" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Friday, January 1, 2010

ABU dlm PAS : 2010 Tahun Politik Kasih Sayang

Oleh Nobisha

Dato' Nik Aziz Nik Mat kata dia sayangkan Dato' Paduka Husam Musa. Kata Nik Aziz, Husam tak akan letak jawatan. Husam kata dia sanggup jumpa anak Nik Aziz iaitu Nik Amalina atau mana-mana anggota keluarga Nik Aziz bagi menjelaskan apa saja isu. Baguslah. Buang yang keruh, ambil yang jernih.



Bekas Pengarah Pusat Islam USM, Ellias Zakaria telah terima surat tawaran untuk mengisi jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh, Dato' Seri Anwar Ibrahim berjanji kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang akan melantik Pesuruhjaya PAS Negeri Salleh Man ke jawatan tersebut sekiranya beliau menang pilihanraya kecil itu. Salleh kini ADUN Permatang Pasir. Salleh kata, dia tak kisah kalau tak jadi Yang Dipertua. Bagi Salleh, jadi Timbalan Yang Dipertua pun OK. Baguslah. Tumpukan kepada perkhidmatan, bukan jawatan.

Baguslah. Buat apa nak gaduh-gaduh.

Sudah beberapa kali saya katakan bahawa politik 2009 diwarnai oleh politik pertentangan. Saya sarankan, kita amalkan politik muafakat. Politik berpakat. Apa yang baik, kita sama-sama sokong.

Malangnya, itu tidak berlaku. Bajet 2010 diluluskan dengan majoriti tiga undi. Apakah masalah yang terlalu besar dalam bajet itu sehingga tidak ada seorang pun Ahli Parlimen DAP, PKR atau PAS yang menyokong?

Atau, mereka masih memilih untuk bermain politik pertentangan walaupun PRU12 sudah hampir dua tahun berlalu?

Pada malam pengundian Bajet 2010, saya terima tiga SMS -- dua dari Ahli Parlimen PKR, seorang dari Ahli Parlimen PAS. Kedua-dua orang Ahli Parlimen PKR memberitahu mereka masih di Parlimen ketika itu. Saya balas SMS mereka dan ucapkan tahniah kerana kuat bekerja.

Bagaimanapun, SMS Ahli Parlimen PAS berbunyi, "Salam saudara. Saya berusaha untuk membawa politik pertentangan kepada politik muafakat."

Saya tidak mengesyaki apa-apa, lalu membalas SMS beliau dengan ungkapan berikut: "Dalam politik "the winner takes all" dan "zero sum games", sukar untuk merealisasikan politik muafakat. Apa pun, tahniah atas usaha saudara."

Keesokan harinya keluar berita mengenai betapa Bajet 2010 lulus dengan majoriti yang cukup tipis, itu pun dengan kehadiran Perdana Menteri, dan Timbalan Perdana Menteri.

Saya selalu berSMS dengan rakan-rakan politik sama ada di pihak Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Melalui SMS inilah, saya tahu apa yang berlaku dalam "kelambu" parti-parti politik tersebut.

Tahun 2009 menyaksikan politik pertentangan. Mungkin masing-masing bernafsu tinggi untuk menang PRU13, maka mereka ghairah melakukan satu demi satu "political maneuvering."

Kesan perebutan jawatan dalam UMNO masih dirasai sampai hari ini. Usah benamkan kepada dalam pasir dan anggap semuanya sudah selesai semata-mata Dato' Seri Najib Tun Razak menjadi presiden parti itu. Kegilaan merebut jawatan dalam parti dan sikap terlalu sayangkan pangkat menyebabkan sesetengah pemimpin UMNO tidak mahu dan tidak mampu berubah.

Begitu juga dalam PAS. Parti itu berhadapan dengan pelbagai krisis selepas Muktamar PAS ke 55. Sampai ke satu tahap, Nik Aziz meminta timbalan presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa meletakkan jawatan. Seperti UMNO, maka PAS juga usah benamkan kepala dalam pasir dan anggap ia tidak bermasalah. Apa yang berlaku dulu, masih belum reda.

PKR juga berhadapan dengan pelbagai isu. Kemuncaknya ialah perletakan jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairudin. Beberapa insiden wakil rakyat melompat keluar PKR menjadikan masyarakat melihat parti itu sebagai cukup rapuh.

Yang kuat ialah DAP. Setakat ini belum ketara konflik dalam parti itu. Ada, tetapi tidak heboh. Semakin menguatkan DAP ialah faktor "pertelingkahan" dalam MCA. Ada yang berkata pertelingkahan itu seperti dibuat-buat. Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, cerita politik MCA nampak seperti kehilangan plot. Seorang pemimpin politik berkata, apa yang berlaku dalam MCA tidak lebih dari sekadar "wayang" untuk mengukuhkan DAP.

Cukuplah drama demi drama politik. Apabila Najib berkata tahun 2010 ialah tahun untuk rakyat meraihkan hasil pelbagai projek dan impak KPI dan NKRA, saya sambut baik. Saya belum lagi nampak hasil, tapi saya sambut baik. Saya menjangkakan bermula dengan pelancaran 50 buah Klinik Komuniti 1Malaysia pada 7 Januari nanti, pelbagai inisiatif dan projek akan direalisasikan. Baguslah. Rakyat mendapat manfaat.

Untuk tahun 2010, saya ingin melihat pemimpin dan parti-parti politik beralih dari politik kebencian kepada politik kasih sayang. Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru (PKR), Zulkifli Noordin menyimpulkan politik kebencian ini. Beliau menulis dalam blognya:

Saya sendiri diberi pelbagai macam label dan jenama apabila ada perbezaan pendapat atau menegur mana-mana pihak. Malahan untuk membisukan saya, maka dibawa tohmahan dan fitnah karat yang saya nak masuk UMNO... habis cerita. Setengah golongan ni bukan apa, asal dengar perkataan UMNO dia punya fobia dan histerikal macam giler babi.. Babi giler pun tak macam tu!!

Bukan dia nak kaji hujah dan pandangan orang lain, atau membalasnya dengan hujah berbentuk ilmiah dan berfakta, tapi cukup dengan maki hamun, fitnah dan labelkan dengan pelbagai nama dan jenama.

Klik di sini untuk membaca tulisan beliau.

Cukuplah menuding jari kepada orang lain dan menimbulkan kebencian. Tinggalkan politik kebencian. Peluklah politik kasih sayang.

Selamat Tahun Baru 2010!

http://nobisha.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111