" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, May 19, 2010

Perjumpaan PAS Perak bersama Paderi Kristian

PAS Perak mencipta sejarah mereka sendiri apabila berjaya memecah rintangan keagamaan dengan berjaya mengadakan sesi ramah mesra dan dialog bersama dengan kepimpinan gereja di seluruh Ipoh. Pertemuan itu berlangsung di Hotel Hillcity Ipoh dengan dihadiri oleh lebih 20 orang wakil daripada gereja dan 20 orang wakil daripada PAS Perak yang diketuai oleh Dato’ Seri Nizar.

Antara perbincangan yang dibicarakan dalam pertemuan ini adalah berkisarkan isu kalimah Allah, isu hak penjagaan anak dan harta selepas penceraian kerana berlainan agama, isu-isu ulama dan fatwa serta pendirian PAS dalam beberapa isu yang sensitif. Di samping itu, wakil daripada gereja juga memberikan pendirian mereka dalam beberapa isu seperti isu-isu national dan juga isu Perkasa. Mereka juga mencerita serba-sedikit tentang organisasi rasmi mereka berdasarkan fahaman ajaran mereka.

Dr Teoh, wakil daripada Gereja Roman Katholik menyatakan bahawa perjumpaan mereka dengan PAS ini bukan bersifat mereka menyertai PAS, tetapi hanya sesi dialog berdasar pendirian masing-masing dalam beberapa isu yang berbangkit. Katanya lagi, penganut agama Kristian di Perak selama hari ini tidak pernah mengadakan perbincangan dengan penganut agama Islam secara formal membincangkan soal-soal politik dan kepercayaan agama masing-masing dan beliau beranggapan perjumpaan kali adalah satu kejayaan kerana banyak isu dapat diselesaikan dan kesefahaman telah dapat dicapai dengan jayanya.

Dato’ Seri Nizar bercakap kepada pemberita ketika memetik pernyataan wakil gereja di Perak ini, yang menyatakan jika perjumpaan ini dibuat tiga tahun dahulu, mungkin pihak gereja tidak akan menghantar wakil mereka. Perkara ini dapat dipecahkan kerana mereka mula sedar akan keterbukaan PAS dalam berbicara soal keagamaan dan juga kesediaan PAS untuk menerima pandangan daripada penganut agama lain.

Antara pimpinan PAS yang hadir dalam perjumpaan ini adalah Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa dan beberapa pimpinan tertinggi PAS Perak. Majlis ditutup tepat jam 6.30 petang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111