ucapan beliau “ Penggunaan alat ICT pada hari ini bukan
sekadar Internet dan komputer tetapi lebih daripada itu antaranya;
perisian multimedia, power point, animasi, telefon bimbit, gerbang
sesawang, jaringan sosial Internet, perpustakaan digital, permainan
atas talian dan banyak lagi ”.

Tambah beliau lagi,, umat Islam seharusnya memanfaatkan perkembangan
teknologi maklumat dan seterusnya mengambil pakai kecanggihan
teknologi bagi menonjolkan ciri-ciri umat Islam yang mampu memahami
keupayaan dan kaedah penggunaan ICT demi memakmurkan bumi.

Walau bagaimanapun, dalam kita menggunakan teknologi yang semakin
canggih ini, seharusnya perlu dilihat kesan yang memudaratkan
sekiranya pembangunan tidak mengikut acuan Islam yang betul.

Menurut beliau lagi, PAS Perak amat menekankan agar seluruh ahli dan
pimpinan PAS Perak supaya menguasai ICT, memandangkan generasi zaman
sekarang yang seolah-olah tidak boleh dipisahkan dengan teknologi.

Beliau juga menekankan betapa perlunya elemen ilmu yang berlandaskan
al-Quran dan sunnah dalam berinteraksi dengan dunia ICT terutamanya
dalam penggunaan internet. Sebagai umat Islam kita perlu mengawal dan
menguasai teknologi, bukannya teknologi mengawal kehidupan kita,”
tegasnya.

Menurut beliau lagi Kenyataan bahawa “ Islam sesuai di sepanjang masa
dan di sebarang tempat ” serta pemikiran tentang adanya aspek tetap
dan fleksibel memberi kelebihan kepada Islam untuk berfungsi sebagai
agama yang benar sehingga hari akhirat.

“Dalam konteks pengunaan teknologi terutamanya media baru yang
menggabungkan media penyiaran, komputer dan satelit, aspek yang tetap
dan yang fleksibel masih tetap berperanan,” katanya ketika
menyampaikan ucapan perasmian penutup di majlis itu.

Justeru itu beliau berharap agar lujnah IT PAS Perak, meningkatkan
lagi gerka kerja yang terbaik dalam memastikan Islam dapat dimakmurkan
serta kezaliman dapat ditumbangkan hasil dari penyampaian sumber
maklumat yang tepat lagi benar dari PAS di Negara ini.

ABU dlm PAS : Tiga Hari: Gatal Tempat Lain, Garu Tempat Lain

Oleh Zolkharnain Abidin

Proses penamaan calon selama tiga hari adalah antara cadangan pindaan undang-und[pru-1.jpg]ang yang bakal dibuat oleh SPR. Tujuannya ialah mengelakkan pertembungan penyokong calon dan pergaduhan.Tidak ada masalah apa-apa untuk menyokong cadangan SPR ini. Tetapi, itu bukan bermakn a cadangan ini tidak boleh dibahaskan oleh umum sebelum ia dibahaskan di peringkat legislatif.


Soalan awal ialah hanya tiga hari, mengapa tidak lima atau tujuh? Apa beza satu, tiga, lima atau tujuh? Mengapa tempoh penamaan calon dan bukan tempoh kempen?

Umum tahu, Malaysia berhadapan masalah pilihanraya yang berat sebelah. SPR menjadi pengendali pilihanraya yang bekerja keras memenangkan BN. Pengerusi SPR macam ketua cawangan Umno.

Serius sangatkah masalah penyokong calon berkumpul pada hari penamaan calon? Berapa yang sudah pecah kepala, patah kaki, terjatuh bangunan, terbom sampai berkecai? SPR punya data? Inilah yang dipanggil, gatal di betis tetapi garu di perut. Enjin yang rosak tetapi tayar yang ditukar.

