Oleh Mohd Sayuti Omar
SAYA hampir t erlupa semalam, 11  Mei adalah hari jadi Umno yang ke-64. Kalau bukan kerana seorang teman  menelefon memberi tahu hal itu saya mungkin tidak teringat kepada Umno.  Jadi selamat hari jadi duhai Umno! Didoakan semoga Umno terus berjasa  dan memberi keberkatan kepada orang Melayu negara ini seperti mana  matlamat asal penubuhannya 11 Mei 1946 dulu.
erlupa semalam, 11  Mei adalah hari jadi Umno yang ke-64. Kalau bukan kerana seorang teman  menelefon memberi tahu hal itu saya mungkin tidak teringat kepada Umno.  Jadi selamat hari jadi duhai Umno! Didoakan semoga Umno terus berjasa  dan memberi keberkatan kepada orang Melayu negara ini seperti mana  matlamat asal penubuhannya 11 Mei 1946 dulu.
Tadi.. teman menelefon memberi tahu yang Umno telah menganugerahkan Tokoh Melayu Terbilang kepada Zainuddin Maidin, (foto) bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu dan juga bekas menteri Penerangan. Sekali lagi, saya tidak tahu kalau Zainuddin menerima anugerah itu kalau teman itu tidak memaklumkan kepada saya.
Tetapi, saya tidak mahu mengucap tahniah kepada  Zainuddin atas penganugerahan itu. Bukan apa, kerana saya menerima  alasan diberikan teman itu yang mempersoalkan penganugerahan itu kepada  Zainuddin. Menurutnya penganugerahan tokoh itu kepada Zainuddin  mencacatkan Umno dan mengotorkan martabatnya sebagai parti Melayu tulen.
Menurut  teman itu yang juga bekas seorang wartawan Utusan Melayu beliau merasa  malu dan jijik dengan penganugerahan itu kepada Zainuddin. Beliau  mempersoalkan atas kritria apakah Zainuddin diberikan anugerah itu.  Beliau bertanya apakah jasa-jasanya kepada Umno dan Melayu.
Sepatutnya  lalunya anugerah berprestaj itu diberikan kepada mereka yang berjasa  kepada bangsanya. Apakah jasa besar Zainuddin di dalam hal ini? Begitu  juga kalau hendak diambil kira anugerah itu kerana beliau berjaya  mencetuskan Hati Nurani Rakyat menerusi Utusan Melayu apakah cetusan  yang dilakukan sepanjang dia berkhidmat di Utusan. Dalam pengamatannya  Utusan ditangan Zainuddin dan diwarisi hari ini bukan menaikan martabat  Melayu sebalik memecah belah orang Melayu, Utusan juga telah menjadi  agen menimbulkan kecelaruan dalam pemikiran orang Melayu.
Katanya  dia tidak nampak jasa-jasa besar dan agung Zainuddin baik kepada Umno  dan juga Utusan Melayu. Di Utusan Melayu beliau gagal menjadikan akhbar  itu sebagai akhbar yang dihormati dan rujukan semua orang Melayu. Beliau  telah menjadikan Utusan Melayu sebagai lidah Umno yang pelahap dan  dangkal. Utusan telah ditukar menjadi alat propaganda murahan untuk  Umno.
Mengenai jasanya dalam Umno tutur teman itu lagi, Zainuddin  baru menyertai Umno sekitar tahun 80-an dalam erti kata lain dia baru  menjadi ahli Umno. Jadi macam mana Umno boleh menganugerahkan gelaran  itu kepadanya. Beliau juga mengungkitkan semasa Zainuddin menerajui  Utusan beliau telah mengarahkan Utusan agar mengkritik dan menghina  institusi raja-raja di negara ini dengan mendedahkan keperibadian  sembilan raja-raja Melayu.
"Saya pelik dengan penganugerahan itu.  Hendak kata Zaindudin seorang memperjuangkan Melayu tulen ia boleh  dipertikiakan apabila memerhatikan kepada tindak tanduknya. Semasa dia  mengetuai Utusan, Zainuddin adalah pengkhianat kepada Melayu dan agama  Islam," kata teman itu lagi.
Sambungnya lagi, Zainuddin adalah  anti Islam dan sering memperlekeh Islam di dalam penulisan-penulisannya.  Ruangan pojok Awang Selamat dikhasnya untuk menghina Islam. Klimek  kepada penentangan dan kritikan kepada Zainuddin ialah apabila imam  masjid Keramat pernah menyeru supaya Awang Selamat bertaubat kerana  sindiran sinisnya kepada Islam menerusi pojok berkenaan.
"Kebencian  Zainuddin kepada budaya Arab Islam, pemakaian kopian dan purdah  (tudung) kalangan wanita jelas sekali. Beliau pernah melarang Utusan  daripada menyiarkan gambar mereka yang berkopiah dan bertudung. Larangan  ini menggembarkan watak dan peribadian Zainuddin yang anti kepada  islam," ujar teman itu lagi sambil menyambung Zainuddin juga bersikap  anti kepada gerakan Islam seperti Abim dan Darul Arqam.
Sampai  akhirnya, teman itu tidak mengerti dengan penganugerahn itu. Beliau juga  menyifatkan penganugerahan itu sebagai menghina para tokoh-tokoh Melayu  dan pejuang lain dalam Umno yang masih hidup. Katanya masih banyak  tokoh yang lain untuk diberikan anugerah itu dan jasa mereka lebih  banyak berbanding dengan Zainuddin Maidin. Kalau dibarisan nama-nama  seprrti Tan Sri Hussein Ahmad, Sanusi Junid, Musa Hitam atau Tengku  Razaleigh Hamzah lebih layak untuk dinobatkan dengan anugerah itu  bukannya Zainuddin.
Apakah katanya, Najib mengharap dengan  penganugerahan itu untuk memastikan selepas ini Zainuddin akan menulis  sebuah buku untuk mengakat dan mendewakan Najib sebagai dewa yang  menyelamatkan Umno selepas ianya cuba dibunuh oleh Abdullah Badawi  menerusi karektor dan kepimpinan perdana menteri ke empat itu? Mungkin  juga sewaktu beliau dianugerahkan tokoh itu Zainuddin sudah pun menulis  bab penutup buku yang dimaksdukan itu
 sila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274
sila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

 
 


 
 
No comments:
Post a Comment