" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, March 31, 2010

Pemimpin tidak akan kekal dan akan jatuh seperti pelepah kelapa kering

Oleh shahil

Assalaamualaikum dan salam hormat

Selalu diperkatakan orang sebagai kata-kata keramat bahawa sesuatu tahap kehidupan kita manusia bukanlah demikian selamanya. Kita manusia adalah makhluk maka makhluk tidaklah sekali-kali akan kekal. Ada kalanya kita datang dan ada kemudian kita pergi. Jika dari segi kejadian, kita datang dari alam ghaib ke alam nyata dan jika dari segi kepimpinan kita datang dari rakyat biasa diangkat menjadi pemimpin, dan akhirnya kita akan bersara jua.

Namun pelepah pokok kelapa memberikan pertunjuk yang sangat baik sekali. Ia bukan sekadar pelepah tetapi pertunjuk nurani yang mendalam. Pelepah kelapa bermula dari pucuk, berubah kepada pelepah muda, kemudian berubah kepada pelepah matang, tersangkut dan terkulai ketika kerring, dan akhirnya melayang gugur ke bumi. Demikianlah pemimpin sesebuah Negara khasnya, tidaklah tetap duduk di puncak melainkan akan melayang gugur ke bawah, seperti melayangnya pelepah kelapa kering itu.

Gugurnya pemimpin berbagai ragam dan cara. Ada gugur dengan terhormat. Terhormat kerana ia mengambil berat akan hal ehwal rakyat jelatanya. Sayyidina Umar RadhiaLLahu anh adalah contoh pemimpin terhormat selepas RasuluLLah Sallallahu alaihi wasallam. RasuluLLah tidak perlulah diperkatakan kerana Baginda pemimpin dipimpin wahyu. Maka memadailah contoh diganti dengan Sayyidina Umar. Sayyidina Umar sanggup menyamar diri di waktu malam, berjalan meninjau kehidupan rakyat. Bahkan sanggup dia menikahkan anaknya dengan rakyat biasa jika didapati ia bertaqwa. Rakyat sangat menyayangi beliau, bahkan kematian beliau yang tragis menambah lagi kasih dan cinta rakyat. Jejak langkah Sayyidina umar ini diikuti oleh cicit beliau Sayyidina Umar bin Abd. Aziz.

Pemimpin yang dihormati sanggup menggadai nyawa membela rakyat. Ia bukan hanya kepada rakyat seagamanya bahkan kepada yang tidak seagamanya. Apabila tentera Rom mula mengganggu sempadan negeri pemerintahan Islam, ia mendatangkan ketidak selesaan kepada rakyat baik Islam mahupun bukan Islam. Sayyidina Umar bangkit menghantar tentera untuk menghalau penganggu keamanan itu.

Ketika dahulu itu, ramai juga pemimpin yang tidak menjalankan tanggung jawabnya. Mereka zalim dan menindas rakyat. Rakyat menjadi hamba mereka dimana segala kehendaknya harus dituruti. Isteri rakyat juga seolah-olah isterinya dan anak rakyat seolah-olah gundiknya. Pemimpin bersukaria di istana sedangkan rakyat tebiar melarat. Pemimpin ini tidak memperdulikan keselamatan rakyat biarpun musuh negara dan agama mula mengintai kinilah yang mula-mula mengeluarkan fatwa wajib taat kepada pemerintah.

Ada pula pemimpin yang pada mulanya menggambarkan watak baik. Sebelum dia menjadi pemimpin, dia dikenali warak, dia dikenali taat kepada ALLah Taala dan dikenali sebagai orang yang takutkan larangan ALLah Taala. Maka memujilah rakyat “Wah, pemimpin kita kali ini anak ulama pasentren. Bertuah kita nih. Pemimpin kita bukan sahaja mampu memimpin negara tetapi sangat menakjubkan…dia juga boleh menjadi imam solat”. Maka dikenalilah dia pemimpin yang bersih.

Namun apabila dia memerintah Negara lain pula jadinya. Dia kelihatan sangat lemah hingga kelihatan suku sakatnya sangat berkuasa. Suku sakatnya sangat ditakuti hinggakan kelihatan menjadi jurucakap tidak resmi kerajaan. Ketika mula manjadi pemimpin, dia berkata dia akan membenteras kejahatan dan penyelewengan. Namun apabila dia menjadi pemimpin, pegawainya juga orang yang dipertikaikan peribadinya.

Ada juga pemimpin yang menentukan penggantinya apabila dia bersara sukarela. Namun apabila pemimpin yang dilantiknya itu mula tidak meneruskan corak pemerintahannya, maka dia mula menyerang pemimpin yang dilantiknya itu. Dia mengatakan pemimpin sekarang tidak berusaha membenteras kemungkaran. Tetapi ketika dia menjadi pemimpin dia juga dua kali lima dengan pemimpin yang dilantiknya itu. Apabila pemimpin yang tidak bertanggung jawab ini menjadi rakyat biasa, mereka mula menunjukkan diri sebagai hero rakyat. Mereka pulalah yang akan mengatakan pemimpin baru kejam dan zalim, walhal itulah perlakuan mereka semasa menjadi pemimpin. Bak kata orang, tidak memandang kepada muka sendiri.

Namun pemimpin yang paling tidak beretika kepada ALLah Taala ialah pemimpin Muslim yang mengatakan hukum Islam tidak sesuai di jalankan di zaman moden. Mereka berkata hukum hudu dan qisas ketinggalan zaman, hukum zaman unta. Mereka berkata jika hukum hudud dijalankan, maka semua orang akan kudung tangan hingga tiada lagi orang untuk berkerja, habislah batu-batu untuk merejam orang berzina hingga tidak dapatlah lagi untuk membuat jalanraya. Inilah pemimpin yang paling durhaka kepada ALLah Taala. Dan sunnatuLLah telah membuktikan bahawa pemimpin ini akan hilang ditelah bumi apabila sampai ajalnya dan dia serta iktiqadnya lumat dimakan cacing.

Penulis tidak menujukan suara hati nurani ini kepada sesiapa. Ia hanya ilusi penulis yang mengandaikan jika penulis menjadi pemimpin, apakah penulis akan menjadi pemimpin yang disayaangi atau dibenci rakyat yang dipimpin. Seperti penutup setiap cerpen “Tulisan ini adalah semata-mata islusi dan tidak ada kena mengena dengan orang yang hidup ataupun mati”.

Wassalam

http://shahil.wordpress.com

www.pangkorkini.net

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111