SPR tidak mengendahkan masalah pilihanraya kita yang lebih besar tetapi memberi perhatian kepada masalah kecil. Cadangan ini tidak memberi kesan besar kepada proses pilihanraya Malaysia yang adil, bersih dan telus. Cadangan ini hanya menjadi ‘bedak’ untuk menutup cela-cela yang terdapat di muka SPR.

Apa maknanya tempoh penamaan calon yang panjang jika daftar pemilih masih bercelaru? Bukankah telah dibuktikan semasa PRK Bagan Pinang ada 250 nama pemilih bertindih?

Mana lebih berkesan antara cadangan ini dengan cadangan BERSIH supaya digunakan dakwat kekal di jari pengundi? Panjangkan tempoh penamaan calon boleh memerangkap pengundi hantu?

Apa ertinya cadangan ini jika sistem undi pos masih dipakai? Negara kita dalam daruratkah? Adakah undi pos terus dikekalkan walau dipertikai kerana itu adalah ‘simpanan tetap’ Umno dan Najib juga?

Apa nilainya cadangan ini jika akses kepada media oleh parti-parti yang menentang Umno masih dinafikan? Media kerajaan diperalatkan oleh Umno/BN dan mereka akan berhenti melakukannya dengan cadangan ini?

Adakah SPR menjangka masalah yang bakal timbul jika tempoh itu dipanjangkan?

Misalnya, ugutan kepada bakal calon. Ruang kepada pihak yang berniat jahat untuk mengugut bakal calon adalah terhad selepas penyerahan borang kerana tempohnya kini adalah pendek. Kalau tempohnya sehingga tiga hari, bagaimana?

Bukankah tempoh yang panjang juga membuka ruang untuk bakal calon dirasuah atau dibeli supaya menarik diri? Atau mungkin juga diculik atau di’siempat’kan? Direka-reka pertuduhan untuk menghilangkan kelayakan bakal calon bertanding juga boleh dibuat. Mustahilkah ini berlaku?

Ya, dalam sebuah negara dimana model wanita boleh diletupkan, enjin jet boleh dihilangkan, seorang yang disoal siasat boleh ‘jatuh’ dari bangunan dan mati, stadium dan masjid boleh runtuh, pelabuhan boleh diseleweng, andaian tadi adalah terlalu sukar untuk dinafikan daripada berlaku.

Bagaimana pula dengan keselamatan dokumen penamaan calon yang diserahkan? Apakah jaminan SPR? Kalau rekod kemasukan model wanita ke negara ini boleh ‘hilang’ daripada sistem komputer imigresen, bagaimana dengan rekod bakal calon yang terisi hanya di atas beberapa helaian kertas?

Itu hanya andaian masalah kecil. Andaian ini untuk menggambarkan bahawa cadangan SPR ini tidak menyelesaikan masalah ketidakadilan, ketidaktelusan dan ketidakbersihan pilihanraya kita.

Pendeknya, cadangan SPR ini membuka ruang kepada BN untuk mencipta bentuk-bentuk penipuan, penyelewengan dan pemerkosaan baru kepada sistem pillihanraya Malaysia. Pengalaman rakyat Malaysia menyertai pilihanraya puluhan kali mendorong andaian negatif dibuat kepada BN sebegitu.

SPR pula tidak berupaya membendung penyelewengan dan pemerkosaan baru itu kerana badan itu semenjak sekian lama memang berfungsi sebagai cawangan Umno yang entah ke berapa.

Kesan politik kepada umum pula ialah kepekaan rakyat kepada pilihanraya bakal menurun. Analoginya, hariraya kedua dan ketiga tidak lagi semeriah hariraya pertama. Sesiapa sahaja boleh membeli borang pencalonan dan menghantarnya.

Menyertai pilihanraya bakal menjadi seperti menyertai cabutan bertuah. Kalau tempoh penamaan calon hanya sehari pun berbelas orang orang menyertainya, bayangkan kalau tiga hari. Persepsi rakyat, pilihanraya adalah majlis cabutan bertuah. Negara yang rakyatnya hilang sensitiviti politik bakal mengharungi masa depan yang tidak menentu.

