Oleh Husam Musa
Presiden MCA telah keluarkan kenyataan pimpinan  komponen BN kena boikot himpunan memperingati 13 Mei di Kuala  Terengganu.Kerajaan Terengg anu di mana seorang  dari anggotanya adalah dari MCA secara lagsung atau tidak langsung,  terlibat dalam penganjuran himpunan ini.
anu di mana seorang  dari anggotanya adalah dari MCA secara lagsung atau tidak langsung,  terlibat dalam penganjuran himpunan ini.
Maknanya, MCA sendiri  terlibat, kecuali wakil tunggalnya menyatakan pendirian terbuka  mengenainya.Apa guna Chua Soi Lek minta diboikot selagi MCA menongkat  Umno?
Satu situasi sukar untuk rakan-rakan  Umno dalam BN.
Soalnya, kenapa di Terengganu? Kenapa tidak di  Sibu?
'Kebangkitan Melayu' yang menjadi tema himpunan ini,  menjadikan bulu roma sesetengah orang berdiri.
Kepakaran Umno  dalam mendirikan bulu roma sudah terbukti sejak dulu. Apa hasilnya  selepas bulu roma berdiri selain kesempatan mengukuhkan kuasa politik  UMNO untuk meneruskan mengaut kekayaan kelompok, samar.
Sebagai  orang Melayu dan 96% rakyat Kelantan adalah orang Melayu, diharap  pemimpin Melayu yang menghidupkan bulu roma dengan 'Kebangkitan Melayu'  ini, dapatlah kiranya menunaikan hak Kelantan ke atas royalti minyak  kami. Melayu Kelantan pun Melayu. Kenapa hak Melayu Kelantan dinafi?
Harapannya  tipis, kerana tokoh tamu yang akan berucap, Tun M, adalah pemimpin  Melayu pertama yang menyekat royalti minyak Terengganu dan malangnya,  orang ini akan bercakap mengenai Melayu Bangkit!?
Melayu tidak  akan bangkit tanpa mendokong Islam dan mendokong Islam tidak akan  berlaku tanpa prinsip keadilan dan kesaksamaan yang telah diperkosa  dengan hilangnya 'rule of law' dalam negara kita.
Jangan gunakan  Melayu untuk Kebangkitan Umno dan dengan kebangitan itu, Melayu sekali  lagi ditindas.
Datuk Paduka Husam Musa,
Exco Kerajaan  Kelantan.
 sila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274
sila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

 
 


 
 
No comments:
Post a Comment