Oleh Ustaz Zolkharnain Abidin
Otak saya  keras berfikir maksud ungkapan ‘Bawalah Politik Ke Masjid’. Tulisan ini  bagus jika dibaca secara selari dan mendatar. Ideanya penulisn ya adalah benar dan  sahih. Saya tiada masalah menyokong idea itu dan mempertahankannya.
ya adalah benar dan  sahih. Saya tiada masalah menyokong idea itu dan mempertahankannya.
Namun,  apa sebenarnya maksud membawa politik ke masjid? Adakah maksudnya  menyebut PAS Umno dalam masjid? Atau, berkempen pilihan raya dalam  masjid? Atau, adakan ceramah kempen parti politik dalam masjid? Atau,  jadikan masjid sebagai pusat mengundi?
Nabi  melarang mengumumkan barangan hilang dan berniaga di dalam masjid. Para  ulama juga memakruhkan menjalankan perbicaraan di dalam masjid. Wanita  ‘berbulan’ dilarang duduk lama di dalam masjid sekiranya itu mengotorkan  masjid. Membaca al-Quran dengan lantang juga terlarang di dalam masjid.
Mengapa?
Mencemarkan  masjid secara fizikal atau maknawi adalah terlarang, kerana semua  perbuatan itu mengalihkan perhatian manusia daripada menjadikan masjid  sebagai tempat tumpuan ibadah.
Bagaimana pula dengan membawa  politik masuk ke dalam masjid?
Saya fikir, kalau maksud membawa  politik ke dalam masjid itu maksudnya membawa masuk ‘ilmu politik’,  tentu itu tiada pertikaian lagi. Itu sama sahaja dengan membawa masuk  ilmu perniagaan, ilmu peperangan, ilmu membunuh orang (Qisas) dalam  masjid.
Tetapi kalau berniaga di dalam masjid di larang, bolehkah  berkempen parti politik dalam masjid?
Asas larangan berniaga di  dalam masjid ialah, perniagaan membuka ruang pertikaian, perbalahan.  Kalau berkempen parti politik di dalam masjid boleh menimbulkan  pertikaian dan perbalahan, patutkah itu dibenarkan?
Kalau  sekiranya menyebut PAS Umno dalam masjid boleh menimbulkan perbalahan,  patutkah itu dibenarkan? Kalau berceramah kempen parti politik dalam  masjid menimbulkan perbalahan dan pertiakaian, patutkah dibenarkan juga?
Di  zaman nabi, ada orang Habsyah bermain pedang di dalam masjid baginda.  Aishah menontonnya dengan dagunya diletakkan di atas bahu nabi. Tiada  larangan daripada nabi.
Kalau bermain pedang dibenarkan, takkan  ceramah kempen politik kepartian tidak dibenarkan pula? Berlatih pedang  di dalam masjid memang bahaya tetapi itu tidak menimbulkan perbalahan.  Itu hanya sekadar bermain.
Tetapi ceramah kempen politik dalam  masjid menimbulkan perbalahan, pertikaian, patutkah dibenarkan? Atau,  apa sahaja ceramah yang boleh menimbulkan perbalahan di dalam masjid  patut dibenarkan?
Saya faham fungsi masjid di zaman nabi. Masjid  adalah institusi ummah. Kalau di pasar kita berbalah, di ladang kira  berbalah, di parlimen kita berbalah, kalau di masjid juga kita berbalah,  dimana kita ingin berhenti berbalah?
Bagi saya, membawa masuk  politik ke masjid bermaksud membawa masuk ‘ilmu politik’. Bukan kempen  parti politik, ceramah parti politik, atau jadikan masjid tempat  membuang undi.
Cuma malangnya ialah, bagi Umno membawa masuk  ‘ilmu politik’ ke dalam masjid tak boleh, malah sebut perkataan politik  pun tak boleh.
 sila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274
sila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

 
 


 
 
No comments:
Post a Comment