Pendek kata, cadangan SPR ini tidak menyelesaikan masalah asas sistem pilihanraya Malaysia. Cadangan ini turut membuka ruang untuk BN menerokai bentuk-bentuk penipuan baru di samping timbunan penipuan yang telah sedia ada.

SPR, garulah di tempat yang gatal. Bukan gatal tempat lain, garu tempat lain. Kecuali SPR memang tidak punya saraf gatal lagi, garu ikut sedap saja.

http://bongkarsauh.blogspot.com/

ABU dlm PAS : Greenboc atau Batuapi? mana satu BETUL?

Tulisan terbaru Greenboc atau nama sebenarnya ialah Zulkifli Harun bertajuk "Jawatankuasa Dispilin PAS Jawatankuasa Haram" sudah melampaui batas dan bersifat kurang ajar. Tulisan ini adalah urutan daripada 3 tulisan sebelum ini yang mempertingkaikan keputusan Keputusan Dewan Harian PAS Pusat dalam menyelesaikan beberapa masalah dan salah faham dalam parti.

Kebiadapannya makin jelas apabila dia cuba mengelirukan pembaca dengan membuat salah tafsir kepada pelembangaan PAS sendiri, sedang apa yang dirujuk (Perlembangaan PAS 2001) sudah ketinggalan sebagaimana dia ketinggalan dalam PAS (Golongan tercicir).

Baca petikan tulisan Greenboc yang menunjukkan dialah paling mengetahui dalam PAS berbanding semua Ahli Jawatankuasa. Makna yang paling mudah difahami Jawatankuasa PAS bodoh semuanya.

Saya telah membuat pendedahan ini berkali-kali tetapi semua Jawatankuasa PAS Pusat seperti terkunci mulut, meredhakan salahlaku berlaku di dalam parti di peringkat tertinggi parti.


Greenboc menempelak Tuan Ibrahim Tuan Man, seolah-olah Tuan Ibrahim tak tahu harga diri. Baca petikan ini :-

Tuan Ibrahim sepatutnya SEDAR DIRI, bahawa beliau tidak ada kuasa lansung untuk bertindak "menghakimi" apa-apa kes masalah disiplin parti malaha beliau sepatutnya malu memegang jawatan yang tidak disahkan oleh Perlembagaan.

Saya sedih melihat kesombongan manusia bernama Greenboc, yang berada dipinggirann parti tetapi merasai dirinya seperti mereka dalam parti atau lebih daripada itu.

Ahli Jawatankuasa Dewan Harian PAS tidak melayan tulisan-tulisan 'orang sakit' ini seperti mana tidak layan kita dengan Demostrasi UMNO/BN untuk Penyokong PAS Selangor. Melihat gelagat sudah tahu tahap mana para pendemonya samlah melihat tulisan ini sudah tahu sejauh mana Greenboc berada dalam parti. Ada yang mengatakan zaman Pak Kaduk!!

1. Pindaan Pelembangaan PAS sudah ada. Draf pindaan ini telah diberikan kepada semua PAS Kawasan sebanyak 132 Kawasan yang mendaftar. (Sepatutnya satu salinan diberikan kepada Greenboc supaya cerah sedikit akalnya untuk menghentam PAS)

Draf ini telah dibincangkan dalam Muktamar Shah Alam baru-baru ini dan ada beberapa perkara sedang dalam semakan sebelum dikeluarkan secara berbuku seperti yang ada sekarang.

Jika merujuk perlembangaan pindaan baru ini Greenboc boleh dikatakan ketinggalan bas, atau kalau nak mudah cakap UMNO berdemo untuk PAS, raut muka pun orang tahu bahawa banyak sangat silapnya. Ini saya akan bincang kemudian.

2. Jika mengikut perlembangaan Pindaan 2001 pun saya boleh kata Greenboc menyalah tafsir perlembangaan demi untuk mengaibkan Tuan Ibrahim Tuan Man. Ini satu sikap kurang ajar.

