" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, April 1, 2010

Bagaimana Chua Soi Lek Boleh Menang Sedangkan Beliau….

Oleh IZMAS

KEMENANGAN Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai presiden baru MCA dalam pemilihan 28 Mac lalu menimbulkan banyak tandatanya. Bagaimana beliau yang sudah disabitkan dalam isu skandal seks tidak menghalang majoriti ahli perwakilan memberi undi kepercayaan beliau sebagai presiden parti?

Bagaimana perwakilan lebih yakin kebolehan beliau lebih dari Tan Sri Ong Ka Ting dan Datuk Seri Ong Tee Keat untuk memimpin MCA sekaligus mengeluarkan parti dari krisis dalaman padahal beliau adalah salah seorang pemimpin yang dikatakan pencetus kepada ketidakstabilan dalam parti?

Bagaimana ahli perwakilan MCA boleh memilih beliau sebagai orang nombor satu parti padahal beliau pernah dipecat sebagai timbalan presiden parti atas isu moralnya? Apakah sebenarnya kreteria istimewa yang menjadi perkiraan dan perhitungan kaum Cina khasnya perwakilan parti MCA terhadap Dr Chua sehingga beliau diberi kemenangan mengatasi calon-calon lain yang kelihatan lebih bersih dan layak?

Dr Chua menang jawatan presiden yang baru MCA dengan majorit tipis 68 undi mengatasi bekas presiden, Ka Ting yang mendapat 833 undi. Chua meraih 901 meningglkan jauh penyandang jawatan presiden, Tee Keat yang kalah teruk dengan maraih cuma 578 undi.

Pendapat umum mendedahkan kemenangan Chua dikaitkan dengan hubungan rapat beliau dengan ahli dan pemimpin akar umbi sehingga mereka meletakkan kepercayaan penuh kepada beliau sebagai pemimpin yang boleh mendamaikan krisis parti yang sudah berlarutan begitu lama. Beliau dikatakan tokoh yang mudah didekati oleh ahli parti bawahan tidak kira puak sehingga mereka boleh mencurahkan masalah dan kebimbangan mereka secara lebih mesra dan rapat kepada Chua yang diyakini memahami kehendak sebenar mereka.

Dengan watak beliau yang berterus terang, mudah tersenyum dan senang bergaul dengan semua ahli yang bertelagah memberi kelebihan yang ketara jika dibandingkan dengan watak Ong Tee Keat yang agak serius, tegas dan kelihatan sukar didekati. Walaupun Ka Ting mendapat undi yang memberangsangkan dan diramal banyak pihak boleh memenangi jawatan presiden buat kali kedua, tetapi perwakilan nampaknya merasa lebih senang memberi kepercayaan kepada Chua dengan harapan beliau boleh membuat sesuatu pembaharuan (reform) yang lebih berkesan dari Ka Ting yang sudah pernah menjadi presiden.

Kenapa tidak diberi peluang orang baru menerajui MCA sebagai percubaan untuk melihat prestasinya samada boleh melaksanakan tugas (deliver) atau sebaliknya? Ahli perwakilan mungkin berfikir tempuh setahun lebih – sebelum pemilihan resmi pada Oktober 2011 - yang diberikan kepada Chua untuk memimpin parti bukanlah tempuh masa yang lama dan jika beliau gagal, mereka boleh memilih tokoh lain yang difikirkan layak menggantikan Chua.

Dengan kata mudah, ahli menanti dengan penuh harapan keupayaan dan keberkesanan Chua menjalankan tugas sebagai presiden dalam masa setahun; adakah beliau dapat menyelesaikan masalah parti dengan sempurna serta memenuhi kehendak ahli seperti yang diharapkan? Atau beliau bakal digugurkan pada pemilihan 2011 jika ahli mendapati beliau gagal melaksanakan peranan (fail to deliver) seperti yang mereka tuntut?

Kemenangan yang sudah diberikan perwakilan kepada Chua berbanding Tee Keat dikatakan kerana bekas penyandang presiden itu tidak mesra dengan ahli akar umbi, tidak mempunyai ramai pengikut setia dan sudah dianggap lone ranger yang bergerak sendirian. Walaupun beliau ada idea untuk mentransform parti dengan tindakan berani dan tegas, rancangan beliau tidak mendapat sambutan dan kepercayaan ahli parti.

Banyak pihak hairan bagaimana krisis moral yamg sudah disabitkan kapada beliau langsung tidak menjadi sesuatu yang perlu dipertimbangkan perwakilan sedangkan isu moral sepatutnya menjadi kreteria utama dalam memilih pemimpin yang layak. Pendapat lain mendedahkan isu moral beliau sudah lama berlalu dan sudah dilupakan. Ada kalangan lain berpendapat skandal seks yang menimpa diri Chua adalah konspirasi dari pemimpin lawannya yang cuba memusnahkan kariernya dalam parti padahal ramai pemimpin lain yang juga menyimpan perempusn simpanan. Bezanya rahsia beliau sudah diketahui umum sedangkan skandal pemimpn lain belum terbongkar!

BAWALAH ANAK-ANAK BERSANTAI DI PULAU PANGKOR

Apapun, perwakilan MCA sudah membuat keputusan muktamad memilih Chua sebagai ketua baru yang diharapkan boleh mententeramkan situasi, menyatukan semula semua puak yang bertelagah dalam satu barisan yang bertujuan memperkuat parti seperti yang diharap ahli setia serta PM Najib. Isu moral Chua dijangka akan terus dimainkan oleh puak yang kalah dan mereka yang tidak sehaluan dengan kumpulannya. Banyak pihak berpendapat, kemenangan Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai timbalan presdien sudah mencacatkan kemenangan beliau kerana Tiong Lai bukan dari puaknya. Sudah ada kedengaran rungutan dan cakap-cakap bahawa tidak mudah bagi timbalannya menyesuaikan diri dan bekerja sama dibawah Chua kerana mereka pernah tidak sehaluan dalam kemelut parti sebelum ini.

Tiong Lai sudah dikaitkan dari kem Ong Ka Ting yang kalah. Kedudukannya sebagai timbalan pastilah tidak mesra dan mungkin tidak sehaluan dibawah presiden baru yang bukan dari kem yang sama. Chua lebih berharap jika Datuk Seri Kong Cho Ha menang kerana mereka dari kapal yang sama. Ketua Wanita, Datin Paduka Chew Mei Fun akan melepaskan jawatan kerana sudah bersumpah sebelum pemilihan akan berundur jika Chua dipilih menjadi presiden sekaligus bermaksud ramai pengikut bakal menurut jejaknya.

Krisis MCA dijangka akan berlanjutan kerana pihak yang kalah tidak mudah menerima kekalahan dengan lapang dada. Mereka mungkin sedang menyusun rancangan dan strategi untuk bertanding semula bagi pemilihan akan datang yang pastinya lebih sengit dan mencabar.

Masyarakat Cina, ahli parti dan pemimpin BN lain terutama Umno akan memerhati dengan penuh debaran dan kebimbangan perkembangan seterusnya MCA dibawah presiden yang baru. Chua memikul tugas berat dan amanah yang tinggi dari ahli bagi memastikan pemilihannya adalah tepat sebagai ketua yang diharapkan dapat menyelesaikan segera krisis dalaman parti dan pada waktu sama menyakinkan kaum Cina bahawa MCA boleh menjadi parti yang kuat serta mampu membawa kemenangan dalam PRU ke-13 nanti.

Detikdaily.net

www.pangkorkini.net

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111