" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, April 1, 2010

Kuli, boleh percaya kah?

Oleh Josh Hong

Baru-baru ini, arus keluar parti menderas di PKR, malah kepantasannya amat membeliakkan mata. Untuk terus survive dalam alam politik di Malaysia, nampaknya politikus amat memerlukan "daya lompatan" yang kuat, bahkan menguasai "taktik bertukar wajah".

Adalah sesuatu yang lumrah untuk ahli politik beralih landasan. Pada akhir tahun 1940-an, penjajah Inggeris menangkap secara besar-besaran anggota Parti Orang Muslim in Malaya, kerana mengesaki terjalinnya hubungan antara parti tersebut dengan Parti Komunis Malaya. Ramai anggota yang menyertai UMNO sebagai sayap Islam. Sesetengah ulama kemudiannya membentuk pertubuhan baru, iaitu asalnya PAS pada hari ini.

Malah, pengasas UMNO Onn Jaafar juga menukar anutan politik dirinya beberapa kali. Setelah saranannya untuk membuka pintu UMNO kepada bukan Melayu ditolak, beliau keluar dan menubuhkan parti berbilang kaum, iaitu Independence of Malaya Party (IMP). Selepas tempoh dua tahun terabai, beliau menubuhkan Parti Negara, dengan laungan nasionalisme Melayu-nya.

JOM SANTAI BERSAMA KELUARGA DAN TEMAN-TEMAN

LAYARI : www.pangkorkini.net

Untuk parti yang berasaskan kaum Cina, MCA, Gerakan dan DAP menjadi pusat pengitaran semula ahli politik yang tersungkur di parti masing-masing. Tiada segan silu dalam hal ini.

Anwar dan Mahathir

Keluar-masuk parti juga sesuatu yang lumrah di negara demokrasi yang lain. Winston Churchill di Britain beralih dari Parti Konservatif ke Parti Liberal, kemudian menjadi "bebas", dan akhirnya kembali kepada Parti Konservatif. Setiap kali peralihannya berlandaskan prinsip, dan ia boleh dibuktikan.

Di Taiwan, setelah Lee Teng-hui dilucutkan keahlian Kuomintang-nya, beliau menyeberang ke kem yang memperjuangkan kemerdekaan Taiwan. Tindakannya serasi dengan agenda politiknya, bukannya sesuatu yang terkejut buat orang ramai.

Di Malaysia, anjakan pendirian politik yang paling ketara adalah Anwar Ibrahim ). Beliau pernah tampil sebagai pemuda yang berfahaman Islam dan Nasionalis Melayu yang radikal. Setelah masuk UMNO pada tahun 1982, hujah dan dasarnya yang ektrem menjadikan Mahathir sekadar "lesser evil" di mata bukan Melayu. Pada tahun 1990-an, Anwar mula menonjolkan diri sebagai pemimpin semua kaum yang "sederhana".

Setelah dipecat dari jawatan dan partinya, Anwar yang digiling jentera negara telah merasai sendiri kezaliman sistem ini. Bertitik tolak daripada itu, orang umum cenderung untuk mempercayai tekadnya melaungkan reformasi.

Secara perbandingan, Mahathir Mohamad walapun beberapa kali mendesak untuk ruang demokrasi dan kebebasan bersuara yang lebih luas setelah beliau bersara, namun tidak ramai yang melihatnya secara serius. Ini kerana pemerintahan kuku besinya selama 22 tahun telah menyemai benih kepincangan sistem politik hari ini. Beliau tidak dapat terelak daripada tanggungjawabnya.

Lebih-lebih lagi, sifat Mahathir yang utilitarian sebenarnya tidak asing untuk kita. Setelah memperolehi semula kuasa, beliau akan menunjukkan belang ditaktornya.

"Corner baring" Kuli

Baru-baru ini, pemimpin veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah (Kuli) menjadi tumpuan kerana peralihan pendirian politiknya. Kuli membincangkan agenda reformasinya yang selari dengan pembangkang dan NGO dalam satu forum baru-baru ini. Dalam isu royalti Kelantan, Kuli mencelikkan mata orang ramai dengan keberaniannya menongkah arus dalam UMNO.

Namun demikian, seandainya diteliti liku perjalanan politiknya, kita akan mendapati bahawa kenyataannya yang memperlihatkan keterbukaan ini, bermula selepas tsunami politik pada 8 Mac 2008. Sebelum ini, walaupun ada kalanya Kuli mengutarakan pandangannya terhadap isu-isu awam tertentu, tetapi lebih kepada isu berasingan, tanpa memberi gambaran yang menyeluruh.

JOM SANTAI BERSAMA KELUARGA DAN TEMAN-TEMAN

LAYARI : www.pangkorkini.net

Ketika perpecahan UMNO pada tahun 1987, Kuli tampil ke depan untuk mencabar Mahathir. Proses pergelutan ini sarat dengan agenda perkauman. Pasukan B yang diketuai oleh Kuli kemudiannya menubuhkan Parti Semangat 46, meneruskan penentangannya terhadap sistem politik ketika itu dengan agenda "ketuanan Melayu"-nya.

Sungguhpun berhasil dalam PRU pada tahun 1990, namun kesinambungannya gagal dilanjutkan. Pembangkang berpecah-belah. Malah, Kuli menukarkan nama partinya kepada Parti Melayu Semangat 46 pada tahun 1994, untuk menambah bau perkaumannya.

Dalam satu artikelnya, Tunku Ensured Malay Predominance, Kuli menjelaskan bahawa beliau mencapai muafakat dengan Tunku Abdul Rahman, iaitu Semangat 46 harus kembali ke pangkuan UMNO setelah masanya tiba, untuk menjamin perpaduan orang Malayu, dan mengelakkan ahlinya beralih ke PAS atau PRM (Parti Rakyat Malaysia).