Ok

Oleh kerana Greenboc menulis mengikut zaman Pak Kaduk, maka saya akan berhujah mengikut zaman Pak Kaduk.

Rujuk perlembagaan Pindaan 2001. Covernya seperti ini dan kalau tak ada salinan sila ke laman ini untuk rujukan http://perlembagaan-pas.blogspot.com/

Rujuk kepada FASAL23: 7 (e)

(e) Membentuk Jawatankuasa-jawatankuasa atau lajnah-lajnah yang diperlukan bagi menjalan dan melicinkan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS serta melantik ahli-ahlinya dan menyediakan peraturan-peraturannya, kecuali Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Fasal 75 Perlembagaan ini.

Dalam perlembangan dulu Jawatankuasa Pusat boleh lantik semua Jawatankuasa kecuali Fasal 75 berkaitan dengan Tatatertib. Mari kita lihat Fasal 75 ini pula.

FASAL75: (3) dan (4)
(3) Jawatankuasa Tatatertib itu hendaklah terdiri dari :
(a) Seorang Pengerusi
(b) Seorang Setiausaha, dan
(c) Tiga orang ahli Jawatankuasa

(4) ‘MAJLIS SYURA ‘ULAMAK’, menurut kuasa yang diperuntukan kepadanya dalam Fasal 7(3)(c) Perlembagaan ini adalah diberi kuasa melantik semua ahli-ahli Jawatankuasa Tatatertib dari masa ke semasa.

Yang ini Greenboc tidak faham, Majlis Syura Ulamak diperuntukkan dalam Fasal 7(3)(c) sahaja, bukan melibatkan (a) dan (b). Oleh itu Perlantikan Pengerusi Tuan Ibrahim Tuan Man adalah sah mengikut perlembangaan PAS zaman Pak Kaduk yang dirujuk oleh Greenboc.


Kenapa Greenboc nak putar belit perlembagaan ini dan nak mengaibkan Tuan Ibrahim Tuan Man itu semuanya ada dalam hati Greemboc. Saya tak berani nak tegur, Greenboc ini warak dan berjuang siang dan malam untuk Islam!!!!

Habis di situ untuk perlembangaan Pak Kaduk pindaan 2001. Kita lihat pula pindaan baru pula dan apa resional dalam pindaan ini.


1. Rasional pindaan ini

Sudah elok Jawatankuasa Tatatertib berada di bawah Majlis Syura Ulamak, tetapi jika kena hukuman, dimana proses rayuan akan dibuat. Siapa yang akan mendengar rayuan. Oleh itu pindaan ini ditukar bagi memberikan kuasa rayuan berada pada Majlis Syura Ulama.


2. Pindaan pada FASAL 23 (c) (d) dan (e) telah memberikan kuasa kepada Jawatankuasa Pusat untuk memelihara, menjaga dan mengawal tatatertib PAS.

3. Pindaan ini juga memberikan kuasa mempertimbangkan rayuan tatatertib mengikut FASAL 75(A) (2) (Ini fasal tambahan berkaiatan Rayuan Tatatertib)


4. Pindaan kepada Fasal 75 (3A) ini paling penting yang mengesahkan apa yang dibuat adalah betul. Saya perturunkan fasal ini :-

75 (3) Jawatankuasa Tatatertib itu hendaklah terdiri dari :
(a) Seorang Pengerusi
(b) Seorang Setiausaha, dan
(c) Tiga orang ahli Jawatankuasa

(3A) Ahli-Ahli jawatankuasa Tatatertib yang disebut dalam Ceraian 3 (b) dan (c) Fasal ini hendaklah dari kalangan ahli-ahli PAS yang berkelayakan pada pandangan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti. Seorang Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat hendaklah mempengerusikan Jawatankuasa Tatatertib ini.

Saya rasa sudah memadai saya menulis setakat ini, harap mereka yang berada dipinggiran PAS balik ke pangkal jalan, betulkan niat jangan merasa diri kita sahaja yang betul sehingga kita memperbodohkan semua orang termasuk Presiden dan Ahli Jawatankuasa Harian PAS.

