" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Saturday, March 6, 2010

Bila Musang Berjanggut menjadi Mufti...


Apa punya mufti! Dia dah kantoi kat sini.Buat malu negeri Perak!

Pendedahan yang dibuatnya sendiri yang menjadi anjing suruhan Tajol Rosli untuk memujuk Ust Ahmad Awang sangat memualkan dan memalukan sebagai seorang Mufti.

Dia jelas bersikap seperti seekor iblis yang mengajak dan menggalakkan supaya seseorang itu berlaku curang dan belot terhadap rakan-rakannya sendiri.

Begitulah sikap yang ada pada Mufti Musang Berjanggut ini! Beliau sendiri mengakui telah cuba memujuk rayu beberapa orang pimpinan tertinggi PAS supaya bersetuju bekerjasama dengan Umno khususnya di Perak .

Beliau mengaku telah melobi supaya PAS bersetuju membentuk kerajaan Negeri Perak bersama Umno /BN setelah Umno tersungkur rebah dalam pilihanraya 2008 yang lalu . Lihat di sini

Kalau PAS menerima umpan Umno melalui Mufti Musang Berjanggut ini, bermakna PAS telah belot dan menganiaya rakan-rakannya sendiri dalam Pakatan Rakyat (DAP dan PKR) yang telah bersama-sama berhempas pulas menghadapi Umno/BN dalam pilihanraya tersebut. Siapa lagi yang akan percayakan PAS – sebuah parti Islam.

Tentunya PAS tidak mahu mencemarkan prinsip perjuangan Islamnya yang begitu teguh dan penuh sabar dalam memperjuangkannya selama ini. Itulah yang menjadi asas yang menyebabkan PAS dihormati oleh kawan dan lawan.

Apa perlunya Umno tiba-tiba menawarkan dirinya untuk ditiduri oleh PAS setelah sekian lama menuduh PAS sebagai ‘parti ajaran sesat’ ?

Umno sekadar mahu memperkukuhkan kedudukannya semula dan apabila terasa gagah seperti dulunya, Umno akan merentap kembali bantal yang disuakan kepada PAS. Dan tatkala itu apa yang akan tinggal lagi kepada PAS? Tiada siapa yang akan mempercayai PAS lagi.

Kita patut berterimakasih kepada Ust Ahmad Awang yang begitu bertegas menolak tawaran Umno melalui Mufti Musang Berjanggut itu.PAS bukan sekadar berada di Perak. Bayangkanlah, apa akan terjadi sekiranya Ahmad Awang termakan ‘umpan melayu’ Mufti Musang berjanggut itu tempohari ...

Apa akan jadi dengan negeri-negeri dimana rakyat telah memilih dan menyerahkan mandat untuk mentadbir kepada Pakatan Rakyat dan menolak Umno/BN seperti Kedah, Selangor dan Kelantan?

Mujur sekali lagi , Ahmad Awang tidak ‘layan’ pujuk rayu Musang Berjanggut dari Selangor. (perhatikan di bahagian akhir minit ke 5:45 di sini )

Kalau tidak, PAS Selangor tentunya mempunyai alasan dan contoh terbaik untuk menurut jejak PAS Perak , yang juga khabarnya mendapat tawaran yang serupa daripada Khir Toyo ….

Dengan menerima tawaran yang dijaja oleh Musang-Musang Berjanggut itu dan PAS beroleh kedudukan Menteri Besar dinegeri-negeri tersebut, namun kekuasaan sebenar tetap ditangan Umno. Tentu suasana politik di tanah air kita tidak akan berubah. Pastinya Umno akan terus berkuasa dan kezaliman akan terus bermaharaja lela.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111