Oleh Penarik Beca
Berkali-kali saya kata, kalau PAS nak menang, parti itu terutama para pemimpinnya mestilah bersih dan dilihat bersih, tidak bodoh murakkab dan tidak malas tahap raja. Fasal 5 Perlembagaan PAS sahaja tak cukup.
Apa guna bercakap tentang memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah kalau PAS terutama para pemimpinnya tidak bersih dan tidak dilihat bersih, bodoh murakkab dan malas tahap raja.
Hari ini, Sinar Harian melaporkan:
Menurutnya (Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin), ahli-ahli Parlimen BN juga memberi maklumat yang menjadi panduan dan kekuatan kepada PR dalam membahaskan peruntukan untuk rakyat itu. Beliau, bagaimanapun, tidak memberitahu dengan jelas apa jenis maklumat yang mereka disalurkan atau siapa yang terlibat.
"Saya tidak boleh sebut siapa antara mereka yang menyalurkannya. Ia berlaku di Parlimen".
Saya pernah kata, identiti pemberi maklumat mestilah kita rahsiakan. Mesti, mesti, mesti! Saya pernah diberitahu, ada wartawan Barat yang sanggup kena tembak. Namun, nak mendedahkan siapa pemberi maklumat kepadanya, tidak sama sekali.
Biasanya, orang bagi maklumat kat kita sebab orang yakin kita boleh jaga dia - rahsiakan identitinya dan perkara-perkara yang boleh menyebabkan orang tahu siapa yang memberikan maklumat kepada kita.
Kalau dia tahu kita nak jaja nama dia ke seluruh Malaysia, tobat lahum dia takkan bagi maklumat kat kita. Sebab tu la bila orang tanya aku siapa yang bagi tau, aku jawab dalam hati, "pi mampoih la hang!"
Bagaimanapun, anda boleh tulis seperti berikut dalam ruangan komen:
Bodoh hang ni, bakaq. Dia nak main politik la. Politik tahap tinggi tu. Dia nak pecah-pecahkan Umno. Memang hang ni jenis tak faham!
Berita berkaitan:
Ahli Parlimen BN didakwa 'curang'
SHAH ALAM - Beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) didakwa berlaku 'curang' dengan tindakan menyebabkan BN hampir tewas dalam undi untuk meluluskan Bajet 2010 di Parlimen 14 Disember lalu.
Tindakan 'duri dalam daging' itu didedahkan oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan menyifatkannya sebagai 'malapetaka' bagi BN.
Menurutnya, Ahli-ahli Parlimen BN juga memberi maklumat yang menjadi panduan dan kekuatan kepada PR dalam membahaskan peruntukan untuk rakyat itu. Beliau, bagaimanapun, tidak memberitahu dengan jelas apa jenis maklumat yang mereka disalurkan atau siapa yang terlibat.
"Saya tidak boleh sebut siapa antara mereka yang menyalurkannya. Ia berlaku di Parlimen," katanya di sesi dialog dengan wakil-wakil Sinar Harian ketika mengunjungi ibu pejabat Karangkraf di Seksyen 15 di sini bersama kira-kira 10 pemimpin Pas Perak.
Nizar, yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat berkata, Ahli-ahli Parlimen terbabit juga terpaksa 'mengangguk' sahaja di Dewan Rakyat, walaupun mereka tidak setuju dengan cara pimpinan mereka.
"Itu sebabnya ada di kalangan mereka tidak hadir semasa undian dijalankan (di Dewan Rakyat), walhal setengah daripada mereka berada di sekitar Lembah Klang sahaja," katanya.
Ditanya sama ada insiden di Dewan Rakyat itu dirancang atau tidak oleh mana-mana pihak, Nizar berkata, ia melibatkan kedua-dua elemen itu, tetapi tidak memberi keterangan lanjut berhubung perkara itu.
"Kita pun cukup berhati-hati...bukan tujuan untuk melakukannya di luar jangkaan...sekadar menguji kekuatan BN (untuk) menggambarkan (apakah) belanjawan terhebat ini mendapat sokongan Ahli-ahli Parlimen BN sendiri (atau tidak).
"Oleh itu kami PR telah berbisik antara satu sama lain untuk sampaikan pesanan kepada setiap Ahli Parlimen PR dan hasilnya terbukti, walaupun kami hanya ada 63 orang," katanya.
Dalam insiden mencemaskan itu, BN menang tipis, dengan mendapat 66 undi, iaitu lebih tiga undi berbanding pembangkang.
Di waktu itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang sedang menjalankan tugas rasmi, terpaksa bergegas ke Dewan Rakyat untuk menambahkan bila- ngan Ahli Parlimen BN.
Nizar, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, ketidakhadiran setengah Ahli Parlimen BN pada masa itu adalah bukti jelas setengah daripada mereka tidak menyokong perbahasan Bajet 2010 tersebut.
"Sebagai contoh, (bagi Ahli Parlimen BN) tindakan Kerajaan memperuntukkan RM1 bilion bagi mempromosikan sukan F1 tidak munasabah kerana mereka boleh melihat rakyat di tempat mereka sendiri ada yang 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'.
"Begitu juga dengan peruntukan RM100 juta untuk projek Permata (Pusat Anak Permata Negara) yang dikendalikan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan ini menunjukkan malapetaka kepada BN," katanya.
Najib mengumumkan peruntukan RM100 juta itu ketika membentangkan Bajet 2010.
Rosmah menyifatkan peruntukan itu sebagai penghargaan kepada pentingnya penjagaan awal anak-anak dan pendidikan di Malaysia.
No comments:
Post a Comment