Rendah diri adalah sifat mulia, sombong dah bongkak amalan syaitan daripada api riak tan takabur. Sebenarnya Greenboclah ahli PAS HARAM!!

Greenboc berkata..
S
aya tetap tegas tentang isu Lembaga Disiplin dengan menyatakan bahawa Jawatankuasa Disiplin PAS yang dipengerusikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man adalah sebuah jawatankuasa haram kerana pembentukannya bertntangan dengan perlembagaan parti.

Semalam Tuan Ibrahim telah menyatakan bahawa Hassan Ali dan Khalid Samad belum diputuskan bersalah.

"Setelah bermesyuarat pada Sabtu lalu, pihak jawatankuasa mendapati ada satu keperluan untuk memanggil kedua-dua pihak bagi mendengar keterangan mereka. Ini adalah proses biasa dalam parti," Harakahdaily dipetik.

Beliau meminta pihak media tidak membuat laporan yang menggambarkan seolah-olah Hasan dan Khalid sudah dibuktikan bersalah kerana pihak jawatankuasa belum membuat apa-apa keputusan berhubung perkara itu.

"Buat masa sekarang, pihak jawatankuasa tidak boleh cakap mereka bersalah atau tidak sebab belum mendengar keterangan daripada mereka. Sebab itu lah jawatankuasa akan memanggil mereka untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada kedua-duanya," kata beliau.

Persoalan yang masih belum terjawab ialah apakah status Jawatankuasa Disiplin PAS ini apabila ianya diketahui dibentuk tidak mengikut Perlembagaan parti.

Saya telah membuat pendedahan ini berkali-kali tetapi semua Jawatankuasa PAS Pusat seperti terkunci mulut, meredhakan salahlaku berlaku di dalam parti di peringkat tertinggi parti.

Tuan Ibrahim sepatutnya SEDAR DIRI, bahawa beliau tidak ada kuasa lansung untuk bertindak "menghakimi" apa-apa kes masalah disiplin parti malaha beliau sepatutnya malu memegang jawatan yang tidak disahkan oleh Perlembagaan.

Saya pernah menyatakan di SINI bukan sahaja Tuan Ibrahim bersifat bias, malah beliau dilihat tidak mempunyai kelayakan untuk berlaku adil sebagai seorang Pengerusi J/K Disiplin.

Oleh kerana pembentukan J/K Disiplin itu terkeluar dari Perlembagaan PAS, maka semua tindakannya, arahan dan keputusannya adalah tidak sah dan tidak wajar dipatuhi.

Saya sudah bersedia untuk diambil tindakan sebab saya tahu tindakan apapun dari J/K Disiplin parti tidak mempunyai penguatkuasaan undang-undang.

Perbetulkan dahulu hal itu.


Misalnya di dalam isu Jawatankuasa Disiplin. GB telah kemukakan fakta-fakta asas bahawa Jawatankuasa Disiplin yang dipengerusikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man adalah sebuah jawatankuaa yang tidak sah, kerana ianya bertentangan dengan Perlembagaan.

Faktanya jelas. Dari Perlembagaan. Walaupun ada yang mendakwa GB tak gunakan perlembagaan pindaan terkini, tetapi apabila diminta untuk membawakan mana-mana resolusi muktamar untuk menunjukkan fasal-fasal penting yang dipinda mengenai Jawatankuasa Disiplin, ia tidak dapat dikemukakan, maka dituduhnya GB memfitnah.

GB telah mengulanginya berkali-kali untuk meletakkan kebenaran ke tempatnya yang hakiki, tetapi tiada dari kalangan pimpinan yang tampil memberikan keterangan, yang bererti bahawa apa yang didedahkan itu benar.

GB mengutarakannya supaya PAS kembali ke pangkal jalan. PAS perlu bergerak mengikut asas Perlembagaan. PAS perlu diperkasakan dengan menyedarkan pemimpin-pemimpin parti yang telah terlajak perahunya di dalam menggunakan kuasanya.

