
Inna Lillah-e-wa Inna Illah-e raajoun..al fatihah buat Allahyarham Ramli Mohamad, Pengawal istana Kelantan yang meniggal pagi tadi.
Pengawal istana Kelantan ditembak meninggal dunia awal pagi ini
KUALA LUMPUR, 19 Mei — Pengawal istana Kelantan Ramli Mohamad yang ditembak oleh individu tidak dikenali pada 1 Mei lalu meninggal dunia awal pagi ini.
The Malaysian Insider difahamkan Allahyarham Ramli meninggal dunia kira-kira pukul 3 pagi tadi. “Pengawal istana Kelantan telah meninggal dunia pagi ini, kira-kira 3 pagi tadi,” kata sumber istana Kelantan ketika dihubungi awal pagi tadi.
Ramli meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baru. Ia turut disahkan oleh Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II Datuk Ghazali Md Hassan.
Semalam Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, “pada masa ini keadaan beliau agak kritikal dan mengikut maklumat yang saya terima terdapat jangkitan kuman kepada beberapa organ penting beliau.
Beliau melawat Ramli yang dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Perempuan Zainab II petang semalam.
Peluru pada badan Ramli dikeluarkan hampir seminggu selepas ditembak.
Dalam pada itu, Bernama melaporkan Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad berada di Hospital awal pagi ini bersama beberapa pegawai Istana untuk menziarahi jenazah Allahyarham.
Semalam Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra menghulur sumbangan RM100,000 kepada Ramli sebagai bantuan untuk mengurangkan beban keluarga pengawal istana itu. Ramli meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak.
Dalam kejadian 1 Mei lepas, Ramli yang sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah, ditembak oleh seorang suspek yang tidak dikenali di Kampung Kok Keli, Tumpat.
Beliau mengalami kecederaan parah akibat terkena empat das tembakan dari jarak dekat.
Berikutan kejadian itu Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra menitahkan supaya kawalan keselamatan ke atas Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra ditingkatkan.
Sementara itu, pakar forensik dari Kuala Lumpur dijangka tiba di Hospital Raja Perempuan Zainab II pada pukul 3 petang ini untuk menjalankan bedah siasat ke atas jenazah Allahyarham Ramli. Abdul Halim mengesahkan perkara itu.
“Sebaik sahaja bedah siasat dijalankan, jenazah Allahyarham akan dikafankan di hospital dan akan dibawa ke Masjid Muhammadi untuk solat jenazah.
“Kemudian, Allahyarham akan dikebumikan di kampungnya, di kampung Kok Keli,” katanya.
“Pada masa Allahyarham menghembuskan nafas terakhir semua ahli keluarga berada di sisinya termasuklah isteri dan lima orang anaknya,” kata beliau,
Sehubungan itu Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan minta bersabar di atas qadha dan qadar Allah.
Semalam Pemangku Raja menghulur sumbangan peribadinya sebanyak RM100,000 kepada keluarga Allahyarham.
Keadilan mesti ditegakkan..pembunuh Arwah mesti dibawa ke tali gantung..orang biasa ke..raja ke..tak kira..pembunuh mesti dihukum..semoga Allah tunjukkan kita semua, siapa pembunuh sebenar..insyaALLAH.
No comments:
Post a Comment