" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Friday, March 5, 2010

Dalang UG ? - Apa pendapat GB


Belum reda kemarahan orang banjar Bagan Serai dengan 'belot'nya Hj. Tempirai, Mufti Perak ini pula mengeluarkan kenyataan, memperlekeh-lekehkan hubungan baik yang telah terjalin diantara PAS dan Pakatan Rakyat. Membuka semula cerita-cerita 'lama' tentang agenda UG di Perak begitu memualkan.

Membuka pekung ? Rupanya Tok Mufti inilah yang beria-ia sangat dan menjadi 'master mind' mempengaruhi pimpinan PAS untuk memecah-belahkan persetujuan parti-parti di dalam Pakatan Rakyat ketika itu dengan membawa lagu 'UG' ke serata tempat sehingga ke Kelantan ?

Porak peranda pimpinan bila ia dipolitikkan oleh pihak lawan. Memang patut PAS Perak jadi 'angkuh' dan menolak cadangan UG itu. Untuk Tok Mufti, saya cabar "andika..", atas kapasiti saya dibawah Sekretariat Bloggers PAS Perak, "..masuklah ke gelanggang politik atas tiket Umno, letaklah jawatan sebagai Mufti, jangan malukan 'orang kampung' dengan kenyataan-kenyataan yang begitu mengelirukan, dan bertandinglah atas tiket BN di tempat tumpah darah 'andika', di DUN Titi Serong. Kenyataan tuan itu lebih kepada kenyataan politik ! Bercakaplah soal politik sepuasnya di situ. Tuan akan lebih dihormati..!

Solat Hajat 7 hari 7 malam

Merujuk kepada solat hajat 7 hari 7 malam yang diminta oleh mantan Pesuruhjaya PAS, Ustaz Ahmad bin Awang, dan doa minta bala diturunkan kepada Haji Tempirai, bagi saya agak 'keras' bunyinya, kerana dibimbangi jika Allah makbulkan 'doa' sebegitu, bukan saja Hj. Tempirai yang kena, malah musibahnya akan kena kepada semua. Jika turun 'bala' di Bagan Serai, mau sampai ke Kerian...tu, mengapa ? Orang-orang 'alim' tentu lebih tahu.

Namun saya sangat yakin, bahawa solat hajat yang dilakukan selama 7 hari 7 malam itu lebih kepada memohon kepada Allah swt. untuk kita memohon kemenangan kepada Islam, menjatuhkan kezaliman, memohon ukhwah jamaah terus mantap dan padu, dan perkara yang baik-baik sahaja, bukan meminta bala turun..kalau bala turun , semua kena...beb ! Bala bukan turun untuk seorang. Ingat tu !! Sekadar pandangan peribadi saya yang mungkin tidak popular.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111