Apabila hujjah GB tidak berjawab atau terjawab, maka diwujudkan istilah "fitnah yang benar" yang kononnya tak boleh disebarkan, kerana ia memudharatkan parti. Yang mengimplikasikan bahawa "kebenaran itu mesti disembunyikan demi maruah parti. Konsekuennya, naiknya maruah parti lantaran kebenaran tidak didedahkan. Bermaruahkah apabila fitnah yang benar itu disembunyikan? Sedangkan kudis yang bernanah akan terus bernanah, membesar dan membusuk lantaran ianya disembunyikan.

ABU dlm PAS : Islam sebagai pemimpin Malaysia

Oleh talikasutkayu

"Menarik berita hari ini kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Menteri Besar Kelantan berkenaan bukan melayu islam layak menjadi Menteri Besar.

KOTA BHARU: Kerajaan Pas Kelantan sedia meminda undang-undang tubuh negeri itu bagi membolehkan bukan Melayu beragama Islam dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan.

Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berkata undang-undang tubuh negeri dibuat sebelum ini boleh diubah kerana apa yang penting ialah dasar Islam yang utamakan keadilan kepada semua dapat dilaksanakan.

"Dasar Islam ialah dia (bukan Melayu) mesti beragama Islam dan berakhlak baik, cukuplah (layak untuk dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan), tak kira bangsa apa.

(http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20091228234935/Article/index_html)

Satu perkataan keluar dari mulut TGNA maka bertubi tubilah kenyataan dari anak bilis umno yg beranggapan kenyataan TGNA itu tidak layak dikeluarkan.

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dianggap sanggup menggadai maruah apabila bersedia menggubal undang-undang bagi membolehkan orang bukan Melayu juga menerajui negeri itu.

Prsiden Persatuan Anak-Anak Kelantan Darul Naim (Pakatan), Datuk Dr. Noordin Ab. Razak menegaskan, pihaknya menentang sekeras-kerasnya cadangan itu dan yakin ia juga dikongsi bersama oleh majoriti rakyat negeri itu terutamanya Melayu Islam.

Menurut beliau, cadangan itu adalah amat tidak logik dan tidak masuk akal memandangkan majoriti penduduk Kelantan adalah Melayu.

Noordin juga mengingatkan Nik Abdul Aziz supaya sedar dengan amanah yang diberikan oleh rakyat dan tidak seharusnya membiarkan diri serta kerajaan yang dipimpinnya terus dipergunakan oleh pihak lain yang berkepentingan.

(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1229&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm)

Walhal umno mudah lupa seperti apa yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir "melayu mudah lupa"...betul Tun..Melayu mudah lupa kenyataan Tun ini.

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sesiapa saja, baik Melayu atau bukan Melayu, boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia asalkan dia Bangsa Malaysia. Bekas Perdana Menteri itu berkata, undang-undang negara ini menetapkan bahawa siapa saja boleh menjadi Perdana Menteri tetapi dia mestilah pemimpin sebuah parti yang mendapat sokongan majoriti. Jika kita cakap mengenai PM bukan Melayu, kita dianggap bersifat perkauman.

(http://anggunayu.com/article.php?323179+Dr.-M:-Siapa-saja-boleh-jadi-PM-asalkan-Bangsa-Malaysia)

2 pendapat yang berbeza memilih pemimpin dalam sebuah negara bernama Malaysia. TGNA menitik beratkan Islam tak kira dari bangsa mana sekali pun untuk menjadi pemimpin. Tun Mahathir hanya memilih bangsa tanpa mengambil kira dari sudut agama.

Sebagai menyokong kenyataan TGNA, penulis merumuskan negara ini boleh dipacu oleh mana mana bangsa yang beragama Islam,berakhlak mulia mengutamakan agama Islam. Selepas agama barulah bangsa. Hidup kita berkiblatkan kaabah, hidup kita mati kita hanya kerana Allah.

http://talikasutkayu-talikasutkayu.blogspot.com/"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111