Berikut ialah 'bola tanggung' yang diumpan oleh Setiausaha Agung PKR kepada Presiden PAS ketika Presiden PAS menyampaikan ucapannya di Dewan Rakyat Isnin lalu (22/3/10) dan sambutan Presiden PAS kepada 'bola tanggung' tersebut:
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Terima kasih Yang Berhormat Marang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mendapatkan pandangan daripada Yang Berhormat Marang. Saya membaca dokumen daripada sidang Dewan Negeri Terengganu yang menyebut angka bayaran royalti untuk Terengganu daripada tahun 2000 hinggalah tahun 2009 ialah RM13.5 bilion. Satu angka yang cukup besar sebenarnya yang hari ini tidak sampai ke Terengganu. Sebab itu Menteri Besar Terengganu sekarang dia belum gugurkan lagi tuntutan royalti ini daripada Petronas.
Untuk tempoh tahun 2000 hingga 2004 itu saya juga sempat membaca laporan audit bagaimana Umno Barisan Nasional membelanjakan wang royalti yang sepatutnya pergi pada rakyat Terengganu. Antara yang disebut dalam teguran audit ialah:
(i) membiayai Program Puteri Umno Sungai Petani;
(ii) menyediakan komputer riba kepada JKK seluruh Kedah;
(iii) membaiki pejabat Menteri Besar Kedah; dan
(iv) membaiki kediaman rasmi rumah Menteri Besar Negeri Sembilan.
Bukan ada kena mengena pun dengan perbelanjaan royalti minyak. Ini khianat namanya. Umno Barisan Nasional khianat ini sudah jadi darah daging dia. Dia tidak rasa bersalah. Tidak rasa bersalah. [Disampuk] Audit tegur dengan baik. Teguran ini teguran Audit Yang Berhormat Pasir Salak. Teguran-teguran audit.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: [Menyampuk]
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Saya tidak minat hendak bahas dengan Yang Berhormat Pasir Salak. Yang Berhormat Pasir Salak saya kena ikut pesanan Imam Shafie. Imam Shafie kata “Aku kalau berbahas dengan orang jahil aku tidak pernah menang, aku tidak pernah menang tetapi kalau berbahas dengan orang alim aku tidak pernah kalah.”
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: [Menyampuk]
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Tidak. Kenapa takut, kenapa takut bila saya bacakan fakta daripada audit tentang Umno salah guna, khianat duit royalti minyak milik rakyat Terengganu. Salah apa? Hendak takut sebab apa? Apa pandangan Yang Berhormat Marang tentang perbuatan mengkhianati ini? Khianat. Bukan amanah, khianat. Saya tekankan. Parti agama, bangsa dan negara tetapi khianat wang rakyat. [Tepuk]
Seorang Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [Marang]: Tuan Yang di-Pertua kesilapan ini bukan sahaja kenyataan-kenyataan daripada pihak kami bahkan daripada tokoh-tokoh Umno sendiri. Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah, yang terakhir Tun Musa Hitam dan Tun Mahathir pun saya rasa sama. Dalam hati dia sama.[Ketawa] Bahkan tokoh-tokoh Petronas, arwah Tan Sri Azizan dan yang diberhentikan itu, Tan Sri Hassan Merican dan mereka yang terlibat dalam memateraikan perjanjian masih hidup lagi iaitu Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Salleh Abas, Tun Ahmad Yaakob.
PenarikBeca
No comments:
Post a Comment