Akhirnya, pembangkang kecundang dalam PRU pada tahun 1995. Kuli yang "bijak" telah mengumumkan pembubaran partinya setahun kemudian. Pahlawan yang setia bersamanya seperti Rais Yatim dan Ahmad Shabery Cheek semuanya kembali ke UMNO. Hanya Bekas Ketua Hakim Negara, Salleh Abbas (gambar kiri) yang menolak untuk bersekongkol dengan Mahathir Mohamad yang menjejaskan sistem kehakiman, memilih untuk menyertai PAS.

Kuli yang kembali semula ke pangkuan UMNO, terus survive dengan menyahut ideologi parti tersebut. Ketika zaman reformasi memuncak, Mahathir mengumpan Parti Keadilan Nasional (PKR sekarang) untuk duduk semeja dengan "perpaduan Melayu", namun ditolak oleh parti yang berbilang kaum itu.

Pada awal tahun 2001, sekumpulan konservatif UMNO, termasuk Allahyarham Ghafar Baba berhimpun di PWTC, menuduh Parti Keadilan Nasional sebagai pengkhianat Melayu, melaungkan perpaduan Melayu. Kuli adalah antara pemimpin yang muncul di perhimpunan tersebut.

Kuli menunggu kesempatan

Imbasan babak sejarah ini membantu kita untuk memahami bahawa Kuli adalah produk sistem yang sedia ada. Keadaannya jauh berbeza dengan Anwar yang muncul dari gerakan massa, kemudian memasuki sistem, dan akhirnya turun ke jalan raya semula - melalui keperitan sebagai mangsa penindasan kuasa politik dan kehakiman. Adalah sesuatu yang tidak adil seandainya menyamakan kedua-dua mereka tanpa meneliti perbezaaannya.

Sememangnya, Kuli boleh mengalih anutan politiknya. Sebagaimana yang diperkatakan Hishamudin Rais, Kuli adalah lambang kelas birokrat lama dan kelas feudal Melayu. Bukankah ia terlalu "opportunist", untuk seorang yang menganuti politik perkauman hampir sepanjang hayatnya, bertukar pendirian secara tiba-tiba selepas tsunami PRU ke-12? Bukankah beliau harus dipantau dan diuji oleh khalayak ramai?

JOM SANTAI BERSAMA KELUARGA DAN TEMAN-TEMAN

LAYARI : www.pangkorkini.net

Untuk beberapa tahun kebelakangan ini, walaupun Kuli terpinggir dalam UMNO, namun tekad politiknya tidak pernah goyah. Beliau hanya menunggu kesempatan. Misalnya pada Mac 2007, ketika kuasa dalam UMNO untuk menggulingkan Abdullah Ahmad Badawi disatukan, Kuli menghadiri satu forum bersama Mahathir Mohamad untuk mempertahankan warisan politik Abdul Razak, iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Bukankah ia berlaku hanya setahun sebelum tsunami politik?

Anwar Ibrahim kini terjerat dengan pelbagai kes mahkamah dan berdepan dengan kemungkinan untuk dipenjarakan semula. Sungguhpun Zaid Ibrahim adalah pemimpin Melayu yang unggul, namun pengalamannya agak cetek, lantas berdepan dengan rintangan dalam parti.

Sebaliknya, seandainya Kuli tampil untuk memimpin Pakatan Rakyat, dengan latar belakangnya yang tersohor, malah masak dengan percaturan politik Melayu, Kuli boleh meleraikan perbezaan dalam parti, dan menangkis serangan UMNO. Keadaan ini akan meredakan ketakutan masyarakat Melayu seandainya berlaku peralihan kuasa.

Meskipun PR gagal memerintah dalam PRU yang akan datang, seandainya Kuli tampil untuk menerajui tampuk, ia mungkin memberi nafas kepada PR. Jikalau "keterbukaannya secara tiba-tiba", dan kenyataannya "we will cross that bridge when we come to it" dibaca dalam konteks ini, maka segala-galanya menjadi terang.

"Keterbukaan secara tiba-tiba"

Seandainya Kuli boleh menyumbang untuk menggulingkan UMNO yang korup, ia sememangnya sesuatu yang baik. Malah, penilaian sejarah juga akan berlaku adil kepadanya. Namun, apakah tekad reformasinya boleh bertahan ketika diuji? Sekiranya beliau "beralih" semata-mata untuk menyandang jawatan Perdana Menteri, apakah jaminannya untuk tidak kembali ke pangkuan UMNO kerana pertimbangan politik? Parti komponen PR perlu merenung persoalan ini.

Melihat kepada politik yang penuh dengan dugaan, kita perlu lebih cermat ketika berdepan dengan keterbukaan secara tiba-tiba oleh sesetengah tokoh awam. Raja Muda Perak, Raja Nazrin juga pernah membuat kenyataan yang "mencelikkan mata", malah meraih pujian elit dan Majlis Peguam. Namun, kredibiliti Raja Nazrin menjunam dalam masyarakat dan dipertikai setelah rampasan kuasa kerajaan negeri Perak yang berlaku pada Februari 2009.

Sememangnya kita mengalu-alukan agenda reformasi Kuli. Namun kita perlu memantau sama ada cakap itu serupa bikin. Meragui ahli politik bermakna bermurah hati untuk diri kita. Jangan pula kita terlebih puji sehingga diri kita dilihat keji.

*Josh Hong adalah penganalisa politik dan kolumnis MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Tulisan ini disunting dan diterjemahkan oleh Lim Hong Siang.

DetikDaily.net

www.pangkorkini.net

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111